60 Usahawan Sukses NIMS Dirai Pada Majlis Makan Malam & Anugerah NIMSPRENEUR 2022

Terkenal sebagai trendsetter kepada produk coklat dan bijirin di dalam balang serta telah mempelopori pasaran sejak tahun 2014, produk crispy chocojar viral, NIMS kini tampil dengan pembungkusan baharu iaitu di dalam tub plastik. NIMS The Best Crispy Choco Tub menjadi signature product kepada pasaran makanan snek tempatan.

Kredit Foto: IG @nims.hq

Sempena meraikan para usahawan yang berjaya mencatatkan jumlah jualan tertinggi sepanjang tahun 2021, NIMS ADELICIOUS SDN BHD menganjurkan majlis makan malam istimewa, NIMS Starpreneur bertemakan pesona malam dan kilauan bintang di Hotel EQ Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.

60 usahawan NIMSpreneur yang diraikan menerima anugerah mengikut kategori masing-masing. Turut diraikan bersama ialah 200 usahawan NIMS. Tengku Nurhanira Tengku Othman dinobatkan sebagai Top 1 Millionaires Achiever dengan jumlah re-stock sebanyak RM6.6 juta. Para pemenang menerima sijil penghargaan, trofi, dan replika cek. 5 Master leader NIMS turut menerima replika kunci jenama idaman masing-masing sebagai bonus pencapaian mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, YM Tengku Norhanim Tengku Othman berkongsi pengalaman membangunkan perniagaan sejak 8 tahun lalu. Hari ini NIMS mempunyai 2 buah kilang di Klang dan Bangi yang merupakan kilang memproses, mengeluar dan mengedarkan produk-produk makanan snek di bawah jenama NIMS.

Ketua Pegawai Eksekutif NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, YM Tengku Norhanim Tengku Othman.
Kredit Foto: IG @hanim.nims

Pertengahan Februari lalu, sebuah pusat pengedaran dibuka di Kota Kinabalu, Sabah bagi merapatkan jurang dan mengurangkan kos penghantaran dari Semenanjung seterusnya memberikan lebih nilai kepada reseller NIMS yang berada di Malaysia Timur. Sepanjang tahun 2021, NIMS merekodkan jumlah pengeluaran produk sebanyak 3 juta unit dengan purata 300 ribu unit sebulan. Tahun ini, NIMS bakal mengeluarkan rangkaian produk baharu bagi memenuhi permintaan pasaran.

Penampilan istimewa Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Aliff Aziz pada majlis makan malam bagi menghiburkan para tetamu dengan 3 buah lagu.

Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Aliff Aziz. (Kredit Foto: IG @nims.hq)

Kemuncak majlis ini adalah pengumuman duta produk NIMS, Iman Troye yang merupakan artis muda berbakat besar. Kemunculannya bermula dengan sketsa video mempromosikan produk raya edisi terhad NIMS. Iman turut menyumbangkan 3 buah lagu termasuk single

terbarunya, Harum Sundal Malam.
Artis muda berbakat besar, Iman Troye. (Kredit Foto: IG @nims.hq)

Harapan NIMS, untuk menyemarakkan lagi pembangunan usahawan yang bernaung di bawah jenamanya. NIMS mensasarkan seramai 10 ribu bakal usahawan baharu yang akan menerima manfaat daripada produk serta pelan bisnes yang disediakan di NIMS.

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad