6 Tahun Menetap Di Sweden & Bersuamikan Lelaki Rusia, Bekas Model Ini Kongsi Cabararan Didik Anak Di Perantauan

Kanak-kanak kacukan Malaysia-Rusia, Dhuhaa Sophea Stumbrys atau nama manjanya Sophea yang pernah tular sekitar beberapa tahun lalu sebagai bayi tercantik di dunia.

Kini, Sophea telah pun berusia enam tahun. Makin cantik dan bijak!

Dhuhaa Sophea Stumbrys.

Manakala adiknya, Amiraa Al Imaan Stumbrys yang berusia empat tahun mewarisi kecantikan dan kebijaksanaan kakaknya itu.

Amiraa Al Imaan Stumbrys.

Sophea dan Amiraa merupakan anak kepada pasangan, Siti Safuraa Hamzah dan Asadullah Stumbrys.

Ibu mereka berasal dari Besut, Terengganu manakala bapa pula dari Rusia. Mereka sekeluarga kini menetap di Stockholm, Sweden.

Siti Safuraa Hamzah.
Bersama suami tersayang, Asadullah Stumbrys.

Menurut Safuraa, 38, sudah enam tahun mereka sekeluarga menetap di perantauan.

Walau bergelar suri rumah, Safuraa tetap merasa bahagia kerana dapat menguruskan keluarga termasuk melihat dua puteri comelnya itu membesarkan depan mata.

CABARAN MENDIDIK DI PERANTAUAN
“Didikan diberikan sepenuhnya buat Sophea dan Amiraa.

“Pada masa sama, kami terapkan ilmu agama di rumah biar seimbang dunia akhirat memandangkan kami menetap di negara yang majoritinya bukan Muslim.

Pastinya ia sangat mencabar,” kongsi Safura kepada Nona.

Pun begitu, Safuraa menjadikan ibu bapanya sebagai inspirasi yang berjaya mendidik anak-anak seramai 9 orang.

“Mereka mengutamakan tanggungjawab dan nilai kekeluargaan agar kami tak berpecah belah.

“Mereka juga mendidik kami saling menghormati dan tak mudah lupa diri. InshaAllah saya juga impikan perkara sama terhadap anak-anak.

“Di sini, kanak-kanak ibarat raja. Ibu bapa tidak boleh terlalu tegas dalam mendidik. Tiada istilah ‘jentik’ untuk mengajar.

“Silap haribulan, pihak jabatan kebajikan kanak-kanak akan masuk campur,” jelasnya.

Namun menurut Safuraa, Sophea dan Amiraa membesar dengan baik selain makin bijak dan cergas.

RANCANG MENETAP DI MALAYSIA
Safuraa dan suami sememangnya ada perancangan untuk pulang menetap di Malaysia namun masih lagi dalam perbincangan.

“InsyaAllah suatu hari nanti kami akan pulang menetap di Malaysia pula.”

Kredit Foto: Instagram @ctsafuraa_

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad