Kulit tumit yang kering dan pecah-pecah bukan sahaja tidak cantik dipandang, malah membuatkan kita rasa tidak selesa. Dahlah keras, kadang-kadang sakit pun ada kalau dibiarkan. Sebenarnya ia kerap berlaku kerana kebiasaan kita sendiri, antaranya sebab tidak memakai alas kaki dalam rumah, kaki kesejukan atau kering.
Nah, sudah masanya untuk beri tumpuan pada kulit tumit sepertimana anda membelai kulit wajah. Ayuh semak 8 kebiasaan harian ini yang mungkin pemicu masalah tumit merekah.
#1. Kehamilan
Bukan salah kehamilan, tapi mungkin pertambahan berat badan ketika fasa ini membuatkan tekanan pada kaki bertambah. Ibu hamil sepatutnya tidak berdiri terlalu lama bagi menjaga kesihatan, selain menjaga kulit tumit agar tidak pecah-pecah.
#2. Makanan kurang berkhasiat
Selain memberi impak negatif pada kesihatan, mengambil makanan yang kurang berzat atau kurang nutrisi seperti kalsium, zat besi, vitamin E dan Omega-3 boleh menjadi punca tumit pecah dan merekah. Jadi amalkan pemakanan seimbang.
#3. Memakai kasut yang salah
Memakai kasut yang tidak sesuai bukan hanya menjejaskan keselesaan dan kulit tumit, malah postur tubuh anda. Beberapa jenis kasut seperti sandal terbuka dan kasut tinggi amat tidak digalakkan untuk mereka yang telah mengalami masalah ini.
Ads
#4. Berdiri terlalu lama
Menurut The Health Site, berdiri terlalu lama akan meningkatkan risiko tumit pecah meskipun anda memakai kasut. Ini disebabkan tekanan di bahagian bawah badan yang memicu keretakan tumit.
#5. Masalah kesihatan
Apabila tubuh berpenyakit, kesihatan kulit pun akan terjejas. Antara masalah kesihatan yang mendorong tumit pecah adalah diabetes, radang sendi, psoriasis dan obesiti. Maka, rawat kesihatan agar kulit anda kembali sihat semula.
#6. Peningkatan usia
Ads
Seiring bertambahnya usia, kulit tumit orang dewasa juga dengan mudah mengalami keretakan. Oleh itu, tak hairanlah tumit kaki pecah lebih kerap dialami oleh golongan berusia. Postur tubuh yang salah juga boleh menjadi penyebab keretakan tumit kaki. Postur bongkok akan memberi tekanan berlebihan di bahagian bawah tubuh.
#7. Berkaki ayam
Kebiasaan berkaki ayam di dalam rumah boleh memburukkan keadaan tumit kaki. Ini kerana tumit rentan memijak lantai jubin, terkena debu atau air yang boleh menyebabkan kesihatan kulit kaki bertambah buruk.
#8. Bahan kimia
Ads
Kaki yang terdedah terlalu lama dalam air, sabun mahupun detergen akan menghilangkan lembapan semula jadi kulit. Bahan kimia yang terdapat dalam produk ini akan mengeringkan kulit, sekaligus menyebabkan tumit merekah.
PETUA ATASI
Memandangkan cuti Hari Wilayah pada 1 Februari ini menjelang tiba, boleh manfaatkan cuti dengan membuat perawatan mudah ini di rumah.
1. Sapukan losen atau krim pelembap khas untuk merawat kulit tumit. Sebaiknya sapu dengan kerap setiap hari dan pakai stokin sewaktu tidur.
2. Ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit perlahan-lahan selama beberapa minit. Amalkan selalu untuk kesan yang terbaik.
3. Rendam kaki anda dalam air suam yang dicampur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan serbuk penaik.
4. Sediakan beberapa keping asam keping. Campurkan dalam sebesen air suam dan rendam kaki selama 30 minit. Lakukan setiap malam. Boleh juga lumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.
5. Selain losen dan pelembap, anda boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak badam. Penggunaan minyak ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan sekali gus membantu meningkatkan kelembapan serta merawat rekahan.
6. Minum air secukupnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu.
Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya.
Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari awal kemunculan dalam industri muzik sampai sekarang, penampilan Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman atau mesra di sapa sebagai Anis Suraya macam tak berubah. Kekal langsing dan cantik macam zaman anak dara.
Hakikatnya, Anis yang merupakan kerabat diraja Terengganu ini sudah pun mempunyai lima orang anak! Memang kagum tengok cara pelantun lagu popular Cinta Tersimpul Rapi ini menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
Walau agak menyepi dari dunia glamor namun Anis masih mementingkan penampilan. Iyalah, nak cantik bukan semata-mata untuk raih perhatian tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri.
Hanya tertawa saat ditanya petua sihat dan ramping yang diamalkan, Anis tanpa berselindung berkongsi tip. “MashaAllah.. mana ada ramping. Kalau nak dibandingkan dahulu, ketika awal kemunculan Anis dalam industri, berat Anis hanya 40 kg sahaja.
