9 Tahun Tak Jamah Nasi, ‘Rahsia’ Che Puan Syamim Farid Kekal Langsing Hingga ‘Wajahnya’ Jadi Rebutan Jenama Terkemuka!

Che Puan Syamim Farid merupakan nama yang tidak asing lagi bagi industri seni tanahair! Wanita anggun ini mua mengukir nama sebagai salah seorang naib juara bagi program pencarian bakat baharu Dewi Remaja pada tahun 2014/15.

Selepas itu, kerjayanya berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara yang sentiasa dilihat menghiasi kaca televisyen di Malaysia. Kini masih lagi aktif dalam dunia seni, beliau merupakan isteri kepada Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezrique Ezzudean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang dikahwininya pada tahun 2016.

Namun, apa yang paling menjadi inspirasi buat Nonarians adalah, kelangsingan bentuk tubuh Che Puan Syamim ini yang yang langsung tidak berubah persis anak dara meskipun sudah berkahwin selama lapan tahun dan kelihatan semakin jelita! Agaknya apakah rahsia yang diamalkan?

Amalkan Diet Ketat Untuk Kekal Langsing!

Berusia 32 tahun, Che Puan Syamim masih lagi cantik seperti 10 tahun lalu. Dia mengekalkan figura tubuhnya yang langsing sekaligus memastikan kesihatan pada tahap maksima.

Beliau pernah berkongsi kepada umum mengenai rejim pemakanan yang diamalkannya untuk tampil langsung dan sihat. Khabarnya, ketika itu dia sudah sembilan tahun tidak menjamah nasi.  Beliau juga tidak makan makanan seperti ayam, daging, minyak dan gula.

“Bila saya dah memulakan sesuatu, saya akan buat betul-betul Self-dicipline. No cheat day,” kongsinya mengenai diet ketat yang diamalkan.

Selain itu di juga menambah yang jika mahu makan makanan yang berat dia memilih untuk menikmati hidangan pasta seperti spageti Aglio Olio yang dimasak menggunakan minyak zaitun.

Terbaharu, Che Puan Syamim Farid telah diangkat sebagai wajah wakilan kepada jenama tempatan terkenal, Samm Republic untuk koleksi lebaran jenama tersebut. Diberi nama Gelombang Raya, koleksi lebaran itu menampilkan rekaan busana tradisi yang diberi sentuhan serba moden dan segar.

Dalam satu hantaran di Instagramnya, Che Puan Syamim berkongsi, “Ianya merupakan satu penghargaan untuk menjadi muse kepada koleksi Sam Republic RTW Gelombang raya 2023. Big love

untuk semua pihak yang terlibat dengan kempen ini. Thank you so much for having me.”

Menampilkan pilihan yang menawan, Che Puan Syamim kelihatan begitu anggun menggayakan rekaan yang serba mewah itu. Biarpun merupakan koleksi ready-to-wear namun setiap satu rekan memiliki sentuhan yang cukup eksklusif.

Sekadar info, artikel ini diolah daripada Majalah Remaja 

Sumber: Instagram Syamim Farid

Share
Published by
Haifa Nasir