Sejak kebelakangan ini ramai pengantin yang memilih untuk meraikan hari bahagia dengan cara yang lebih sederhana dan mencipta kelainan daripada pengantin lain. Boleh dikatakan pengantin era ini lebih santai dan mempunyai konsep yang tersendiri. Bakal pengantin kini mempunyai banyak bahan rujukan berbeza dengan pengantin dahulu yang hanya mengikut saranan mak andam.
Melihat kepada perkembangan dekorasi perkahwinan yang semakin berkembang telah menarik minat Shamiza Norani, 32 tahun untuk memeriahkan perniagaan berasaskan perkahwinan ini. Walaupun sudah 7 tahun mencebur diri sebagai interior designer tetapi wanita yang lebih mesra di sapa Miza ini teruja apabila dapat merealisasikan impian raja sehari yang mahukan gaya dekorasi minimalis.
Apabila ditanya kenapa wanita yang mudah mesra itu beralih arah kepada hiasan perkahwinan, jawabnya, “Jiwa saya lebih cenderung kepada mengubah sesuatu menjadi cantik dan proses yang dilalui itu adalah proses yang banyak ilmu dapat dipelajari.
Kepakaran sebagai seorang designer sebelum ini yang menjadikan saya masih kekal di dalam industri kreatif untuk membantu mereka yang memerlukan sesuatu kelainan untuk majlis mereka.
Misi saya adalah untuk membawakan konsep minimalis di dalam dekorasi perkahwinan zaman sekarang. Selama hampir 6 tahun berkarya, saya masih mengharapkan untuk keterbukaan minda pasangan-pasangan yang bakal berkahwin menerima konsep minimalis ini,” tutur event decorater
ini.Bercerita tentang halangan yang ditempuhnya, “Ketandusan idea kadangkala menjadi halangan besar kerana dalam bidang kreatif ini. Kita perlu bergerak dan meneroka idea baru dengan cepat supaya idea yang dihasilkan lebih fresh,” bicara Miza.
This website uses cookies.