Leceh dan membazir! Itu mungkin tanggapan negatif segelintir orang tentang ibu bapa yang membawa anak kecil mengerjakan umrah. Namun apa yang dikongsi oleh Puan Rebecca Melessa Haji Romaini, 30, ini pasti menukar persepsi tersebut.
Bolehkah ibu bapa beribadah dengan sempurna jika membawa anak kecil? Tidakkah kesibukan menguruskan ragam mereka nanti bakal mengganggu kelancaran dan fokus kita di Tanah Suci?
Jujurnya Nona tertarik dengan sharing Puan Rebecca Melessa atau Cikka di akaun Facebook beliau. Keluarga kecil yang berasal dari Klang itu telah berlepas ke Mekah pada 24 November lalu dan pulang ke Malaysia pada 5 Disember, selepas 11 hari di sana.
Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk anda yang bakal mengerjakan umrah dengan anak-anak suatu hari nanti.
=============================
Disebabkan ramai yang tanya, best ke bawak budak-budak time umrah? Cikka cuma cakap, “Jangan! Jangan tak bawak dorang! Ya walaupun ada dugaan kecil and ibadat agak terbatas, tapi hikmahnya bila time solat si kecik pun nak solat.
Cikka ke sana dengan dua anak kecil, Rayyan umur 1 tahun 10 bulan dan Juna pula berumur 3 tahun 5 bulan. Kami suami isteri memang lebih banyak bersabar kalau ada ujian. Yes! Banyak-banyak bersabar. So ini antara tip yang Cikka boleh share.
(1) Doa dan berfikiran positif
Dua minggu sebelum menunaikan umrah, Cikka sentiasa berdoa minta ibadah kami di sana dipermudahkan dengan anak-anak. Tak meragam masa nak solat, tak berak atau kencing masa kami tunaikan umrah. Sentiasa fikir positif and cakap baik-baik kat sana. Sebab apa yang kita niat and cakap semua akan termakbul tau. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan.
Kat sana kalau meragam memang Cikka bacakan surah Al-Insyirah dan 3 Qul, kemudian hembus kat ubun-ubun mereka. Supaya tak terlalu hyper. Masa nak buat tawaf pun memang niat supaya tak buat sesuatu yang boleh batalkan umrah ibu bapa dia. So akhirnya masa nak tawaf, dorang tidur kat kerusi roda.
(2) Sentiasa bercakap tentang Mekah & Madinah
Seminggu sebelum pergi, Cikka suka tunjukkan anak-anak pasal Kaabah, pasal ibadat kat sana, bawak mereka ke masjid dan selalu cerita tentang situasi di sana. Cikka tunjukkan video tawaf supaya faham. Bila kami sampai kat hotel, bayangkan dorang punyalah teruja dan cakap, “Mama, Mama! Kaabah!”
(3) Permainan dan gajet
Memandangkan tempoh penerbangan yang agak lama, so kami dah bawak siap-siap toys and gadget untuk lekakan mereka. Kami naik flight MAS, apa yang bagusnya kalau bawak si kecil, tak payah beratur panjang. Ibu bapa dan anak-anak boleh terus masuk.
Memula cuak jugak bayangkan kalau kat flight nanti dorang cranky. Tapi rupanya dalam flight dah ada kartun kat TV. So dorang tengok itu je. Bila ngantuk, ada disediakan bassinet untuk si kecik tidur. Si abang pulak tidur kat pangkuan je.
Masa di Madinah dan Mekah, honestly permainan yang kami bawak pun tak banyak guna. Gajet pun cuma guna dalam bas je waktu dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Perjalanan bas tu saja 6 jam. Masa yang selebihnya, Cikka ajak dorang explore sendiri kat sana. Main dengan kawan kawan, berlari sana sini, bagi rangsangan minda.
Cuma si Rayyan ni memang terlebih aktif. Asal solat je dia hilang nak cari bapak dia. Tapi nasib jemaah lain faham. Asal nampak Cikka dok mencari, terus tunjuk arah Rayyan pergi. Even kami pun bercakap macam ayam dan itik.
