Yakinlah, rezeki Allah SWT pasti ada untuk setiap hamba-Nya. Sama ada cepat atau lambat saja. Sepanjang tujuh tahun melayari hidup sebagai suami isteri, akhirnya pelakon popular Jehan Miskin dan isteri tercinta dikurniakan zuriat pertama.
Tujuh tahun nyata bukan satu tempoh yang singkat namun kedua-duanya tetap sabar menanti saat untuk menimang cahaya mata sendiri dan kini impian tersebut dimakbulkan. Alhamdulillah!
Teruja dan bersyukur dengan anugerah terindah ini, Jehan menerusi Instagram memaklumkan bayi lelaki mereka selamat dilahirkan pada 20 Februari 2021. Sambil memuat naik gambar dirinya memangku anak tersayang, kongsi bintang Qaisy & Laila ini lagi, “Selamat datang ke dunia anak lelaki ku, Axel Nova Rhee, nama pertamanya. Dilahirkan pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baharu Cina diikuti letupan bunga api. Sesungguhnya awak betul-betul luar biasa.”
Ads
Meninjau media sosial isteri Jehan pula, pemilik nama Julie Camelia Rhee ini turut berkongsi foto pertama mereka bertiga dengan kapsyen, “Axel Nova Rhee bin Jehan. Joined our little family on the 20th February 2021. Love is everywhere and no one is sleeping.”
Julie yang merupakan guru senaman Yoga kini meniti usia 36 tahun. Beberapa hari sebelum bersalin, ibu Julie dikhabarkan selamat tiba ke Malaysia untuk menjaga anak kesayangan. Daripada foto yang dikongsikan, kelihatan ibu dan anak ini teruja menyediakan keperluan bayi.
Ads
Pada September tahun lalu, Jehan mengejutkan peminat dengan berkongsi gambar di samping isteri, Julie Camelia Rhee sambil memegang foto imbasan kandungan. Ia sekaligus mengesahkan Julie sedang berbadan dua.
Pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 setelah lima tahun mengenali hati budi. Mereka diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai.
Ads
Difahamkan, Jehan terpikat dengan wanita kelahiran Korea Selatan berkenaan kerana sikapnya yang bersederhana dan penyabar. Semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia hingga ke syurga. Tahniah Jehan dan Julie!
Kredit foto: Instagram Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Astaghfirullah Al Azim, mengucap panjang bila terbaca berita tentang kes ini.
Ibu, insan yang sepatutnya membelai manja dan melindungi anak-anak tergamak membiarkan dua anak gadisnya dinodai lelaki asing. Lebih menyedihkan, kanak-kanak perempuan yang baru berusia 10 dan 13 tahun itu dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh sambil dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat oleh tertuduh sendiri.
Difahamkan selepas selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, ibu berhati batu tersebut menerima bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya hanya menerima bayaran serendah RM1,RM5, RM10 dan RM20. Aduh, begitu murahnya maruah dan harga diri kanak-kanak perempuan ini di mata ibu mereka!
Rentetan aktiviti pelacuran yang dirancang ibu tunggal itu sendiri, dia dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya kanak-kanak terbabit bulan lepas.
Atas semua kesalahan itu, tertuduh yang juga mempunyai dua orang anak lagi berusia empat dan lima tahun didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM50, 000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada hukuman yang dikenakan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dihukum sebat tidak kurang dua sebatan.
Ke manakah hilang rasa kasih sayang terhadap anak-anak apabila kes melibatkan pelacuran dan sumbang mahram yang dilakukan ibu bapa semakin meningkat? Adakah masyarakat hari ini semakin sakit dan hilang pertimbangan? Moga apa yang terjadi hari ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua. Usah musnahkan masa depan mereka yang tidak berdosa!
