Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang menghabiskan masa dengan melayan drama di tv mahupun di Netflix. Antara drama yang menjadi pilihan ramai ialah drama Korea. Sekarang tengah trending drama yang menjadi bualan hangat netizen iaitu ‘The World of The Married’. Drama ini berkisarkan masalah rumah tangga yang berpunca daripada kecurangan.
Dalam sesebuah hubungan perkara yang paling ditakuti ialah saat pasangan mula berubah hati. Cinta kian memudar dan pelbagai alasan diberikan untuk menjauhi anda. Ia merupakan perkara pahit yang sukar diterima tambah-tambah lagi anda amat menyanyangi pasangan. Sekiranya perkara ini berlaku, lebih baik sekiranya anda tahu mengenai tanda si dia mula berubah hati.
Ads
Bukan apa, khuatir anda sukar untuk menerima keadaan ini apabila ia sudah terlambat. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Boleh anda bersiap sedia sebelum perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Jom kita lihat 4 tanda utama si dia mula berubah hati terhadap anda!
1. SELALU BERGADUH
Bergaduh itu pengikat kasih sayang. Tetapi jika berlanjutan tanpa kesudahannya bukan sahaja boleh memburukkan keadaan, bahkan merumitkan lagi perhubungan anda berdua. Cari jalan penyelesaian terbaik dan kaji sama ada perkara yang menjadi bahan tikaman lidah itu berbaloi sebelum mengakhiri perhubungan.
2. TIDAK PEDULI DENGAN KEHIDUPAN ANDA
Selepas anda bertanya mengapa dia menjauh, dia sama sekali tidak menunjukkan perubahan. Bahkan dia semakin tidak peduli dengan kehidupan anda. Dia tidak lagi peduli tentang diri anda, anda keluar dengan siapa ataupun perasaan anda.
Jika sudah begini, masih ada masa untuk memperbaiki hubungan. Kebosanan biasanya muncul kerana salah satu pihak merasa diabaikan. Perkuat lagi hubungan anda jika masih boleh dipertahankan.
3. SUKAR UNTUK DIJEJAKI
Pernah atau tidak anda berhadapan dengan situasi, suami anda enggan menjawab panggilan telefon yang diterima apabila berada di sisi anda? Adakah dia dengan pantas menyembunyikan emel atau apa-apa sahaja yang sedang dilakukannya sewaktu melayari internet? Maknanya dia sedang cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan anda.
Ads
4. TIDAK SUKA GAYA ANDA
Cuba anda perhatikan gelagat suami tatkala keluar membeli-belah. Adakah dia mencadangkan anda supaya membeli pakaian yang berbeza daripada anda selalu pakai? Atau dia selalu meluahkan rasa tidak selesa dengan penampilan anda? Ini boleh jadi antara petanda lelaki itu sudah tidak berminat dengan diri anda lagi.
5. KURANG BERBUAL
Ads
Perbualan anda berdua semakin hari semakin hambar dan tiada isi langsung. Si suami tidak lagi suka memperkatakan dengan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara berbanding dahulu. Bermacam-macam alasan diberikan agar anda tidak mengajaknya berbual panjang.
6. BERI BANYAK ALASAN
Ketika anda tanyakan kenapa akhir- akhir ini dia sibuk dan sepertinya melupakan anda, dia akan mengeluarkan banyak alasan. Bahkan lagi teruk dia menyalahkan anda kerana menuduhnya bukan-bukan. Jika sudah begini jadinya, nampaknya si dia mungkin sudah bosan dengan anda.
7. MEMBERI ALASAN SIBUK
Tidak ada angin, tidak ada hujan, tiba -tiba saja dia jadi sibuk. Padahal kalau dilihat – lihat, tidak ada yang berubah dari rutin hariannya. Bahkan menurut teman- temannya, jadual kuliah atau mungkin kerjaan pejabatnya biasa saja, tidak ada projek atau kegiatan tambahan yang boleh membuatnya sibuk. Tetapi kebelakangan ini si dia makin sibuk. Hurm, pelik!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday, Siti Nurhaliza! Seperti mana gahnya nama Siti Nurhaliza di persada seni, seperti itu juga tingginya pekerti penyanyi nombor satu negara ini.
Terkenal dengan sikap lemah-lembut dan merendah diri, tanggal 11 Januari sudah pasti menjadi tarikh bermakna dalam kalangan peminat setia Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin.
Menginjak usia 45 tahun, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ketika ini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Istimewanya, Dato’ Sri Siti mahu menyambut hari lahir di sana di samping insan tersayang iaitu suami, anak-anak, ibu dan mentua tersayang.
Sebagai individu paling rapat dengan pelantun lagu Biarlah Rahsia ini tentunya pembantu peribadi Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Rozi Sang Dewi.
