Terbang Latif, Terbang! Itu ungkapan yang cukup sinonim dengan atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly. Mula mencipta nama sejak memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016, Latif sekali lagi mengharumkan nama negara selepas berjaya mengulangi kejayaan sama di pentas Paralimpik Tokyo 2020 yang menutup tirainya 5 September 2021.
Ads
Meskipun mengalami kecederaan ketika melakukan lompatan kelima namun atlet kelahiran Perlis ini tetap mampu ‘menghadiahkan’ pingat emas buat Malaysia. Latif sekaligus menepati ramalan sebagai prospek emas buat negara dalam temasya sukan dunia berkenaan.
Ini merupakan penampilan kedua Latif dalam sukan paralimpik dan ditemu bual selepas kemenangan itu Latif dalam nada teruja berkata, “Saya bersyukur dapat mempertahankan gold medal dan buktikan yang kemenangan pertama di Paralimpik Rio dulu bukan nasib.
Saya berjaya buktikan yang saya berusaha dapatkan gold medal dan mempertahankannya. Memang terharu tapi sedih juga sebab tak dapat habiskan lompatan dalam pertandingan. Saya target nak pecahkan world record tapi tak kesampaian. Tak mengapalah, saya reda.”
Menyifatkan pingat emas itu adalah milik semua atlet yang bertanding, Latif turut mendedahkan dia mula membuat persiapan rapi menghadapi Paralimpik Tokyo 2020 sejak bulan Januari lagi.
“Saya prepare dari bulan satu, kira-kira lapan bulan training non stop. Mind set bila datang Tokyo ialah buat the best. Kemenangan ini adalah pengorbanan buat keluarga saya, lapan bulan saya tak balik kampung.
Ads
Ia hasil kerja keras saya berbulan-bulan, kena kuarantin dekat Majlis Sukan Negara (MSN). Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan saya, coach, MSN dan Institut Sukan Negara (ISN).”
Kejayaan Latif pada 4 September lepas bukan hanya mengundang rasa sebak dalam kalangan rakyat Malaysia bahkan turut menarik perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengucapkan tahniah atas pencapaian membanggakan tersebut di pentas dunia.
Ads
Seri Paduka berdua bertitah kejayaan Latif menjadi sumber inspirasi kepada rakyat dan atlet Malaysia untuk berusaha mencapai kejayaan sama ada di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.
Sementara itu, ibu Latif iaitu Salmah Yatim turut menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak bongsu daripada tujuh beradik berkenaan di persada dunia. Malah dia bercadang memasak makanan kegemaran anaknya itu sebaik pulang ke rumah nanti.
Bagi bapa Latif pula, Romly Mat… dia bernazar untuk membotakkan kepala sebagai mensyukuri nikmat kemenangan yang diraih anaknya.
Abdul Latif Romly mengungguli acara Lompat Jauh T20 (kecacatan pembelajaran) di Paralimpik Tokyo 2020 dengan mencatat lompatan terbaik sejauh 7.45 meter. Dalam temasya sukan berprestij itu, Malaysia berjaya meraih tiga pingat emas menerusi acara angkat berat dari atlet Bonnie Bunyau Gustin, badminton dari atlet Cheah Leik Hou dan lompat jauh, Abdul Latif Romly.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Anita Baharom,39 yang selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin dengan sekali lafaz, sekitar jam 11.50 pagi tadi. Majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmillah Wedding Hall Subang itu yang cukup meriah itu dihadiri oleh keluarga dan turut diraikan oleh rakan-rakan media. Memakai persalinan serba putih, Anita Baharom kelihatan sungguh anggun sekali ketika berjalan masuk ke dewan.
Selepas hampir setahun memegang status ibu tunggal, pelakon itu dikhabarkan sedia bergelar isteri sekali lagi selepas melihat kesungguhan bakal suami, Engku Isyamuddin Tuan Losin yang mahu menjadikannya suri hati.
Memetik laporan Astro Gempak, pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
Terdahulu, suami Anita yang juga bekas penerbit program TV3, Allahyarham Mohd. Ismadi Ismail menghembuskan nafas ketika tidur pada 1 Januari lalu. Perkahwinan Anita dengan Mohd. Ismadi dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8
Namun siapakah lelaki yang bertakhta di hati Anita Baharom ini? Berikut ialah dapatan kami menerusi beberapa sumber di Internet.
