Bentuk wajah runcing memang menjadi idaman semua wanita, tetapi bagi yang mempunyai pipi bulat tentu rungsing. Puas sudah berdiet dan bersenam tetapi cuma badan sahaja yang menyusut. Mana nak sorok pipi ini?
Ada teman rapat yang mengatakan bahawa teknik solekan boleh membantu untuk mengecilkan sedikit pipi dan memberi ilusi kurus. Jom terokai ilusi optik ini dengan lebih terperinci.
PERCATURAN WARNA
Adunan rona gelap yang melunturkan solekan manakala rona cerah pula akan menonjolkan solekan. Gunakan konsep ini untuk mencipta wajah yang runcing daripada sebenar. Cuba adunkan warna kontur atau matte bronzer satu atau dua rona lebih gelap daripada warna kulit dan highlighter dengan rona yang lebih cerah daripada warna kulit.
Anda bebas untuk memilih tekstur krim atau serbuk mengikut jenis kulit atau kombinasi di antara keduanya. Namun, apa juga formula yang dipilih pastikan menggunakan berus khusus untuk mengadunkan solekan tersebut.
CIPTA ILUSI
Teknik utama yang perlu dipelajari untuk mencipta ilusi pipi yang runcing ialah dengan aplikasi kontur dari daerah tengah pipi membawa ke hujung telinga. Ketika mahu membuat kontur ini buat ekspresi wajah ‘fish face’ untuk mengetahui kedudukan sebenar teknik ini perlu dilakukan.
Ads
Bila sudah berjumpa dengan tempat yang betul, adunkan kontur dengan berus menjadi sempurna. Lebih tinggi peletakan kontur ini lebih tajam tulang pipi anda akan kelihatan. Akhiri dengan menyapu highlighter sepanjang tulang pipi yang akan membantu menyerlahkan teknik kontur tadi.
HIDUNG MANCUNG
Teknik solekan kontur benar-benar telah membuat pipi kelihatan lebih runcing atau kurus daripada pipi yang asal. Apabila pipi sudah sempurna bentuk hidung pula perlu diperindah. Bagi mencipta hidung yang lebih sempurna sapu contouring powder di kiri dan kanan tulang hidung.
Berhenti pada lubang hidung kemudian adunkan highlighter menghala ke luar batang hidung dalam arah vertikal demi mencipta hidung yang lebih mancung.
Ads
KECILKAN RAHANG
Solekan merupakan solusi penting mengatasi setiap kekurangan yang tercipta pada wajah. Rahang yang besar boleh dikecilkan dengan teknik yang betul. Sebenarnya mudah sahaja untuk mengecilkan rahang melalui solekan iaitu dengan aplikasi bronzer.
Sapukan bronzer sepanjang garis rahang dan adunkan untuk mencipta bentuk rahang yang diinginkan. Teknik ini juga sangat penting jika anda mahu menyembunyikan dagu berlapis pada setiap potret yang dirakam.
Ads
ATURAN MATA DAN BIBIR
Bibir yang penuh mempertegaskan wajah bulat namun, mata yang besar melalui solekan mampu mencipta wajah yang lebih kecil secara perbandingan. Jadi, cuba bermain dengan pengalit mata, pembayang mata dan maskara serta lipstik natural atau hanya pelembap bibir sahaja.
PEMBAYANG MATA
Kuasa pembayang mata begitu penting dalam setiap solekan. Cipta pembayang mata dengan lengkung yang lebih jelas membantu menyeimbangkan bentuk wajah bulat secara vertikal. Secara praktikalnya lakarkan pembayang mata dalam aturan dari kelopak mata ke atas sehingga kening.
HIGHLIGHTING
Bermain dengan teknik highlighting demi mencipta keseimbangan dan ilusi runcing pada wajah. Mula dengan bermain highlighting di tengah-tengah wajah dan di antara kening, sisi hidung, atas bibir dan tengah-tengah dagu. Jangan lupa pula di dahi, adun rona kontur menghala ke kepala dan sekitar garisan anak rambut untuk menekankan struktur tulang dahi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berilah apa sahaja tudung kepada Qasrina Abdul Karim, semuanya pasti terletak cantik dan digayakan sehingga menarik hati pembeli. Itulah kelebihan wanita jelita berusia 27 tahun ini, pakej bentuk wajah dan senyumannya yang manis membuatkan dia sering menjadi pilihan jenama tudung Malaysia.
Pernah dikatakan mirip pelakon Mira Filzah dan penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza, kerjaya Qasrina sebagai model Muslimah mula berkembang ke bidang lakonan.
