Barisan jenama produk lokal sebenarnya setanding dengan jenama produk kecantikan antarabangsa. 8 produk lokal ini mewakili produk yang berkualiti dan kita patut berbangga berkongsi rutin harian dengan hasil yang luar biasa.
Bukan sahaja kesan yang hebat malah rekaan bungkusan dan penjenamaan produk lokal juga tidak kurang hebatnya. Jom semak 8 produk lokal yang dicipta untuk mengekalkan kecantikan wanita.
8 PRODUK LOKAL TERBAIK DI PASARAN
1 – FOLLOW ME Green Tea Hijab Syampu Hair Fall Solution pH-balanced
Siri FOLLOW ME Green Tea Hijab yang dirumus menggunakan teh hijau Jepun bagi memastikan wanita Malaysia aktif dan ceria menjalani kehidupan penuh yakin menggayakan hijab. Diinspirasi daripada teknologi Jepun, dengan ramuan utama iaitu habbatus sauda, ramuan ideal untuk mengembalikan pertumbuhan rambut. Ini disebabkan kandungannya tinggi dengan thymoquinone, sejenis antihistamin sangat kuat dan kaya dengan bahan-bahan yang mengurangkan keradangan, mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit kepala yang baik. Syampu Hair Fall Solution pH-balanced FOLLOW ME Green Tea Hijab memberi khasiat pada akar rambut bagi memastikan rambut lebih kuat.
2 – DR IRMA DERMO KLIN Cleanser & Moisturizer
Diilhamkan daripada masalah ramai orang ketika pandemic COVID-19, ramai yang terpaksa memakai topeng muka dan hasil daripada itu mereka mengalami masalah kulit seperti jerawat, alahan, kegatalan dan kemerahan. Cecair pencuci wajah ini boleh mencuci kulit sepenuhnya dan menanggalkan mekap dalam satu langkah dan seterusnya melembapkan kulit dengan sempurna. Dengan perlindungan SPF 10 ia sesuai untuk penjagaan kulit seharian dan ianya selamat tanpa SLS, pewangi, pewarna dan bahan kimia yang merosakkan kulit.
3 – NATUWREL Orynzyme Serum
Serum istimewa ini dapat menikmati khasiat 3 dalam 1 Face Oil, Pelembap dan Serum dalam satu botol. Memfokuskan kepada hidrasi kulit, meminimumkan pori wajah serta kaya dengan antioksida. Diformulasi dengan bahan-bahan istimewa seperti asid hyaluronic dan bebas paraben serta berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat, memudarkan jeragat dan parut serta melembapkan kulit wajah secara semula jadi.
4 – MERMATTE Translucent Loose Powder
Kulit wajah makin berseri tatkala menyapukan bedak debu ke wajah usai menyapu bedak asas. Namun, pemilihan bedak debu ini sangat penting agar kulit wajah terus terpelihara dan kekal cantik. Mermatte telah memperkenalkan Translucent Loose Powder yang sesuai untuk semua tona kulit. Bukan itu sahaja malah berfungsi sebagai setting powder untuk solekan yang tahan lebih lama. Mempunyai tekstur yang sangat halus dan kemasan matte
sesuai juga untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Diformulasi dengan Argan Oil, Vitamin E dan Vitamin C serta diperkaya dengan SPF35 menjadikan tona kulit lebih sekata dan kesan lebih cerah serta berseri-seri.5 – ARYZA Chia Miracle Oil
Minyak berasaskan chia seed sememangnya tidak asing bagi dunia kecantikan bagi membantu mengatasi pelbagai masalah kulit. Diinspirasikan daripada Tamadun Mayan dan Aztec ribuan tahun dahulu, Aryza Chia Miracle Oil berasaskan minyak chia seed organik yang diimport dari Mexico. Didatangkan daripada gabungan pelbagai bahan semula jadi hebat seperti Minyak Argan, Minyak Zaitun, Minyak kelapa dara dan Minyak Peppermint yang menyegarkan. Kaya dengan Omega-3 serta antioksidan sesuai untuk anti-penuaan, irutasi kulit, jerawat, ruam bayi dan masalah ekzema. Hanya beberapa titisan setiap hari untuk kesihatan kulit secara semula jadi.
6 – AURA KASIH Lip Serum
Inspirasi daripada minyak bijian bunga matahari dan shea butter, lip serum ini berperanan untuk melembutkan bibir setiap hari. Serum bibir Aura Kasih ini membantu merawat dan memunggilkan serta melembapkan bibir agar kekal sihat dan cantik. Serum ini juga membantu melicinkan garis-garis halus untuk bibir yang bermasalah. Selain itu, ia juga menghidratkan bibir dengan tekstur yang ringan dan kental serta lembut di bibir. Rasai sendiri bibir yang sihat dan lembut di bibir sepanjang hari.
7 – GÜZELIM BY SITI SALEHA Lush Jelly
Mengambil inspirasi daripada rahsia perubatan tradisional dan kebaikan daripada habbatussauda, maka lahirlah suplemen penjagaan kulit yang begitu istimewa ini. Hanya dalam 1 paket terdapat kebaikan yang mampu membantu meningkatkan tenaga dengan cepat. Suplemen sedia untuk dimakan (ready-to-eat
8 – TWO L(I)PS Prebiotik
Pembersihan yang mendalam boleh menyingkirkan bakteria ‘baik’ lalu menyebabkan mikrobioma tidak seimbang. Apabila ini berlaku, perlindungan pada kulit menjadi lemah dan terdedah kepada tekanan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit serta mempercepatkan penuaan kulit. Memperkenalkan koleksi Two L(I)Ps Prebiotik yang baharu lengkap dengan lima produk keperluan iaitu Rinse, Scrubbs, Juice, Sleepover dan Screen. Dirumus secara khusus untuk kekal di antara tahap pH 4 – 6, yang merupakan tahap pH optimum yang diperlukan untuk kulit pada bahagian vulva dan wajah agar semakin segar.
This website uses cookies.