1. Engku Isyamuddin Tuan Losin merupakan seorang duda berusia 48 tahun. Dia mempunyai 8 orang anak hasil perkahwinan bersama bekas-bekas isteri.
2. Difahamkan, Engku Isyamuddin yang bekerja sendiri, sebelum ini adalah Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.
3. Menerusi perkongsian gambar-gambar di laman sosial Facebooknya, Engku seorang yang cukup aktif dan bola sepak adalah antara sukan kegemarannya, termasuk memancing.
Tahniah NONA ucapkan kepada Anita dan suami, dan semoha perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke jannah.
…berita lain menyusul***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Sumber: FB Artis Malaysia, FB Engku Isyamuddin Tuan Losin | Video: @officialHLive
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mahu memiliki kulit bebas masalah dan mudah untuk mendapatkan raut wajah yang bebas cela. Namun, untuk mendapatkan wajah bebas masalah, regim penjagaan yang tuntas dan disiplin perlu diamalkan.
Penyanyi dan pelakon Wanna Ali cukup bertuah kerana memiliki disiplin yang tinggi dalam menjaga penampilan dirinya dari hujung rambut ke hujung kaki. Mana tidaknya, rezeki dirinya apabila dilantik menjadi duta kecantikan produk Millefleur iaitu produk rangkaian penjagaan kulit dikeluarkan dalam bentuk serum.
Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, pemilihan selebriti berusia 25 tahun itu turut mengambil kira semua faktor dari aspek keserasian dan kerjasama baik antara kedua-dua pihak.
Menurut beliau, pihaknya juga yakin Wanna adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas dalam semua platform media.
“Kami juga sangat kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna.
“Selari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin, Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan video muzik,” katanya pada majlis pengenalan duta produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum di sini baru-baru ini.
Mula bertapak dalam industri seni sebagai penyanyi, Wanna memilih genre pilihannya iaitu R&B dan jazz namun ia sukar mendapat tempat dalam kalangan peminat.
Bagaimana Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali yang pernah popular dengan lagu Lepaskan kini lebih selesa memilih untuk aktif di bidang lakonan ketika ini di mana ia adalah jalan terbaik untuk kerjaya seninya.
Mengulas lanjut, Wanna turut berkongsi kebaikan dari Millefleur yang memberikan banyak perubahan yang baik pada wajahnya.
‘’Produk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1 dan saya percaya produk ini kerana terkejut dengan hasil diberikan terutama melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas tapi kulitnya masih cantik walaupun lelaki.
‘’Sebelum ini saya memang susah hendak percaya produk tempatan namun saya cuba dahulu selama sebulan dan ia ternyata bagus kerana mengandungi organik yang menyebabkan saya bersetuju untuk menjadi duta,” jelasnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan penghibur ‘evergreen’, Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun. Turner yang menderita sakit berpanjangan meninggal dunia pada Selasa di rumahnya di Küsnacht dekat Zurich, Switzerland.
Turner yang popular dengan lagu hit ‘What’s Love Got To Do With It’ dan ‘The Best’ telah menjadi warganegara Switzerland sejak sedekad lalu.Turner dilahirkan sebagai Anna Mae Bullock di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) dan menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di ladang seluas 260,000 kaki persegi di Tasik Zurich.
Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.
Semasa hayatnya, Turner berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia, memenangi 12 anugerah Grammy dan telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.
Penyanyi itu pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis.
Turner bagaimanapun berjaya bangkit semula dan mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia. Turner menderita penyakit seperti bronkitis, radang paru-paru dan pneumothorax.
Dalam pada itu, White House berkabung atas kehilangan penyanyi superstar Tina Turner.
Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata pemergian besar kepada komuniti yang menyayanginya dan kepada industri muzik.
Jean-Pierre yang mengaku dirinya sebagai salah seorang peminat Turner berkata bahawa lagu-lagu Turner akan terus hidup dan dikenang peminatnya.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...