Mengurus karier seni Dato’ Sri Siti Nurhaliza lebih dua dekad, Rozi turut menitipkan ucapan hari lahir buat ‘majikan’ kesayangan.
“11 Januari 2024. Hari raya Siti Nurhaliza. Terkadang untuk menzahirkan dalam bahasa, kita cuba mencari kata-kata paling puitis, untuk melahirkan sebuah ungkapan, kita perlukan pembendaharaan kata yang termanis, namun jika segalanya mengalir dengan sendiri, pasti tak perlu dengan tulis, cukup dengan tulus.
Selamat ulang tahun kelahiran buat boss saya, Siti Nurhaliza. Semoga segala ke hadapan ini adalah nikmat paling disyukuri, kehidupan, keluarga dan kerjaya lancar, apa yang diinginkan terlaksana dan menjadi bintang paling benderang dalam dunia yang menghargai dan menyayangi Siti.
Selamat mengerjakan umrah, semoga urusan ibadah lancar dan sempurna.”
Rozi juga pernah bergelar kakak ipar kepada Dato’ Sri Siti hasil perkahwinan dengan abang penyanyi tersebut, Saiful Bahri Tarudin atau Ayie. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali superstar Beyonce bukan? Selepas hampir 4 tahun tidak melangsungkan sebarang konsert mahupun persembahan, sebuah hotel mewah di Dubai yang baru dilancarkan sanggup berhabis RM111 juta untuk Beyonce ‘perform’ selama sejam!
Hotel yang diberi nama Atlantis The Royal telah menjemput bintang pop antarabangsa terkenal itu untuk membuat persembahan. Menjadi persembahan pertama selepas empat tahun ‘berehat’, bayaran untuk Beyonce menjadi perbualan hangat dan topik utama tabloid dan surat khabar.
Sewaktu konsert tersebut, Beyonce menghidangkan 19 buah lagu termasuk menjemput anaknya, Blue Ivy yang berumur 11 tahun ke atas pentas.
Beyonce didakwa menerima bayaran melebihi RM111 juta (20 juta pound) untuk tampil selama satu jam! Penampilan eksklusif isteri kepada penerbit dan penyanyi rap Jay-Z juga menjadi buah mulut apabila kelihatan sangat memukau dengan dua persalinan, gaun kuning serta merah apatah lagi persembahan penuh bertenaga dan dramatik memukan para penonton pada majlis eksklusif tersebut.
Sementara itu Dailymail turut melaporkan Beyonce bersama keluarganya menginap di salah sebuah bilik paling mahal iaitu The flagship Royal Mansion dianggarkan mencecah RM374,000 semalam.
Menurut sumber Gempak, bilik tersebut terletak di tingkat 22 memiliki empat bilik tidur, panggung wayang, kolam renang peribadi dan ‘bilik keselamatan’. Atlantis The Royal memiliki 795 bilik dengan 44 daripadanya memiliki kolam renang infiniti. Harga biasa sebuah bilik bermula dari RM4,700 satu malam.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuning telur bukan saja sedap dimakan malah turut bermanfaat dalam penjagaan kesihatan rambut secara semula jadi. Bunyi macam mustahil tetapi cuba anda amalkan secara konsisten. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya. Paling penting murah dan selamat.
Dua cara ini boleh membantu anda untuk mendapatkan rambut yang kekal sihat, kuat dan bersinar.
MASKER RAMBUT
Terdapat berbagai cara untuk mengolah kuning telur sebagai masker rambut. Anda boleh mencampurnya dengan minyak zaitun. Caranya mudah sahaja.
Pisahkan kuning telur kemudian campurkan 1-2 sudu besar minyak zaitun.
Kemudian kacau sehingga rata.
Kemudian sapukannya ke seluruh rambut.
Urut kulit kepala secara lembut agar kandungan masker meresap lebih baik ke dalam lapisan rambut dan kulit kepala. Elak menggosok terlalu kuat.
Biarkan selama sejam sambil menutup rambut dengan tuala panas.
Bilas sehingga bersih.
MAKAN KUNING TELUR
Boleh juga diamalkan makan kuning telur secara rutin setiap pagi. Ia membekalkan protein, vitamin B dan folat yang bukan hanya bagus untuk rambut bahkan kesihatan badan. Namun hati-hati jika anda alergi telur. Anda tidak disarankan untuk mengamalkan kedua-dua cara ini. Makan kuning telur mengikut cara yang betul dan jangan berlebihan kerana ia boleh meningkatkan kadar kolesterol.
MANFAAT KUNING TELUR UNTUK KESIHATAN RAMBUT
Membantu merawat rambut rosak.
Menguatkan akar rambut.
Melembutkan rambut.
Mengurangkan kelemumur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...