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baru-baru ini berkenan berangkat ke Majlis Perasmian dan Penjenamaan Semula Hospital Serdang di Serdang, Selangor.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Memetik laporan di Facebook Selangor Royal Official, Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang memulakan operasinya pada Mei 2005 merupakan hospital pakar major yang menjadi pusat rujukan rawatan jantung bagi Wilayah Tengah serta pusat rujukan kes-kes jantung kompleks dari seluruh negara.
Pada majlis bersejarah itu, Baginda turut melawat Pusat Kardiologi Hospital Sultan Idris Shah yang menjadi pelengkap kepada blok hospital sedia ada.
Berikut 8 intipati titah ucapan Baginda: –
Baginda mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi menamakan hospital tersebut atas nama Baginda kerana kesihatan serta kebajikan rakyat sangat dekat di hati dan sentiasa dalam perhatian Baginda.
Baginda menyeru kerajaan agar prihatin terhadap mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk penjagaan kesihatan penduduk dengan memberi perhatian kepada agenda membangunkan skim insurans kesihatan kebangsaan.
Baginda mahu rakyat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan diri secara komprehensif.
Baginda menyeru, para petugas kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah memberi perkhidmatan terbaik dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab serta banyak bersabar dalam menangani kehendak pesakit.
Baginda meminta orang ramai agar bertimbang rasa dan bersabar apabila mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.
Baginda berkenan agar para doktor, pakar-pakar perubatan serta petugas-petugas kesihatan terus mencurah bakti dan berkhidmat di hospital kerajaan demi menabur jasa kepada rakyat jelata.
Baginda menyeru kerajaan agar menjaga kebajikan para doktor dan petugas kesihatan kerana ia satu kerjaya yang mulia dan perlu diberi pengiktirafan sewajarnya. Ia tidak seharusnya dipolitikkan yang akhirnya merugikan semua pihak.
Baginda mahu semua fasiliti kesihatan yang uzur dan hospital-hospital lama diberi perhatian dan penjagaan teliti. Manakala pembinaan hospital dan klinik baharu hendaklah disiapkan mengikut jadual ditetapkan khususnya yang sedang dalam proses pembinaan di negeri Selangor.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak puas hati! Itu luahan peminat bola sepak Malaysia yang kecewa dengan mutu pengadilan Ryuji Sato selaku pengadil dalam pelawanan Malaysia menentang Vietnam, malam tadi.
Seperti berdendam dengan skuad Harimau Malaya, pengadil dari Jepun ini dilaporkan berat sebelah apabila membuat beberapa keputusan tak masuk akal hingga menyebabkan Malaysia tewas 0-3 pada perlawanan ketiga kumpulan A Piala AFF di Stadium National My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Ini selepas pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti penuh kontroversi yang menyebabkan skuad kendalian Kim Pan Gon ketinggalan 0-2 pada minit 64.
Dikatakan tindakan Ryuji Sato itu berkemungkinan kerana Azam Azmi Murad menendang muka pemain Vietnam apabila berada di luar luar padang menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan negara dan menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah.
Namun lebih mengejutkan ia bukanlah kali pertama Ryuji Sato ‘berpihak’ kepada Vietnam. Bahkan senario sama turut berlaku ketika Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) Jun tahun lalu apabila pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan berbaki 10 minit sebelum wisel penamat ditiup.
Sebaik saja pelawanan Malaysia dan Vietnam tamat malam tadi, media sosial milik Ryuji Sato ‘diserbu’ peminat bola sepak tanah air mengkritik sikap pengadil tersebut yang dilihat berat sebelah dan kerap membuat keputusan luar biasa.
Kredit Facebook FAMalaysia OfficialKredit Facebook FAMalaysia Official
Selain itu, komen di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dipenuhi dengan kritikan terhadap Sato yang menjadi punca Malaysia terpaksa melalui laluan berliku untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya pada saingan Piala AFF 2022.
Pada perlawanan terbabit Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam menerusi jaringan yang disumbangkan Nguyen Tien Linh (29′),Que Ngoc Hai (penalti pada minit 64) dan Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!