Mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik dan menyihatkan dapat membantu menurunkan tekanan darah. Dengan mengamalkan rutin-rutin harian yang menyihatkan mampu mencegah berlakunya tekanan darah tinggi.
Di samping itu, kebiasaan melakukan perkara-perkara yang menyihatkan juga membantu menurunkan risiko serangan jantung akibat hipertensi yang serius sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada ubat.
Bersenam merupakan salah satu cara paling efektif bagi menurunkan tekanan darah. Jangan beri alasan tiada masa kerana bersenam sangat mudah dilakukan. Berjalan kaki di taman atau naik turun tangga sudah cukup untuk mengaktifkan diri anda.
Stres berlebihan boleh mengakibatkan pembuluh darah menjadi sempit seterusnya meningkatkan tekanan darah walaupun sekejap. Justeru, kawal stres anda sebaik mungkin. Contohnya dengan bersenam, beriadah dengan rakan-rakan, pergi bercuti atau mengamalkan teknik pernafasan dalam bagi menenangkan fikiran.
3. KURANGKAN BERAT BADAN
Mengurangkan berat badan juga efektif untuk menurunkan tekanan darah. Jika senaman ringan masih tidak cukup untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mencuba latihan di gim, berjoging, berbasikal, berenang atau yoga. Bagi anda yang bukan perokok pula, jauhi asap rokok bagi mengelakkan kesan buruknya terhadap kesihatan kerana menjadi perokok pasif.
Kebiasaan memasak sendiri di rumah sangat penting jika anda mahu menurunkan tekanan darah. Secara tidak langsung anda dapat memastikan makanan yang dimasak diolah dengan bahan-bahan yang berzat dan berkualiti. Bermula hari ini biasakan memasak di rumah berbanding beli di luar. Anda boleh mencuba resipi-resipi yang mudah dan cepat.
Buah dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan serat, vitamin, kalium, antioksidan dan magnesium. Pola makan yang kaya dengan buah dan sayuran dapat membantu menurunkan tekanan darah.
Berhentilah merokok demi mengekalkan tekanan darah normal. Jika anda seorang perokok tegar mulakan langkah untuk berhenti dengan mengurangkan jumlah rokok setiap hari sehinggalah anda berjaya sepenuhnya.
7. LIHAT LABEL MAKANAN
Kurangkan pengambilan makanan bergaram setiap hari. Pastikan anda membaca info pada setiap label makanan sebelum membelinya.
Kredit Foto: www.freepik.com
This website uses cookies.