Diam tak diam dah lapan tahun usia perkahwinan pereka fesyen ternama tanah air, Ruzaini Jamil dan isteri tercinta. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli ini sering menjadi perhatian khalayak dek kerana kerjaya suami sebagai designer jenama fesyen mewah, Rizman Ruzaini.
Ads
Tanggal 5 Februari lalu genap lapan tahun Ruzaini Jamil dan Nurul Hidayati Yahaya atau mesra disapa Ida. Rumah tangga mereka lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata comel, Wan Rahil Wan Mohd Ruzaini yang bakal menginjak usia empat tahun.
Diuji dengan kelahiran anak pramatang, Ruzaini dan Ida bagaimana pun tenang melalui tempoh tersebut dengan sabar. Kini, anak lelaki kesayangan mereka semakin membesar sihat dan comel!
Berkongsi luahan hati saat dikurniakan anugerah terindah itu, Ida yang berasal dari Perak yang pernah ditemu bual Nona dulu terbuka berkongsi sisi kehidupannya.
“Saya sendiri dibesarkan dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal agama dan akademik. Arwah ibu dan Abah tidak berkompromi bab solat, mengaji dan akademik. Semasa kecil, arwah Abah mewajibkan kami adik beradik solat berjemaah waktu Subuh, Maghrib dan Isya’. Saya juga khatam al-quran dengan arwah ibu.
Ads
Saya beritahu suami kalau boleh nak terapkan amalan solat berjemaah seperti arwah Abah ajar dulu. Kalau boleh juga, Rahil khatam al-quran dengan saya atau suami.
Jadi, sejak mengandung kami mula belajar ilmu tajwid, bacaan dalam solat yang betul sebagai persiapan mendidik Rahil. Saat itu baru tersedar, banyak lagi kelemahan dan kekurangan. Benarlah, kadang kala teguran Allah tu dihantar melalui anak.”
Ida juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 5 Februari 2016 dan majlis perkahwinan mereka disambut penuh meriah dengan tema Bollywood dan tradisional Melayu untuk majlis resepsi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam banyak-banyak serum pencerah, mana satu paling tepat untuk kulitmu; Adakah yang viral di media sosial atau yang dirumus dengan kepakaran sains? Alang-alang membeli, pilihlah yang selamat seperti produk Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum untuk kulit yang lebih sihat serta cerah bercahaya.
Sains di sebalik keserian kulit adalah bahan aktif yang benar-benar berfungsi. Walaupun ada bermacam pilihan serum pencerah di pasaran, namun tidak banyak yang dihasilkan oleh pakar serta menepati standard farmaseutikal seperti Dermistry+.
Bagi wanita yang mendambakan kulit cerah, Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum diperkaya dengan bahan-bahan penting serta terbukti efektif untuk menjadikan wajah tampil menakjubkan. Nak tahu rumusan sains di sebaliknya?
SINERGI
Terdapat dua bahan utama yang digunakan iaitu Vitamin A (Retinol) dan Vitamin C. Gabungan kedua-dua bahan ini membantu untuk mengatasi tanda-tanda penuaan disamping memberikan efek kulit yang segar.
Pasukan penyelidik Rohto telah merumus serum ini dengan teliti bagi mengimbangi kepekatan bahan aktif Vitamin A (Retinol) dan Vitamin C dalam satu produk hebat. Sinergi dua bahan ini melengkapi impian anda untuk memiliki kulit cerah bercahaya.
Teknologi Serum:
1. 0.1% Retinol – Memperbaiki Kulit Kusam & Kasar
Memperbaharui sel kulit untuk menyerlahkan tona yang lebih berseri.
2. 5% Niacinamide – Menghilangkan Kesan Jerawat & Bintik Gelap
Bahan pencerah yang sangat berkesan untuk menghilangkan bintik gelap dan kesan jerawat bagi mendapatkan tona kulit yang lebih sekata.
3. 5% Vitamin C – Mencerahkan & Menyekatakan Tona Kulit
Antioksidan yang meresap jauh kedasar kulit, memberikan kilauan dan meningkatkan kecerahan semula jadi.
4. Bebas daripada derivatif haiwan, alkohol, paraben, pewarna, pewangi, minyak mineral, silikon, dan MIT. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Kebanyakan produk penjagaan kulit di pasaran mengandungi bahan Vitamin C. Namun terdapat banyak jenis derivatif Vitamin C dan tidak semuanya berkesan ke atas kulit. Untuk menguji keberkesanan Vitamin C, anda boleh membuat uji kaji ringkas menggunakan iodin.
Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum mengandungi 5% Vitamin C, sejenis antioksidan berkuasa untuk membantu mencerahkan kulit.
Titikkan serum ini ke dalam iodin dan saksikan ia berubah menjadi jernih dalam beberapa saat. Mengagumkan! Lebih cepat ia bertukar jernih bermaksud lebih baik kuasa antioksidan di dalamnya.
Testimoni
Ramai pengguna telah mencuba sendiri Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum dan menyaksikan perubahan dramatik dalam masa 14 hari. Bayangkan kulit makin sihat dan cerah!
