Menjadi sebahagian daripada keluarga diraja adalah satu keistimewaan yang luar biasa. Namun begitu, gaya hidup golongan diraja atau kerabat terikat dengan protokol yang harus dipatuhi, bukan hanya perlakuan bahkan dari segi penampilan atau fesyen juga. Ketahui protokol-protokol berfesyen keluarga diraja Britain:
Helah beg kepit sebenarnya bertujuan menutupi cleavage. Bunyi macam kelakar, tapi itulah yang diterangkan oleh pereka fesyen Anya Hindmarch.
BUSANA PERKAHWINAN
Pemilihan busana pengantin memerlukan persetujuan Ratu Elizabeth. Ia adalah tradisi yang Ratu perlu luluskan sebelum ditetapkan. Terdahulu, Ratu Elizabeth memberi green light kepada Kate Middleton dalam mengenakan gaun Alexander McQueen pada tahun 2011.
PEWARNA KUKU
Kuku berwarna tidak dibenarkan sama sekali.
RONA PAKAIAN
Ratu Elizabeth hanya memakai pakaian yang terang-terang sahaja. Bukan sahaja Ratu Elizabeth bahkan Kate Middleton juga mengikuti protokol tersebut juga. Alasannya ialah mereka mahu menonjol dari orang ramai.
BEG TANGAN
Ratu Elizabeth menggunakan beg tangannya untuk menghantar mesej rahsia. Anda mungkin mendapati bahawa Ratu tidak pernah keluar tanpa beg tangan, dan itu kerana dia menggunakannya untuk menghantar isyarat.
SELUAR PENDEK
Putera George hanya memakai seluar pendek. Dilaporkan, pemakaian seluar pendek oleh keluarga diraja, aristokrat dan golongan atasan yang masih kecil dan muda adalah satu tradisi turun temurun di kalangan mereka.
BUSANA HITAM
Keluarga diraja dikehendaki membawa persalinan hitam setiap kali keluar negara. Dengan cara ini, apabila mereka tiba semula di United Kingdom, mereka terus mengenakan pakaian sewajarnya jika berlakunya kes kematian.
This website uses cookies.