Allah Maha Adil! Tak semua insan dapat miliki apa yang mereka inginkan tanpa izin dari-Nya. Begitu juga bagi pasangan selebriti Izzue Islam dan Awin Nurin. Sembilan tahun mendirikan rumah tangga namun suami isteri ini masih belum ada rezeki timang cahaya mata.
Reda menerima ketentuan ilahi dan percaya rezeki dari-Nya akan tiba bila sampai masa nanti, Izzue dan Awin dilihat menikmati momen ‘honeymoon’ dan bahagia mereka dengan cara sendiri. Buktinya, satu persatu pencapaian diraih mereka antaranya rezeki memiliki kediaman baharu pada Mei lepas.
Sering berkongsi aktiviti seni dan rutin harian, Izzue menerusi media sosial miliknya teruja berkongsi rumah pertama yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam bersama peminat.
Tidak cukup itu, Izzue pada Oktober lalu turut berkongsi berita gembira apabila menerima sebuah kereta idaman iaitu Toyota Triton Athlete yang dihadiahkan isteri tercinta.
“Rupanya kereta ni dia dah order dari hujung bulan 5 haritu nak buat hadiah hari jadi aku bulan 6. Dia ingat boleh dapat terus rupanya memang kena tunggu queue! Dia pon order je juga walaupun dia tahu bulan 9 atau 10 baru boleh dapat kereta ni. So sweet la you ni Sayang! I love you so much.”
Murah rezeki pasangan suami isteri ini. Walau Allah belum rezekikan mereka anak tapi Dia ‘ganti’ dalam pelbagai bentuk. Benarlah, rezeki tiap orang tak sama dan setiap orang juga nikmati bahagia mereka dengan cara tersendiri.
Keserasian pasangan ini nyata menarik perhatian ramai. Apatah lagi jarak usia Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin yang lapan tahun lebih berumur daripada Izzue. Pun begitu, kedua-duanya saling melengkapi dan setia di antara satu sama lain.
Ogos lalu, pasangan ini mendedahkan mereka terpaksa menghentikan sementara rawatan IVF untuk mendapatkan cahaya mata kerana kesibukan kerja.
Izzue yang juga bekas ahli kumpulan Fourteen berkahwin dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013. Semoga ikatan suci yang dibina ini terus diberkati dan berkekalan hingga ke syurga.
This website uses cookies.