Jujur dan setia. Dua ungkapan ini sudah cukup menerangkan sisi romantis pemain badminton No. 1 Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei terhadap isterinya Datin Wong Mew Choo. Siapa sangka lelaki yang pernah dianggap hero negara itu rupa-rupanya pernah menyorokkan kisah percintaan mereka selama 8 tahun sebelum mendedahkan kepada umum sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-40.
Kisah percintaan di bangku persekolahan antara beliau dan Mew Choo dirahsiakan demi menjaga buah hatinya itu daripada media dan tekanan keluarga.
Segalanya diluahkan Chong Wei dalam titipan ulang tahun hari lahir kelahiran ke-40.
“Semasa zaman persekolahan ketika beg orang lain dipenuhi dengan buku dan pen, beg saya hanya diisi dengan bantal untuk tidur. Saya akan meminjam beberapa helai kertas dan pen daripada gadis yang duduk di hadapan saya. Saya akan tendang kerusinya untuk menarik perhatian.
Saya juga pernah memintanya menjadi teman wanita ketika bermain di Kejohanan Remaja Dunia dan ketika dia sedang menduduki SPM. Saya memintanya untuk menjadi teman wanita saya secara senyap-senyap walaupun dia menjawab tidak kerana dibantah ibu bapa dan kakaknya.
Saya akan tunggu di kawasan tangga di asrama kami untuk bercakap dengannya. Saya akan pegang tangannya untuk berlari menaiki tangga apabila dengar orang datang di kawasan itu.” Chong Wei
Namun ternyata jodoh antara keduanya cukup kuat. Biarpun pernah menolak cinta Chong Wei, bekas pemain badminton perseorangan wanita negara itu akhirnya menerima lamaran cinta.
Bagaimanapun ikatan kasih antara mereka berdua dirahsiakan Chong Wei daripada media dan tekanan keluarga.
“Saya merahsiakan hubungan kami selama lapan tahun untuk melindunginya daripada tekanan media dan keluarga. Saya akan berkahwin dengannya. Saya menjadi bapa kepada tiga anak dengannya.
Jika saya boleh memutarkan masa, saya tidak akan mengubah apa-apa yang saya lakukan untuknya. Saya cintakannya dan akan memegang tangannya sehingga akhirnya. Selamat hari lahir satu-satunya cintaku, Mew Choo.” Chong Wei
Legenda badminton ini pernah berada pada ranking nombor satu dunia selama 199 minggu berturut-turut iaitu dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
Mendirikan perkahwinan pada 9 Nov 2012, Chong Weo dan Mew Choo kini diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu Kingston, 10 dan Terrance, 8, dan Anson, lima bulan.
******************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
******************
This website uses cookies.