Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, pasti wanita di luar sana sibuk untuk mencari busana yang akan disarung. Ada yang menempah baju raya untuk kelihatan lebih sempurna. Siapa tidak bila baju yang ditempah serba tak kena? Baju besar, kain labuh, tangan kecil dan pendek menjadi perkara yang paling ditakuti. Ituu belum lagi masuk bab baju raya yang sudah ditempah awal tapi tidak dapat disiapkan. Untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi, jom lihat 7 tip penting ini!
Tidak semua fesyen sesuai dengan semua bentuk tubuh. Begitu juga dengan corak pakaian yang adakalanya tidak sesuai dengan anda. Usah terikut-ikut fesyen terkini selagi anda belum benar-benar yakin fesyen itu menonjolkan diri anda, jangan jadi mangsa fesyen.
Kalau anda kurang yakin dengan cara tukang jahit ambil ukuran, boleh berikan baju contoh yang paling cantik dan kena dengan anda. Dengan cara ni, risiko untuk tersalah potong atau ukur rendah.
Tidak dapat terima kenyataan perut semakin ke depan atau ketinggian tak mencukupi? Rilekslah. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jika anda tahan nafas atau tonjetkan kaki, ukuran yang diambil akan ralat. Mulalah timbul baju labuh atau pinggang ketat.
Sudah biasa dengan tukang jahit A tetapi bila rakan anda kata tukang jahit B lebih elok, mulalah anda teringin nak cuba hasil tangan tukang jahit B. Tak salah nak cuba tetapi janganlah korbankan baju raya pada tukang jahit yang anda tidak tahu hasil dan kualiti kerjanya. Nak cuba boleh, tapi bukan untuk baju raya.
Beli kain cukup-cukup sahaja 4m tanpa mengambil kira bidang kain. Rancangnya pula hendak dibuat baju berkepok-kepok. Ada kain yang diterima tidak sesuai dengan ukuran si pemakai, jika hendak dipotong sebarangan bimbang jejas corak kain. Sebaiknya jika badan besar, belilah kain ela bidang 45, 4m setengah dan kalau bidang 60, beli kain ukuran 4m. Kanak-kanak 5 tahun kebawah beli kain 2m dan jika kanak-kanak usia 6 ke 12 tahun beli kain lebih kurang 3m ke 3.5m.
Ha, yang ini paling penting! 3 bulan sebelum Ramadan tu adalah waktu paling sesuai terutamanya jika anda ingin menempah baju fesyen terkini. Barulah tukang jahit ada masa untuk alter jika ada yang tidak kena.
Kalau anda sedang dalam proses menurunkan berat badan untuk langsing di hari raya, sebaiknya anda tidak menempah pakaian terlalu awal. Iyalah, masa tempah ukuran lain, bila dah siap ukuran sudah bertukar. Sudahnya tukang jahit yang menjadi mangsa hamun.
This website uses cookies.