Sedia maklum bahawa kediaman jenis apartmen atau pangsapuri mempunyai ruang yang terhad. Sebenarnya anda mampu menjadi kreatif dalam penataan gaya.
Konsep minimalis paling sesuai untuk jenis kediaman ini agar kelihatan lebih luas. Dapur juga adalah ruang terpenting yang perlu diberi perhatian. Berikut helak yang boleh dipraktikkan agar ruang dapur anda tampak lebih luas.
(1) GABUNGKAN RUANG
Ada baiknya jika anda menggabungkan ruang dapur dengan ruang tengah rumah. Sekurang-kurangnya idea kretif ini menjadikan ruang dapur anda kelihatan lebih lapang dan selesa.
(2) TATARIAS DALAM KABINET
Tempat penyimpanan yang lapang akan menjadikan dapur anda lebih luas. Elak melonggokkan barang-barang di atas meja dapur, rak mahupun almari. Kemaskan peralatan yang jarang digunakan ke dalam rak penyimpanan bahagian bawah. Dapur anda akan kelihatan lebih kemas.
(3) ELEMEN VISUAL
Pilih pola dan elemen visual yang akan mengarahkan pandangan mata anda ke arah langit-langit. Contohnya, garis-garis vertikal pada dinding dan langit-langit di dapur akan cenderung menjadikan impresi visual bahawa dapur anda lebih tinggi.
(4) PENCAHAYAAN
Jika ruang dapur anda berwarna pucat atau gelap, limpahinya dengan cahaya. Cahaya yang melimpah akan menghadirkan perasaan bahawa dapur anda memang lapang. Jika bahagian dinding dapur anda mempunyai tingkap, manfaatkannya semaksimum mungkin.
(5) GANTI PINTU KABINET DENGAN BAHAN KACA
Cubalah menggantikan pintu kabinet dengan pintu kaca sehingga pandangan anda juga boleh tembus ke belakang. Jangan biarkan isi kabinet anda berselerak dengan barang-barang kerana ia akan melenyapkan kesan lapang pada ruang.
(6) SAMAKAN WARNA KABINET DENGAN DINDING
Warna kabinet yang terlalu kontra dengan dinding akan menjadikan pandangan mata terbatas. Warna senada akan lebih meluaskan tampilan visual, lebih-lebih lagi jika anda memilih warna-warna pucat yang akan merefleksikan cahaya. Anda juga boleh mencuba warna hitam, navy dan coklat akan menjadikan visualnya lebih ‘surut’.
(7) PILIH PERABOT DENGAN TAPAK KECIL
Pilih perabot bersaiz sederhana atau kecil serta efisien. Visualisasi dapur anda juga akan kelihatan lebih lapang.
(8) REKAAN DENGAN GARIS MINIMALIS
Sisi-sisi perabot yang bersaiz sederhana atau kecil dengan garis minimalis akan menjadikan dapur anda lebih lapang. Berbeza jika perabot tersebut mempunyai sisi kontra yang terlalu lebar. Amy Mohd