Bagi peminat drama Imam Instant Ustazah Scammer, wajah Qasrina disamping ‘kembarnya’ Mira Filzah pasti meraih tumpuan apatah lagi timbul desas-desus gosip percintaannya dengan aktor Mierul Aiman bertebaran.
Selain itu, siri drama Legenda Puteri Qaseh yang menampilkan Qasrina sebagai pendukung watak utama juga sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Ceria sekaligus mengangkat popularitinya sebagai pendatang baru.
Ibarat bunga yang sedang mekar kerana belum dikunjungi kumbang, status single gadis jelita ini pasti menjadi bualan peminat. Mengambil langkah bijak menepis segala dakwaan tentang rakan sekerjanya itu, Qasrina yang juga pernah membintangi filem Kongsi Raya dan Siapa Tutup Lampu? lebih selesa berbicara soal kerja berbanding peribadi.
Berasal dari Subang Jaya, Qasrina sebenarnya mempunyai segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.
Kepintaran dan kematangan dirinya seiring apabila terlihat dia bijak mengambil hati peminat mahupun media yang mendekati. Barangkali inilah sebabnya juga gadis berlesung pipit itu menjadi perhatian banyak jenama yang berminat menjadikan Qasrina sebagai duta mereka.
Menurut Qasrina yang merupakan duta bagi jenama Wardah, antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
“Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.” Qasrina
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari. Qasrina juga hanya minum susu jenis oat dan juga kacang badam untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Wajah Qasrina juga seringkali disamakan dengan dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.
********************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
********************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai isteri yang cantik dan solehah sememangnya menjadi idaman lelaki. Namun penampilan kadang-kadang boleh mengelirukan, yang mana wanita yang solehah atau tidak.
Sebenarnya ada beberapa ciri wanita solehah yang boleh dilihat dari wajahnya. Selain kelakuan, wajah juga boleh menggambarkan kebaikan dan kelembutan hati seseorang.
(a) Sering menundukkan pandangan
Wanita solehah lebih selesa menundukkan pandangan matanya ketika bercakap dengan lelaki. Matanya terjaga, tak liar atau melilau melihat perkara-perkara lain.
(b) Selalu tersenyum
Wanita yang cantik memang memiliki senyuman yang manis. Cuma wanita yang solehah, dia memiliki senyuman yang boleh menggetarkan dan menenangkan hati. Senyuman itu akan membuat orang tertanya-tanya seperti ada sesuatu di balik senyuman itu.
(c) Tidak mekap berlebihan
Memakai mekap dengan sederhana. Tidak terikut-ikut dengan trend semasa dan berhias ringkas apabila keluar rumah.
(d) Mata yang berkilau
Bukan sebab pakai kanta lekap, tapi sebab wanita yang baik itu cenderung memiliki mata yang indah berkilau. Bertuahnya kalau anda dapat melihat kilauan di mata wanita solehah.
(e) Berkulit cerah
Cerah yang dimaksudkan bukanlah kerana produk kecantikan, mekap atau suntikan tertentu tapi cerah yang muncul secara alami. Mungkin kerana kebaikan hatinya mampu meresap ke wajah hingga terlihat oleh orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara Yaya Zahir, selamat melahirkan cahaya mata lelaki melalui perkongsian di laman Instagram miliknya pada 11 April lalu.
“He’s Here,” kongsi Yaya di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian tersebut, Yaya hanya menunjukkan bibir anaknya dan mengenakan selimut berwarna biru.
Terdahulu, Yaya menyimpan rahsia tentang kehamilannya dan hanya berkongsi kepada umum ketika kandungannya menjangkau enam bulan. Yaya pernah berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan di mana dia pernah mengidam untuk menikmati makan Korea bukan di Malaysia, tetapi dari sebuah restoran Korea yang terletak di Myeongdong, Korea.
Dek kerana mengidam, Yaya sanggup terbang ke Korea untuk menikmati hidangan di restoran tersebut!
Nampaknya lebaran tahun ini disambut dengan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan berumahtangga Yaya dan suaminya, Arriz Azim. Yaya turut berkongsi foto keluarga kecilnya di Instagram miliknya. Selamat Hari Raya from Me, @arrizazim and our son, Atheer 🖤
Meskipun masih dalam proses berpantang usai melahirkan zuriat sulungnya, kejelitaan Yaya jelas terserlah dalam persalinan baju raya disamping keluarga kecilnya. Sedikit pun tidak menggambarkan dirinya sedang berpantang!
Selamat berpantang Yaya Zahir. Memang dugaan berpantang musim raya ni. Tetapi demi menjaga kesihatan dalaman, teruskan berpantang sebaik mungkin!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.