(4) First aid kit
Luckily kami bawak ubat dari sini sebab dorang selesema dan batuk kat sana. Mungkin perubahan cuaca. Plus kat sana tak ada klinik dan ubat-ubatannya sangatlah mahal.
Cuma bila sampai di Mekah, Juna terus kena demam panas. Nak tak nak kena masukkan ubat cara rectum suppository
. Dan kami kena bergilir-gilir buat tawaf serta ibadat kat sana. Memang agak mencabar sebab kami bawak sekali mak yang dah uzur.(5) Kerjasama dan toleransi
Honestly bila sampai sana, kerjasama dua pihak jadi sangat penting. Sebab kita pun tak dapat jangka apa akan jadi kat dorang so kami cadang si abang ikut bapaknya dan si adik ikut maknya.
Peliknya masa kat sana, dorang berdua nak dengan Papanya. Mungkin Allah nak Cikka fokus kat mak kot. But alhamdulillah, husband super ohsem sebab sabar je layan kerenah anak-anak.
(6) Makanan
Kalau cakap pasal makanan, jangan risaulah! Orang sana sangat pemurah dan Rayyan yang paling untung sebab ikut maknya. Jemaah perempuan suka sangat bagi makanan.
Bila tanya kat Juna, dia tak dapat pun, hahaha… Kesian betul. Tapi kerjanya asyik makan coklat je la kan? Mama tak kisah pun time kat sini. bagi chanceeee... Setiap hari kami minum air zam zam je, free flow always! Memang heaven. Setiap kali minum niat je kat dorang. Alhamdulillah Juna dan Rayyan makin lancar bercakap lepas balik Malaysia.
(7) Pakaian
Sekarang memang musim sejuk. Kami pulak tak bawak baju tidur banyak. Sebab mostly spend time kat masjid. And kitorang beli jubah je kat sana sebab jubah budak murah. Dalam 10 riyal je.
Tapi stoking kena bawak sebab sejuk. Kalau di Madinah, ok sikit kawasannya. Cuma kalau kat Masjidil Haram, lantai agak kurang bersih, jadi kenalah pakai selalu. Satu lagi bawaklah selimut kecik dan bantal travel. Senang anak-anak nak tidur kalau pergi masjid waktu pagi dan malam.
(8) Stroller and baby carrier
Dua dua benda ni Cikka bawak. Penting untuk guna di airport dan kalau pergi ziarah. Tapi rasanya baby carrier lagi mudah. Si abang pula berjalan atau didukung ayahnya.
Cikka ada bawak harness
tapi malangnya dorang taknak diikat. Menangis-nangis macam kena dera. Akhirnya reda jer mereka berjalan sana sini.Kami kena tawaf di tingkat 1 masa buat tawaf qudum sebab ada orang tua yang berkerusi roda dan budak-budak. Jadi mutawwif buat keputusan untuk tawaf sama-sama kat atas terus. Di Mekah kita tak boleh bawak masuk stroller tau. Cikka terpaksa bawa dorang guna kerusi roda yang dipinjam dari hotel.
(9) Tawaf dengan anak-anak
Pasal si kecik dua orang ni sangat aktif so Cikka decide buat tawaf guna skuter je. Yeap, memang ada perkhidmatan tu kat tingkat 3. Kalau double seat dalam 100 riyal. Encik suami bawak mak tawaf kat Kaabah dan Cikka bawak dorang tawaf kat atas.
Anak-anak suka sangat bertawaf dan sampai tertidur kena angin. Sambil tu ajaklah berzikir sekali. Memang hubungan ibu-anak jadi lebih rapat kata orang.
But so far pengalaman bawak mereka sangat sangat berbaloi! Banyak rahmat dan barakah kita dapat. Sebab anak pun salah satu penyumbang rezeki kita. Jangan sesekali cakap menyusahkan, insyaAllah dipermudahkan. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Rebecca Melessa
This website uses cookies.