Sekarang dah 64kg. Namun mungkin sebab saya agak tinggi jadi tak nampak sangat ‘perkembangannya’. Anis juga ade amalkan senaman fizikal seperti berjalan keliling taman tempat saya tinggal ni, sit up, menari dan amalkan minuman detox. Anis akan amalkan selang sehari.
Kadang-kadang waktu pagi, kadang-kadang malam bergantung kepada waktu anak-anak kecil berjaga. Senaman ni pun memang dari dulu lagi mama selalu ajar betapa perlunya aktifkan diri, bersenam, banyakkan minum air kosong dan berusaha keluarkan peluh.”
Potret keluarga tersayangDi samping puteri sulung
Sementara itu, menjawab pertanyaan bagaimana Anis membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga, dia yang juga Pegawai Kebudayaan di sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu tenang menyusun kata.
“Alhamdulillah suami Anis seorang yang rajin membantu buat kerja-kerja rumah, memasak, mengemas termasuklah mandikan anak-anak. Rutin kerja rumah banyak kami lakukan sama-sama. Sepanjang kami duduk rumah sendiri, kami tak pernah ambil pembantu rumah.
Sekiranya masing-masing bekerja, anak-anak akan kami hantar ke tadika transit supaya hari mereka terus terisi dengan aktiviti belajar dan kemahiran.”
Bersama suami tercinta
Tambahnya lagi, meskipun kerjaya sebagai anak seni tidak serancak dahulu tapi jiwa seni masih mengalir deras dalam diri personaliti ini. Malah, Anis memasang impian untuk mempunyai akademi sendiri suatu masa nanti.
“Antara impian Anis yang belum tercapai adalah untuk memiliki sebuah akademi seni yang menyalurkan ilmu dan melatih kemahiran seni, di samping memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni Terengganu untuk berkongsi pengalaman.
Seterusnya menghargai bakat seni mereka. Semoga tidak mati ditelan zaman sebab ternyata ramai anak Terengganu yang berjaya mencipta nama di negeri orang namun mereka tidak berpeluang untuk menabur bakti di negeri sendiri. Apabila ada akademi ini, sekurang-kurangnya bakat mereka tidak dilupakan.”
Yang pasti, kehidupan Anis sebagai ibu lebih bermakna dengan kehadiran Puteri Elisya Farzana yang berusia 14 tahun, Muhamad Fariz Putra, Muhamad Baihaqi Putra, Muhamad Adam dan Puteri Eryna Sofia meniti usia setahun 4 bulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkedu kejap bila Amyra Rosli beritahu dia sebenarnya sangat suka dengan makanan manis. Iyalah, macam mana tak terkejut. Tengok tubuh langsing Amyra sekarang, mesti ramai yang anggap isteri Amar Baharin ini seorang pengamal diet tegar. Tak makan nasi, jaga makan dan elak hidangan bergula.. macam tip kebanyakan orang yang menjaga berat badan. Tapi realitinya, Amyra bukan jenis wanita yang obses hendak kekal ramping.
Berjaya mengekalkan susuk tubuh zaman anak dara walaupun sudah mempunyai seorang anak, Amyra yang ditemui ketika Majlis Moments In The Kitchen Panasonic Cooking X Amar & Amyra.. bersyukur sebab tidak berdepan masalah hendak menurunkan berat badan. Katanya, “Mungkin juga sebab busy dan letih jaga anak. Myra memang suka makan manis-manis macam aiskrim. Tapi bila Myra dah rasa macam body ada yang tak kena.. Myra akan reduce gula selama 3 hingga 4 hari. Taklah terus elakkan. Tetap makan tapi Myra kawal semua tu bila badan mula rasa tak best.”
Celah Amar, “Apa yang saya nampak dia start jaga makan dari 100 hari berpantang lagi. Memang dia jaga sampailah sekarang.”
Pun begitu, baik Amyra mahupun Amar.. pasangan romantis ini mengakui selesa membuat senaman ringkas hanya di rumah. Menurut aktres cantik ini lagi, suaminya banyak membantu dan memberi semangat untuk bersenam.
Mengulas rutin Amyra sejak bergelar isteri dan ibu, selebriti berusia 27 tahun ini memberitahu dia juga seorang yang suka memasak. Diusik rajin masuk ke dapur hanya setelah berkahwin, sambil tertawa Amyra melontar bicara.
“Tak.. sebenarnya dari dulu dah terbiasa ke dapur sebab Myra anak sulung dan tak ada maid. Sayalah yang kena uruskan adik-adik. Pada saya, pandai, sedap atau tak makanan yang dimasak, belakang kira. Kalau adik-adik nak makan apa-apa, saya google je resipi. Alhamdulillah, jadi.
Mira suka masak dan lepas kahwin pun memang selalu masak. Tapi sejak ada Anaqi, rutin Myra sekarang lebih kepada menjaga dia,” akhirinya penuh telus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira dengan kehidupan penyanyi muda, Syasya Rizal sekarang. Bukan hanya ‘berhijrah’ dari segi penampilan ke arah lebih baik dan menutup aurat, bahkan kian bahagia melayari hidup sebagai isteri dan kini berstatus ibu ...