Sejak kebelakangan ini, perniagaan hijab yang diusahakan oleh Fazura dikatakan mendapat sambutan luar biasa. Dengan harga serendah RM27, banyak pelanggan berebut-rebut mendapatkan Tudung Fazura, iaitu himpunan tudung empat segi atau bawal dengan motif flora.
Penglibatan Fazura dalam bidang keusahawanan bukan lagi rahsia. Terdahulu pelakon Gol & Gincu ini menceburi perniagaan fesyen melalui House of Doll. Pernah juga mengeluarkan rangkaian haruman badan di bawah nama Mystical by Fazura dan rangkaian produk kecantikan di bawah label Fazura Skincare.
Menjelang musim pandemik ini, usaha ibu kepada si comel Nur Fatima Aisya bertambah ligat dengan pelancaran Tudung Fazura. Perniagaan hijab ini jelas mempunyai hikmah tersendiri kerana selain menambah pendapatan, ia juga boleh menjadi permulaan perubahan imej seseorang.
SENI TUDUNG BAWAL
Sebenarnya seni penggayaan hijab bukanlah tentang siapa pemakainya, tapi kesesuaian tudung dengan bentuk muka seseorang dan baju yang dikenakan. Tak semua orang sesuai dengan gaya tudung bawal dan tak semua juga sesuai dengan gaya selendang @ shawl. Pada akhirnya ia berbalik pada karakter serta bentuk muka kita sendiri.
Jom semak inspirasi gaya Fazura dalam tudung empat segi ni. Pakai ringkas-ringkas pun tetap nampak bergaya!
(1) Tudung bawal rona nude dengan baju kurung
(2) Gaya ‘Zoom-Meeting Ready’
(3) Gaya ikatan effortless untuk ke pasar raya
(4) Dah lengkap 2 vaksin? Ayuh kembali bekerja!
(5) Sederhana & ‘sweet-sweet’ Muslimah
(6) Denim untuk hujung minggu
(7) Kuasa rona tanah
(8) Hitam penyelamat keadaan
Sumber foto: Instagram @missfazura