Gaya hidup masa kini secara tidak langsung mendedahkan kebanyakan daripada kita kepada masalah pemakanan yang tidak seimbang. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan sesuai ada kalanya menimbulkan masalah kembung, sendawa dan angin yang jelas tidak menyelesakan.
Kembung, sendawa dan angin (kentut) adalah masalah semula jadi dan biasanya disebabkan oleh udara yang ditelan atau penguraian makanan melalui pencernaan. Anda mungkin mengalami gejala hanya sekali-sekala tetapi apabila ia mengganggu aktiviti harian, ia mungkin sesuatu yang tidak kena.
Pembentukan gas dalam perut dan usus
Apabila gas di dalam badan tidak keluar melalui sendawa atau kentut, ia boleh terkumpul di dalam perut dan usus dan inilah yang menyebabkan kembung. Apabila perut kembung, anda juga boleh berasa sakit perut dengan keadaan yang berbeza-beza dari sakit ringan hingga sakit memulas-mulas.
Pengeluaran gas dari dalam perut/usus dengan cara membuang air besar boleh melegakan kesakitan atau masalah kembung berkenaan.
Kembung mungkin berkaitan dengan:
Untuk mengurangkan kembung ini, mengelak atau mengurangkan jumlah pengambilan makanan yang menghasilkan gas. Banyak karbohidrat menyebabkan gas di dalam badan. Antara pengambilan makanan berikut adalah penyebab biasa terhadap masalah gas di dalam badan.
Anda boleh mengurangkan sendawa jika:
This website uses cookies.