Gaya Hidup

7 Tahun Berniaga Tudung, Yatie Kamarzaman Syukur Suami Sentiasa Support Impian Ada Jenama Hijab Sendiri!

Diam tak diam, sudah masuk tahun ketujuh jenama HijabCo berada di pasaran. Di sebalik kejayaan yang diraih label tudung berkenaan, pastinya banyak jerit-perih dilalui pengasasnya iaitu Yatie Kamarzaman.

Namun kini, dia mampu tersenyum puas apabila impian dan usahanya selama ini membuahkan hasil.

Kian melangkah deras mengemudi empayar perniagaan, Yatie atau nama penuhnya Noor Hayati Kamarzaman mewarisi bakat berniaga daripada ibu tersayang yang juga usahawan ternama, Bonda Rozita Ibrahim.

Begitu juga adik lelakinya Dato’ Seri Aliff Syukri yang merupakan ahli perniagaan terkenal tanah air.

Impian Yatie Kamarzaman Akhirnya Jadi Realiti

Berkongsi perjalanan awal membina jenama hijab sendiri, Yatie meluahkan rasa syukur.

“Tak sangka dari teringin untuk pakai sendiri, sekarang dah jadi lain. 2018 Kak Yatie dengan Mohamad Zaidi Aziz mencari-cari apa yang sesuai dengan jiwa kami sebab beberapa tahun lagi kitaorang nak pencen kerja.

Kak Yatie cakap dengan Abang Ady nak capai baliklah impian ada own brand scarf. Tu yang ada @the_hijab.co .

Kak Yatie nak buat something difference dengan market yang masa tu monopoly fabrik cotton, timbulnya idea nak buat custom own fabric.”

Tambahnya lagi, “Signature fabrik superfine voile organdie sungguh amatlah mudah bentuk, sejuk dan flowy

memang saing dengan cotton atau voile.

Alhamdulillah skrg ramai yang dah cuba dan puas hati. Thank you tau korang yang support Kak Yatie since day one.”

Selain bergelar pengasas The Hijab Co dan The Skin Co, Yatie Kamarzaman juga Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi.

Share
Published by
Suzi