Lumrah wanita, macam tak sah kalau tak membeli-belah pada musim perayaan ni. Tapi dalam sekian banyak item baru di pasaran, barang apa yang patut dibeli sebagai persiapan Hari Raya Aidiladha nanti?
Senarai 7 item terbaharu ini mesti dimiliki buat menyerikan lagi ibadah Raya Haji. Anda boleh beli untuk diri sendiri atau hadiahkan untuk orang tersayang.
NUTOX YOUTH RESTORING
Sebelum raya menjelang tiba, anda yang mempunyai kulit sensitif sesuai menggunakan Nutox Youth Restoring ini. Ia merupakan penyelesaian bagi masalah anti-penuaan dan kulit sensitif, membantu meningkatkan kolagen, memperbaiki keanjalan kulit tanpa mencetuskan keradangan, membuatkan ia selamat dan berkesan bagi kulit sensitif.
Tip: Tanda-tanda kulit sensitif adalah ruam, jerawat dan gatal-gatal, selain kemerahan atau rasa terbakar apabila mengenakan sesuatu produk penjagaan kulit.
GIVENCHY GV ANIMA
Bergaya pulang ke kampung halaman dengan cermin mata hitam Givenchy ini. Model baru GV Anima dalam rona havana menitipkan stail pop British yang menyerlah.
Tip: Pemakaian cermin mata hitam sememangnya penting bukan kerana gaya semata tapi bagi melindungi mata ketika memandu di bawah cahaya terik matahari.
KOLEKSI HARRY POTTER X PANDORA
Beraya tanpa perhiasan kemas tentu kurang serinya. Terbaru dilancarkan, koleksi Harry Potter X Pandora yang diinspirasikan daripada karakter dan simbol ikonik dalam filem Harry Potter cukup chic menghiasi pergelangan tangan dan tubuh badan anda.
Tip: Perhiasan kemas dalam rona perak boleh digandingkan dengan rona gangsa dan emas. Teknik layering ini membuatkan pemakai nampak lebih unik dan berciri lebih individualistik.
ANMUM ESSENTIAL GOLD
Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori generasi Alfa atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas. Sebagai ibu, berikan mereka Anmum Essential Gold ini yang dirumus secara saintifik dengan nutrien penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka.
Tip: Susu yang berkhasiat amat penting untuk si manja anda. Berikan susu yang berkhasiat, lengkap segala nutrien dan bebas pemanis tiruan untuk kesihatan anak tersayang.
FOREO UNTUK ATASI MASKNE
Masalah kulit seperti jerawat dan kemerahan akibat pemakaian pelitup muka sepanjang PKPP ini boleh mengakibatkan maskne. Apatah lagi jika pelitup muka dipakai dalam tempoh yang lama. Atasi masalah ini dengan FOREO Luna 3 untuk mencegah timbunan minyak dan bakteria, sekaligus membantu membersihkan liang pori yang tersumbat akibat pemakaian pelitup muka.
Tip: Pemakaian pelitup muka masih wajib dipakai di tempat awam bagi menbendung penularan COVID-19. Elakkan memakai pelitup muka yang sama dan selalu bersihkan pelitup muka boleh dibasuh supaya tidak menjadi punca maskne.
FENTY SLIP SHINE LIPSTICK
Lemparkan senyuman manis dengan gincu rona berkilau Slip Shine Sheer Shiny daripada Fenty Beauty. Tekstur lembut bagaikan mentega cair di bibir, gincu ini cukup cantik dioles sewaktu bertemu sanak saudara dengan 10 warna manis menawannya.
Tip: Trend gincu berkilau kembali menjadi kegilaan wanita masa kini. Kenakan gincu dengan tekstur glos untuk menjimatkan masa dan mudah dioles semula selepas dipakai.
KATE SPADE SIGNATURE HANDBAG
Sempena musim Fall 2020, Kate Spade meluncurkan koleksi beg tangan baru yang dikenali Signature Collection. Bermotifkan daun spade dengan saiz besar untuk memuatkan lebih banyak keperluan raya anda, setiap beg Kate Spade juga tahan lasak dan mudah dibersihkan. Sesuai untuk kegunaan harian mahupun melaram musim raya nanti.
Tip: Kalau punya rancangan pulang ke kampung, jangan lupa sediakan segala bahan keperluan untuk mencegah penularan wabak penyakit. Antaranya tisu basah, hand sanitizer, pelitup muka dan peralatan makan serta telekung sembahyang sendiri supaya tidak berkongsi dengan orang lain.