Uncategorized

7 Tip Penting Untuk Pastikan Baju Raya Yang Ditempah Tampak Cantik Dan Terletak Pada Badan!

Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, pasti wanita diluar sana sibuk untuk mencari busana yang akan disarung. Walaupun mungkin tahun ini sambutan raya agak berbeza berbanding tahun sebelum ini dek kerana krisis atau wabak Covid-19 yang sedang melanda. Namun, sambutan hari raya masih perlu diraikan.

Ada yang menempah baju raya untuk kelihatan lebih sempurna. Siapa tidak frust bila baju yang ditempah serba tak kena? Baju besar, kain labuh, tangan kecil dan pendek menjadi perkara yang paling ditakuti. Itu belum lagi masuk bab baju raya yang sudah ditempah awal tapi tidak dapat disiapkan. Untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi, jom lihat 7 tip penting ini!

1. KENALI BENTUK TUBUH ANDA

Tidak semua fesyen sesuai dengan semua bentuk tubuh. Begitu juga dengan corak pakaian yang adakalanya tidak sesuai dengan anda. Usah terikut-ikut fesyen terkini selagi anda belum benar-benar yakin fesyen itu menonjolkan diri anda, jangan jadi mangsa fesyen.

2. BAWA BAJU CONTOH

Kalau anda kurang yakin dengan cara tukang jahit ambil ukuran, boleh berikan baju contoh yang paling cantik dan kena dengan anda. Dengan cara ni, risiko untuk tersalah potong atau ukur rendah.

3. JANGAN TAHAN NAFAS DAN TONJET KAKI SEMASA SEDANG DIUKUR

Tidak dapat terima kenyataan perut semakin ke depan atau ketinggian tak mencukupi? Rilekslah. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jika anda tahan nafas atau tonjetkan kaki, ukuran yang diambil akan ralat. Mulalah timbul baju labuh atau pinggang ketat.

4. JANGAN TUKAR TUKANG JAHIT DI SAAT AKHIR

Sudah biasa dengan tukang jahit A tetapi bila rakan anda kata tukang jahit B lebih elok, mulalah anda teringin nak cuba hasil tangan tukang jahit B. Tak salah nak cuba tetapi janganlah korbankan baju raya pada tukang jahit yang anda tidak tahu hasil dan kualiti kerjanya. Nak cuba boleh, tapi bukan untuk baju raya.

5. KAIN TIDAK MENCUKUPI

Beli kain cukup-cukup sahaja 4m tanpa mengambil kira bidang kain. Rancangnya pula hendak dibuat baju berkepok-kepok. Ada kain yang diterima tidak sesuai dengan ukuran si pemakai, jika hendak dipotong sebarangan bimbang jejas corak kain. Sebaiknya jika badan besar, belilah kain ela bidang 45, 4m setengah dan kalau bidang 60, beli kain ukuran 4m. Kanak-kanak 5 tahun kebawah beli kain 2m dan jika kanak-kanak usia 6 ke 12 tahun beli kain lebih kurang 3m ke 3.5m.

6. HANTAR LEBIH AWAL

Ha, yang ini paling penting! 3 bulan sebelum Ramadan tu adalah waktu paling sesuai terutamanya jika anda ingin menempah baju fesyen terkini. Barulah tukang jahit ada masa untuk alter jika ada yang tidak kena.

7. BUKAN YOYO

Kalau anda sedang dalam proses menurunkan berat badan untuk langsing di hari raya, sebaiknya anda tidak menempah pakaian terlalu awal. Iyalah, masa tempah ukuran lain, bila dah siap ukuran sudah bertukar. Sudahnya tukang jahit yang menjadi mangsa hamun.

Share
Published by
Fadhli Ismail