Kanak-kanak kacukan Malaysia-Rusia, Dhuhaa Sophea Stumbrys atau nama manjanya Sophea yang pernah tular sekitar beberapa tahun lalu sebagai bayi tercantik di dunia.
Kini, Sophea telah pun berusia enam tahun. Makin cantik dan bijak!
Ads
Manakala adiknya, Amiraa Al Imaan Stumbrys yang berusia empat tahun mewarisi kecantikan dan kebijaksanaan kakaknya itu.
Sophea dan Amiraa merupakan anak kepada pasangan, Siti Safuraa Hamzah dan Asadullah Stumbrys.
Ibu mereka berasal dari Besut, Terengganu manakala bapa pula dari Rusia. Mereka sekeluarga kini menetap di Stockholm, Sweden.
Menurut Safuraa, 38, sudah enam tahun mereka sekeluarga menetap di perantauan.
Walau bergelar suri rumah, Safuraa tetap merasa bahagia kerana dapat menguruskan keluarga termasuk melihat dua puteri comelnya itu membesarkan depan mata.
CABARAN MENDIDIK DI PERANTAUAN “Didikan diberikan sepenuhnya buat Sophea dan Amiraa.
“Pada masa sama, kami terapkan ilmu agama di rumah biar seimbang dunia akhirat memandangkan kami menetap di negara yang majoritinya bukan Muslim.
Pastinya ia sangat mencabar,” kongsi Safura kepada Nona.
Ads
Pun begitu, Safuraa menjadikan ibu bapanya sebagai inspirasi yang berjaya mendidik anak-anak seramai 9 orang.
“Mereka mengutamakan tanggungjawab dan nilai kekeluargaan agar kami tak berpecah belah.
“Mereka juga mendidik kami saling menghormati dan tak mudah lupa diri. InshaAllah saya juga impikan perkara sama terhadap anak-anak.
Ads
“Di sini, kanak-kanak ibarat raja. Ibu bapa tidak boleh terlalu tegas dalam mendidik. Tiada istilah ‘jentik’ untuk mengajar.
“Silap haribulan, pihak jabatan kebajikan kanak-kanak akan masuk campur,” jelasnya.
Namun menurut Safuraa, Sophea dan Amiraa membesar dengan baik selain makin bijak dan cergas.
RANCANG MENETAP DI MALAYSIA Safuraa dan suami sememangnya ada perancangan untuk pulang menetap di Malaysia namun masih lagi dalam perbincangan.
“InsyaAllah suatu hari nanti kami akan pulang menetap di Malaysia pula.”
Kredit Foto: Instagram @ctsafuraa_
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umurnya baru dua tahun tapi sudah pandai bersedekah. Gelagat Yusuf Iskandar yang sempat dirakam ketika kanak-kanak ini berada di Mekah nyata mengundang rasa kagum di mata masyarakat. Mana tidaknya, tanpa rungutan … Yusuf secara sukarela menghulurkan makanan kepada kanak-kanak dan jemaah yang berada di sekelilingnya.
Usaha murni Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendidik Yusuf bukan sekadar patut diberikan pujian, malah ia juga wajar menjadi ikutan ramai. Tidak kiralah pada peringkat usia mana sekalipun asalkan ia perkara baik dan memanfaatkan anak-anak, perlu diberi pendedahan awal. Bak kata pepatah, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Lagipun, anak-anak lebih mudah ‘menyerap’ apa yang mereka pelajari seawal usia 0 hingga 3 tahun.
Iyalah, tidak lama lagi pun Yusuf bakal bergelar abang. Jadi kenalah belajar berkongsi mulai sekarang.
Menerusi video berdurasi seminit tersebut, Yusuf tidak hanya memberi sedekah berupa makanan kepada kanak-kanak. Tetapi juga kepada golongan dewasa. The best part is, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi takut. Sebaliknya anak sulung Hanis dan Hairul ini kelihatan selesa berbuat demikian. Allahu, sejuk perut ibu mengandung!
Hanis Zalikha yang kini hamil anak kedua berangkat menunaikan umrah di samping suami dan keluarga tersayang sejak awal Disember lalu. Turut berkongsi foto terbarunya, baby bump usahawan Cakenis ini juga kian jelas kelihatan.
Patutlah laman sosial mereka berdua seakan sepi beberapa minggu lepas, rupa-rupanya pergi melakukan ibadah umrah. Apa-apa pun, mereka semua telah selamat sampai di tanah air semalam.
Hairul Azreen mendirikan rumah tangga bersama Hanis Zalikha pada tanggal 5 Jun 2015 dan dikurniakan Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.
Kredit: Instagram Hanis Zalikha, The Yusuf Iskandar & Hairul Azreen
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan terkini Puan Sri Tiara Jacquelina setelah hampir setahun teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dibatalkan. Namun buat Penerbit, Presiden dan Chief Dream Maker Enfiniti Group, Puan Sri Tiara Jacquelina, dia tidak menolak sekiranya akan meneruskan pementasan tersebut pada masa hadapan.
Puan Sri Tiara atau nama penuhnya Tiara Jacquelina Eu Effendi berkata buat masa ini syarikat miliknya, Enfiniti Productions mahu melakukan pembaharuan sekiranya ingin meneruskan perancangan pementasan teater tersebut yang dibatalkan pada tahun lalu akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
“Sebagai sebuah syarikat, kami telah melakukan pelbagai evolusi dengan mementaskan beberapa pementasan hebat seperti Teater P. Ramlee The Musical dan Ola Bola. Kami mahu cabaran baharu dan ingin meneruskan penceritaan tersebut menggunakan platform lain dengan lingkungan berbeza.
“Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa kerana mana tahu suatu hari nanti bangun tidur saya terus melakukan pementasan tersebut,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Dream Forest Langkawi, hari ini.
Dream Forest merupakan destinasi tarikan baharu di mana ia mengambil lokasi sebuah hutan yang menggunakan teknologi ‘Augmented Reality’ (AR) dan ‘projection mapping’ menceritakan kisah-kisah legenda di Langkawi, Kedah.
Watak-watak yang digunakan dicipta khas antaranya termasuklah Merong Mahawangsa, Garuda, Gedembai, Cendrawasih, Mat Cincang, Mat Raya dan beberapa lagi watak yang berkaitan dengan pulau lagenda tersebut. Ia digarap sebaik mungkin agar mudah difahami bagi pengunjung yang datang ke lokasi tarikan baharu tersebut yang terletak di Lubuk Semilang, Langkawi.
Dengan keluasan sepanjang 1.2 kilometer (km), tempat pelancongan berkonsepkan fantasi berkenaan akan mula dibuka pada 1 Mei depan. Lebih membanggakan, secara keseluruhan projek ini menggunakan tenaga mahir tempatan untuk merealisasikan projek tersebut.
Bakal dibuka Mei nanti, tiket berharga RM68 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak serta RM28 untuk warga emas dikenakan khas untuk warganegara Malaysia. Manakala tiket berharga antara RM98 hingga RM38 untuk pelancong. Istimewa untuk penduduk Langkawi, bayaran yang dikenakan bermula dari RM28 hingga RM38 dikenakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mudahnya seorang wanita nak kumpulkan pahala. Sebab itu Ustazah Asma’ Harun menegaskan, gudang pahala adalah di rumah sendiri, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.
Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asma’ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Menjaga solat
Menjaga puasa di bulan Ramadan
Menjaga maruah diri
Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kitab oleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”ujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.”katanya lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...