Satu produk dengan kesan yang menakjubkan. Ia juga telah diuji secara klinikal berkesan:
Kulit lebih cerah 87%
Garis halus dan kedutan berkurangan 87%
Mengurangkan kedutan crow’s feet secara efektif dalam 14 hari 7.76%
Tanpa bahan-bahan kimia yang merosakkan sel, Dermistry+ cukup disegani dalam menguruskan masalah kulit sukar dirawat. Sesuailah dengan nama Dermistry+ itu sendiri, yang bermaksud dermatology dan chemistry, atau ‘Pakar Serum’ kerana keberkesanannya.
Dermistry+ Concentrate Booster Serum kini boleh didapati di gedung farmasi Watson’s, selain melalui platform online seperti Lazada dan Shopee pada harga RM90. Layari platform Dermistry+ untuk pembelian sekarang!
Tahniah, akhirnya pelakon Korea Selatan Jang Nara umum bakal berkahwin tak lama lagi! Walau dah meniti usia 41 tahun pada 18 Mac lepas tapi raut wajahnya kekal awet muda dan tak makan usia. Memang tak berubah macam mula-mula dia menceburi bidang lakonan dulu.
Nama Jang Nara kini trending di Twitter selepas aktres tersebut mengumumkan dia akan berkahwin dalam masa terdekat. Menerusi posting terbaharunya, dia mengaku sedang bahagia menjalin hubungan dengan kenalan lama yang bukan bergelar selebriti.
Memuat naik gambar nota tulisan tangan mengenai khabar gembira itu, peminat Jang Nara nyata terkejut dan perkongsian tersebut meraih lebih 100 ribu tanda suka!
Nota berkenaan menjelaskan, “Hari ini saya ingin menyampaikan berita peribadi tetapi bahagia untuk anda. Saya akan berkahwin! Setelah berkenalan selama lebih dua tahun dengan seorang kenalan yang enam tahun lebih muda dari saya dan bekerja dalam bidang video, kami berjanji untuk menjadi pasangan seumur hidup.”
Kongsinya lagi, “Saya benar-benar minta maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai lelaki ini kerana bimbang ia akan menganggu kerjaya kami. Saya memohon pengertian daripada anda semua.”
Jang Nara dikhabarkan terlibat dalam penggambaran filem ‘The Kindness of Others’ dan muncul dalam drama ‘Sell Your Haunted House’ pada Jun tahun lepas.
Dia turut memberitahu akan kembali aktif mewarnai dunia seni selepas perkahwinan dan akan terus aktif berlakon. Jang Nara turut pernah popular menerusi lagu Sweet Dreams sekitar tahun 2002.
Antara drama lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat termasuk Successful Story of a Bright Girl, My Love Patzzi, The Last Empress dan VIP.
Sebelum ini Jang Nara pernah membuat pengakuan tertekan dan berkecil hati dengan komen peminat yang sering bercerita tentang wajahnya yang kelihatan muda daripada usia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Adinia Wirasti mungkin tidak begitu dikenali di Malaysia. Tetapi bila menyebut watak Carmen dalam Ada Apa Dengan Cinta, pasti diingati dengan watak ala tomboy yang sering berada di sisi rakan-rakannya itu. Tidak dinafikan, filem Ada Apa Dengan Cinta yang dikeluarkan pada tahun 2002 itu mencipta fenomena tersendiri di Indonesia mahupun di Malaysia.
Baru-baru ini, Adinia Wirasti melangsungkan majlis perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Michael Wahr. Michael merupakan seorang aktor kelahiran Australia. Majlis perkahwinan pasangan ini telah berlangsung di The Retreat Garden Sofitel Nusa Dua Bali, Indonesia.
Terdahulu, pasangan ini mengenakan adat Jawa untuk upacara nyuwun pangestu atau mohon doa restu bersama ibu dan keluarganya.
Manakala majlis resepsi secara tertutup pasangan ini telah diadakan di sebuah hotel di Bali yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan sahabat rapat pasangan ini. Malah pelakon Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra menjadi pengapit untuk pasangan ini dimana mereka mengenakan nuansa merah jambu mengikut tema majlis pengantin baharu.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan pelakon dan penerbit filem Ada Apa Dengan Cinta iaitu Titi Kamal bersama suaminya, Christian Sugono dan penerbit, Mira Lesmana. Namun kelibat bintang Ada Apa Dengan Cinta yang lain seperti Sissy Priscillia, Ladya Cheryl, dan Dennis Adhiswara tidak kelihatan di majlis tersebut.
Adinia bukanlah calang-calang pelakon di Indonesia kerana bintang ini sering menjadi pilihan penerbit filem untuk filem-filem box office di Indonesia. Antara filem lakonan Adinia termasuklah Kartini Princess Of Jawa, Arisan dan banyak lagi.
Malah, dia pernah memenangi beberapa anugerah filem berprestij di Indonesia termasuklah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Festival Filem Indonesia (2005), Pasangan Terbaik – Indonesian Movie Awards (2012), Pelakon Pembantu Wanita Terpilih – Piala Maya (2012) dan Pelakon Wanita Terbaik – Festival Filem Indonesia (2013).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...