8 Tahun Fokus Keluarga & Kesihatan Mental, CAMERON DIAZ Kembali Berlakon “Piawai Kecantikan Hollywood Sangat Tak Realistik”

Lima tahun yang lalu, pelakon Hollywood jelita, Cameron Diaz berkahwin dengan pemuzik Benji Madden. Selepas itu, dia mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kerjaya indahnya sebagai pelakon walaupun ketika itu Cameron berada di puncak kariernya.

Cameron Diaz bersama suami, Benjy Haden.

Jelas Cameron, sewaktu itu dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali aktif berlakon selepas muncul dalam filem terakhir lakonannya, Annie yang diterbitkan pada tahun 2014. Dia juga mengakui seronok menjaga sendiri anak perempuannya, Raddix yang dilahirkan pada Disember 2019.

Kemunculan terakhir Cameron Diaz dalam filem Annie pada tahun 2014.

Namun selepas lapan tahun, Cameron membuat kenyataan mengejutkan bahawa dia akan kembali berlakon.  Akur dengan hakikat bahawa kemunculannya masih lagi dinanti-nantikan, Cameron akan membuat kemunculan semula dengan membintangi sebuah filem untuk tayangan Netflix tidak lama lagi.

Menariknya, penampilan semula pelakon berusia 49 tahun itu ke gelanggang seni bertitik tolak daripada pujukan aktor terkenal, Jamie Foxx. Ketika ditemu bual dalam program Entertainment Tonight, pelakon kulit hitam berusia 54 tahun itu mengakui memujuk dan meyakinkan Diaz untuk kembali berlakon, sekali gus bergandingan bersamanya dalam filem Back In Action.

Pelakon yang membuat debut pertamanya menerusi filem The Mask pada tahun 2014 itu berkata, persaraanya dalam bidang seni bukan semata untuk menguruskan keluarga dan perniagaan, namun lebih kepada ‘self-healing’.

Kredit foto: Vanity Fair

Ini berikutan pengalaman Cameron sendiri yang menceritakan bahawa bagaimana piawaian kecantikan yang sangat tidak realistik memberikan kesan pada kesihatan mentalnya.

Jelas Cameron dalam salah satu temubual bersama Michelle Visage memaklumkan, “Dek piawaian kecantikkan tertentu, saya mula mengadili dan menilai diri sendiri berdasarkan pemesejan subliminal – tentang perkara yang dianggap kecantikan ideal. Dari situ saya mula mempersoalkan semuanya, ‘mengapa saya beradi di sini’ ‘cantikkah saya’ dan lain-lain.

Filem Charlie Angels gandingan trio Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu yang cukup digemari.

Yang pasti, ramai yang merindui untuk menyaksikan lagi lakonan Cameron, betul tak?

Share
Published by
Wan Firdaus