7 Bulan Bergelar Suami Isteri, ERINA GUDONO Ikuti Kelas Memasak Demi KAESANG PANGERAP

Diam tak diam, sudah mencecah usia 7 bulan perkahwinan anak bongsu Presiden Republik Indonesia, Kaesang Pangerap dan isterinya, Erina Gudono.

Erina dan Kaesang memilih tarikh 10 Disember sebagai tarikh pernikahan mereka di mana majlis perkahwinan kedua-duanya telah berlangsung dalam suasana meriah dan gilang gemilang di Pura Mangkunegaram Solo.

Menjangkau usia 7 bulan perkahwinan, nampaknya pasangan ini semakin serasi menjalani kehidupan sebagai suami isteri di samping menjalankan rutin seharian. Menjengah ke laman sosial milik pasangan ini, kedua-duanya dilihat masih dalam fasa berbulan madu apabila mereka dilihat mengunjungi beberapa destinasi popular antaranya termasuklah Paris, Korea dan sebagainya.

Meskipun dalam fasa berbulan madu, Erina berkongsi hobi baharu bersama suami tersayang iaitu memasak di mana pasangan ini dilihat mengikuti beberapa kelas memasak yang dianjurkan di ibukota Indonesia itu.

JUGA BACA: https://www.nona.my/bakal-menantu-joko-widodo-kisah-cinta-erina-gudono-kaesang-pangarep-jadi-perhatian/

Malah penampilan Kaesang juga dipuji para netizen apatah lagi anak lelaki bongsu Presiden Jokowi itu kelihatan lebih kurus dari penampilannya sebelum ini. Penampilan dan gaya Kaesang juga banyak berubah sejak mendirikan rumahtangga!

Bukan itu sahaja, nampaknya rezeki pasangan ini semakin murah sebaik mendirikan rumahtangga apabila baru-baru ini Kaesang memenangi kategori Content Creator Talkshow Terfavorit ,

Video Content Creator Awards di malam penghargaan  Content Creator di  TV Indonesia.

Terima kasih buat istri tercinta yang cantik banget banget banget karena udah selalu support suaminya untuk melakukan yang terbaik bikin konten konten pinggir jurang. Terima kasih buat tim hore yang selalu kerja pagi siang sore malem untuk pembuatan konten di channel youtube saya.

Untuk rekod, Kaesang Pangerap merupakan seorang usahawan yang mempunyai beberapa cabang perniagaan di Indonesia. Kaesang juga turut memiliki saluran Youtube nya sendiri dan selalu berkongsi content menarik di salurannya itu.

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu