Nona kongsikan 8 DIY masker yang boleh dibuat sendiri di rumah.
Mudah lagi menjimatkan, jom cuba!
1. MENGHILANGKAN KEDUTAN
Masker ini berfungsi untuk meremajakan kulit. Hasilnya kulit yang kelihatan matang akan nampak muda berseri. Malahan, ia juga membantu mengurangkan garis-garis halus.
Bahan-bahan:
1 biji avokado yang ranum
1 sudu teh jus lemon
1 biji putih telur
Cara-cara:
Jika anda mempunyai kulit berminyak, campurkan putih telur dan jus lemon. Sapukan di seluruh wajah dan elakkan terkena di sekeliling mata. Bagi yang ada masalah kulit kering pula, kisarkan sebiji buah avokado dan campurkan di dalam bahan-bahan tadi. Ia akan menyegarkan kulit yang kering.
2. MENGURANGKAN SEMBAB
Kadangkala, bila terlalu penat atau tak cukup tidur wajah akan kelihatan sembap dan tak bermaya. Cara pantas bagi mengatasi masalah ini ialah menggunakand masker buah epal.
Bahan-bahan:
1/2 biji epal (dikupas dan dikisar)
1 sudu besar madu asli
1 biji kuning telur
1 sudu besar cuka epal
2 sudu besar minyak badam
Cara-cara:
Bagi kulit kering, anda boleh mencampurkan semua bahan di atas. Sapukan di muka dan berehat dalam 20 minit. Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering gantikan minyak badam dengan minyak jojoba.
3. KURANGKAN KEMERAHAN
Ads
Bila wajah ditumbuhi jerawat, kesan kemerahan akan nampak ketara. Malahan, ruam-ruam halus di muka juga akan membuat kita berasa malu dan tak selesa. Apa kata cuba petua mudah ni.
Bahan-bahan:
1 biji putih telur
1 sudu teh madu asli
1 sudu teh jus lobak merah
1 sudu teh bawang putih (dilenyek)
Cara-cara:
Pukul putih telur hingga kembang. Campurkan bahan-bahan lain. Sapukan di seluruh muka atau di kawasan yang ada kesan kemerahan. Biarkan selama 20 minit.
4. MELEMBAPKAN WAJAH
Bagi mereka yang mempunyai kulit yang kering atau terlampau kering, bolehlah cuba buat masker mudah ini. Khasiatnya, membantu melembap dan meremajakan kulit.
Bahan-bahan:
1/2 sudu teh madu asli
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu tepung
Cara-cara:
Campurkan semua bahan. Sapukan di muka dan biarkan selama 20 minit. Jika nak masker tahan lama dan boleh digunakan semula, jangan menggunakan tangan. Seeloknya ambil secukupnya saja dan bakinya disimpan di peti sejuk.
Ads
5. MEMBERSIHKAN PORI YANG TERSUMBAT
Apabila sering mengenakan solekan dan tak mencuci wajah dengan betul, liang pori-pori di wajah akan tersumbat. Ini akan menyebabkan berlakunya keradangan yang mengakibatkan tumbuhnya jerawat, bintik hitam dan putih. Bagi mengatasi masalah ni, anda boleh mencuba tip ini.
Bahan-bahan:
1/2 sudu teh yogurt
1 sudu teh jus oren
1 sudu teh jus lobak merah
1 sudu teh minyak badam
Cara-cara:
Campur semua bahan dan sapu ke seluruh wajah kecuali kawasan mata. Jika anda mempunyai kulit yang berminyak atau mempunyai tompok-tompok hitam, tambah 1 sudu teh jus lemon di dalam bahan tadi. Jika kulit anda terlalu kering, tambahkan minyak badam 1 sudu teh lagi.
6. MENCERAHKAN WAJAH
Masker ini akan membuang segala kekotoran yang tersumbat di pori-pori dan membersihkan sel-sel kulit mati. Ia akan menjadikan kulit bertambah lembut, cerah dan bersih.
Bahan-bahan:
2 sudu teh serbuk badam
1 sudu teh air mawar
1/2 sudu teh madu asli
Ads
Cara-cara:
Campur semua bahan sehingga menjadi pes. Sapukan lapisan yang nipis di wajah. Untuk hasil yang terbaik, cuci muka menggunakan air mawar yang telah disejukkan terlebih dahulu.
7. MENGHALUSKAN KULIT
Jika anda mempunyai kulit yang kusam, kasar dan warna tak sekata apa kata cuba maskeri ni.
Bahan-bahan:
2 sudu teh oat (kisar halus)
2 sudu besar kulit oren (kisar halus)
Sedikit yogurt
Cara-cara:
Campur semua bahan dan sapu di muka dengan lapisan yang nipis. Jika anda mempunyai kulit kering campurkan dengan yogurt secukupnya. Sebaliknya, jika ada masalah kulit kering, gantikan yogurt dengan minyak badam.
8. MENGANJALKAN KULIT
Kebaikan kentang yang kaya dengan vitamin C mampu menganjal dan menegangkan kulit. Jika anda berusia lebih 25 tahun dan ke atas, masker ini sangat sesuai untuk melambatkan proses penuaan.
Bahan-bahan:
1 sudu besar jus kentang
1 sudu besar tepung kacang kuda
Cara-cara:
Campur kedua-dua bahan dan sapu rata ke muka. Jika kulit berminyak, boleh tambahkan sedikit minyak zaitun dan jus lemon. Jika berkulit kering, tambahkan sedikit minyak zaitun dan yogurt. Sesuaikan kepekatan pes tersebut.
Kredit Foto: www.pexels.com
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suka dengan cara Jennifer Aniston menghadapi pertanyaan para media apabila berbicara tentang umur. Meskipun menyedari usianya yang sudah mencecah separuh abad, selebriti kesayangan Hollywood ini tidak pernah menganggap ia satu masalah. Bahkan, dia bersikap realistik dan menyerlahkan kecantikan dengan cara tersendiri.
Saat kebanyakan bintang wanita Hollywood lain menjadikan pembedahan sebagai ‘teman setia’ apabila usia mencecah 50 tahun… Jennifer bagaimana pun lebih selesa dengan pendekatan cantik semula jadi. Sejujurnya, dengan bentuk fizikal dan rupa paras yang dimiliki bekas isteri Brad Pitt ini ramai yang tidak menyangka dia sudah berusia 50 tahun.
Bercakap kepada InStyle Magazine baru-baru ini, Jennifer yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 pada Februari lalu dengan tenang memberitahu, “Well, that number. Saya tak tahu hendak cakap apa sebab saya tak rasa apa-apa perubahan (meningkat usia). Semuanya baik. Saya rasa sangat hebat.”
Bercakap tentang penampilan dan kecantikan seseorang yang sudah berusia bukanlah satu perkara yang menyenangkan bagi Jennifer. Ujarnya lagi, “Agak pelik bila tiba-tiba ada yang menghantar pesanan kepada saya dengan kata-kata seperti ‘Anda kelihatan mengagumkan dengan usia sekarang’.”
Bekas pelakon drama bersiri popular ‘Friends’ ini mendedahkan biarpun dia bersikap terbuka dengan pertambahan usia saban tahun, namun kewujudan rambut putih atau uban ada kalanya membuatkan dia rasa kurang yakin. “Saya tak mampu berbohong. Saya memang tak suka rambut yang sudah beruban.”
Wajah Jennifer Aniston ketika mudaJennifer di samping selebriti JLo yang juga berusia 50 tahun
Iyalah, selama ini rambut kuning keemasan Jennifer berjaya menawan jutaan peminat di Hollywood dan serata dunia. Jadi bila warna rambut sudah berubah tentunya ia memberi kesan kepada jelitawan ini.
Bagaimana pun, Jennifer sangat bertuah kerana memiliki gen cantik semula jadi. Memetik kenyataannya kepada Yahoo! Beauty pada tahun 2014, “Ayah saya ialah 100% keturunan Greek. Walau sudah berusia 81 tahun tapi kedutan di wajahnya hampir tak kelihatan. Sama juga seperti mendiang nenek yang meninggal dunia pada umur 95 tahun.”
Pernah tersenarai di antara World’s Most Beautiful Woman dari People Magazine pada tahun 2016, Jennifer tanpa berselindung menjelaskan tiga tip awet muda yang diamalkan ialah minum banyak air kosong, mendapatkan tidur yang cukup dan pakai krim pelindung sinar UV matahari.
Berpegang kepada filsuf kecantikan tersendiri… Jennifer berkata, “Sayangi diri sendiri dan perlu ada rasa sayang dengan apa yang dianugerahkan kepada anda iaitu dengan cara menghargai dan menjaga kurniaan tersebut. Sebab ini sajalah tubuh yang diberi dan memastikan ia dalam keadaan baik dengan mengambil pemakanan sihat serta rehat mencukupi.”
Sumber: Evoke & Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap peringkat umur tidak kira lelaki atau wanita mempunyai cara penjagaan wajah berbeza. Selalunya kebanyakan wanita selesa menggunakan produk yang sama dari ketika usia 20an sehingga usia mencecah ke 40an. Mereka takut untuk bertukar kepada produk yang lain atas sebab risau kulit akan rosak.
Walhal penggunaan produk penjagaan yang tidak mengikut usia sebenarnya akan membuat kulit bertambah rosak. Segalanya bermula ketika usia kita mencecah awal 20an. Pemilihan produk yang betul mengikut usia dan kategori kulit dapat membantu memelihara kulit agar lebih cantik, sihat dan bercahaya secara semulajadi. Ingat! Kulit kita semua berbeza dan akan berubah seiring dengan pertambahan usia.
Oleh itu produk penjagaan juga mesti digunakan sesuai mengikut usia. Contohnya apabila usia dalam golongan 30an, kita tidak boleh menggunakan produk untuk mereka yang berusia 20an Begitu juga yang seterusnya.
Ikuti cara penggunaan dan penjagaan kecantikan yang disarankan:
Usia 20-an
Keutamaan penjagaan ketika di usia ini lebih kepada Pencegahan.
Masalah:
Masalah utama mereka yang di usia 20-an adalah Jerawat!
Jika masalah ini tidak ditangani dengan betul, ia akan memberi kesan jangka panjang ketika menginjak pada usia seterusnya.
Risiko penjagaan yang tidak betul akan menyebabkan keadaan tekstur kulit wajah yang berparut dan kelihatan berlekuk seperti kawah dan kulit akan mula anjal. Boleh anda bayangkan?
Tindakan:
Kebanyakan golongan 20an lebih aktif, justeru penggunaan krim pelindungan matahari amat penting.
Cari produk kosmetik dan juga suplemen yang mengandungi anti oksidan.
Pastikan pelembab harian yang digunakan mengandungi vitamin C dan vitamin E.
Sekiranya anda memiliki kulit jenis berminyak dan mudah berjerawat sebaiknya gunakan produk yang mengandungi asid salicylic.
Tip Penjagaan Harian:
Pembersih wajah
Penyegar
Pelembab (dengan tambahan antioksida)
Krim pelindungan matahari (mengikut jenis kulit anda)
Usia 30-an
Keutamaan penjagaan wajah pada usia ini adalah mencari produk yang sesuai. Disinilah kita perlu tahu jenis dan masalah kulit yang kita hadapi.
Masalah:
Tanda-tanda penuaan pada kulit wajah akan mula kelihatan pada beberapa bahagian wajah.
Perlu kita tahu bahawa kolagen akan mula berhenti ‘bekerja’ pada usia kita 25 tahun.
Sebab itu, apabila kita tidak menjaga kulit seawal usia 20an, masalah seperti pigmentasi, garisan halus, warna kulit tidak sekata, liang pori besar, tekstur kulit kasar, kulit kering dan lain-lain masalah kulit akan mula kelihatan.
Bahkan ada di antara mereka di usia begini sudah mula kelihatan lebih tua dari usia sebenar! Apa yang dilakukan atau tidak dilakukan pada kulit ketika di usia 20an akan mula menunjukkan kesan di usia begini.
Tindakan:
Pastikan produk penjagaan wajah harian anda mengandungi:
Retinol – sejenis vitamin A yang membantu kulit menghasilkan kolagen, pengelupasan sel kulit mati dan penghasilan sel kulit yang baru. Ia juga membantu meratakan tona kulit wajah. Bertanyalah dengan perunding kecantikan tentang setiap kandungan di dalam produk.
Asid Hyaluronic – untuk memberi dan mengikat air di dalam kulit. Hal ini kerana kulit mudah mengalami blackhead dan whitehead. Jadi kulit memerlukan asid hyaluronic untuk mengurangkan masalah ini.
Asid Glycolic – untuk mencerahkan kulit dan ia amat diperlukan dalam rutin penjagaan harian.
Tip Penjagaan Harian:
Pembersih wajah
Penyegar – pilih mengikut kategori kulit. Fokus kepada mengecilkan pori-pori wajah
Serum – mengandungi retinol dan asid hyaluronic atau asid glycolic – bergantung kepada keperluan kulit
Pelembab – mengandungi agen yang bersifat antioksida.
Krim pelindungan matahari – mengikut kategori dan keperluan kulit anda.
Suplemen sebagai tambahan untuk persediaan dalaman.
Ekstra!
Kenali dan fahami kulit anda sebelum mendapatkan sesuatu produk. Pilihan produk penjagaan mestilah mengikut jenis dan kategori kulit.
Dapatkan nasihat dari pakar atau perunding kecantikan.
Pastikan produk yang digunakan bertepatan dengan jenis kulit yang mampu untuk membantu menyelesai atau mengurangkan masalah kulit yang dihadapi.
Sentiasa menggunakan krim pelindung matahari setiap kali melakukan aktiviti di luar.
Perlu diingatkan jangan sesekali membeli atau menggunakan sesuatu produk atau suplemen dengan hanya berpandukan kepada testimoni daripada kawan, keluarga serta testimoni luar menerusi risalah, online dan sebagainya.
Elakkan juga terpedaya dengan tawaran produk berdasarkan harga yang sangat murah.
Penggunaan secara konsisten, teratur dan mengikuti cara yang dicadangkan sangat membantu untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Bagi mereka yang sentiasa bersolek pastikan anda mengunakan makeup remover untuk menanggalkan solekan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wajah jelita ini masih menjadi perhatian peminat seni tanah air walaupun kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai yang kurang menyedari kehadirannya. Namun, namanya masih kekal relevan sehingga sekarang walaupun kali terakhir wanita kacukan Melayu-Inggeris ini dapat dilihat melalui filem Chermin pada tahun 2006.
Foto: Instagram @deannayusoff_official
Melihat wajahnya melalui platform media sosial milik peribadinya tidak sangka wanita Deanna Yusoff sudah menginjak ke usia 54 tahun. Namun begitu wanita yang mempunyai ketinggian 170cm ini juga telah berkongsi rahsia kejelitaannya melalui akaun Instagram miliknya. Menurut selebriti cantik ini, sejak berpindah ke Switzerland ketika usianya 12 tahun beliau sudah mula menjaga kecantikan kulit.
Walaupun ketika itu perubahan cuaca yang menyebabkan kulitnya menjadi kering tetapi rutin penjagaan wajah telah sebati dengan dirinya bermula dari detik itu. Apabila usia semakin remaja, Deanna mula menambah rutin penjagaan kulitnya dengan pembersih wajah dan penyegar. Patutlah kulitnya kelihatan sangat berseri walaupun sudah memasuki usia 50an. Tengok semua gambarnya pun tak gunakan filter tau!
Wanita yang masih single ini juga rupanya dalam diam telah memformulasikan produk penjagaan kulit yang digelar Edel Botanica. Sebelum ini Deanna menjalankan perniagaan coklat premiun dari Switzerland, Grandjean.
Deanna Yusoff pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10. Selain itu pelakon filem Selubong ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Deanna juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan dua buah album, Divide and Continue dan Fix.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung Dida Sinclair kerana bukan hanya mempunyai suami penyayang. Malah dikurniakan anak-anak yang ‘cantik’ budi pekerti dan menantu yang baik. Kemesraan dan rumah tangga bahagia Dida Sinclair di samping suami tercinta, Mohamed Sinclair wajar menjadi inspirasi ...