Miskin atau kaya itu bukanlah masalahnya. Kejayaan adalah hak setiap individu. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana bukanlah alasan untuk tidak mampu meraih kejayaan. Sudah banyak contoh insan-insan hebat di Malaysia yang meraih kejayaan meskipun dilahirkan daripada keluarga yang sederhana.
Mengambil contoh kepimpinan Donald Trump, lihat sisi positifnya sebagai motivasi. Beliau memiliki pemikiran “I like thinking big. If you’re going to be thinking anything, you might as well think big.”
Jangan terpengaruh dengan kata-kata pendidikan tidak menjamin kejayaan seseorang. Perlu anda ketahui, zaman telah berubah. Dahulu hanya berbekalkan modal, tenaga dan usaha, kejayaan mampu diraih. Namun ketika ini menuntut seseorang untuk memiliki pendidikan yang baik kerana banyak persaingan.
Jangan pernah biarkan semangat terpadam dalam diri anda. Ramai yang masih berada dalam jerat kemiskinan kerana mereka tidak memiliki tekad untuk mengubah keadaan sedia ada agar menjadi lebih baik. Ingat, memiliki mental yang lemah akan membawa anda kepada kehidupan yang biasa-biasa saja. Anda tidak akan pernah maju kerana menganggap diri anda banyak kekurangan dan kelemahan.
Untuk meraih kejayaan ada harga yang perlu dibayar dan harga itu adalah kerja keras terhadap pekerjaan. Kerahkan kemampuan diri anda yang terbaik kerana ia menentukan apakah anda akan menang atau sebaliknya.
Melihat kejayaan orang lain seharusnya menjadi motivasi buat anda untuk melakukan perkara yang sama. Jadilah diri sendiri, ekspresikan diri serta yakin pada kemapuan anda.
Seorang pelukis terkenal, Pablo Picasso menyatakan “Tindakan adalah kunci dasar dari segala kejayaan. Segala yang anda cita-citakan adalah percuma, jika anda tidak mahu bekerja keras untuk mewujudkan hal itu.”
Kejayaan hanya mampu diraih jika seseorang mampu mendisiplinkan diri sebelum ia mampu menbantu orang lain untuk melakukan perkara yang sama. AMY MOHD
This website uses cookies.