Jenama yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tak Perlu Gosok’, Sabella menjadi satu-satunya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat Melayu yang berjaya merangkul tiga anugerah emas dan satu Grand Prix pada Malam Anugerah Media Specialist Association (MSA) baru-baru ini.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kejayaan yang diraih itu bukan hasil titik peluh bersama isterinya, Siti Fatimah Abdul Samad sahaja, tapi ia juga kerja keras daripada warga kerja dan pasukan.
“Buat julung kalinya kali mendapat anugerah terbesar pemasaran di Malaysia. Kami menang ketiga-tiga kategori yang dicalonkan iaitu Gold dan keseluruhan iaitu Grand Prix. Lebih membanggakan apabila kami tercalon bersama beberapa jenama antarabangsa dan tempatan terkenal lain.
“Sejujurnya, apabila diumumkan pemenang dengan menewaskan jenama hebat lain, memang berasa kerdil. Namun, jauh di sudut hati ini adalah berkat usaha dan kerja keras pasukan kami dari dulu sampai sekarang dalam membangunkan jenama Sabella,” katanya.
Menurut Mohd Sufian, dia berharap anugerah yang diperoleh itu menjadi pemangkin untuk Sabella melangkah ke peringkat antarabangsa.
Ads
“Alhamdulillah, ini adalah penghargaan dan pencapaian terbesar yang pernah diraih Sabella sepanjang ia mula beroperasi. Semoga dengan anugerah ini kami akan terus maju jaya dan berkembang ke peringkat antarabangsa, insya-Allah. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini,” katanya.
Ads
Empat anugerah yang dimenangi Sabella adalah Branded Content (Gold), E-Commerce (Gold), Media Performance (Gold) dan Grand Prix.
Untuk rekod, jenama Sabella bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit dengan niat ingin membantu menambah pendapatan seisi keluarga. Kini, jenama Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) mampu berdiri megah seiring dengan jenama terkenal lain di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
BOH Plantations Sdn Bhd, penanaman teh terkemuka di Malaysia sejak 1929, baru-baru ini telah melancarkan Hari Teh Sedunia 2017. Merupakan sebuah acara tahunan pada tanggal 15 Disember sejak tahun 2005, Hari Teh Sedunia disambut di negara-negara pengeluar teh bagi meraikan teh sebagai antara minuman tertua di dunia serta minuman yang lazim diminum selain air. Sambutan ini juga bertujuan bagi mengetengahkan impak pemerdagangan antarabangsa teh kepada pekerja ladang dan pengeluar dan bagi menyokong mekanisma urusniaga yang adil.
Keputusan yang dibuat oleh BOH bagi meraikan pekerja serta pelanggan setia pada Hari Teh Sedunia ini nyata memperkukuhkan penghargaan syarikat terhadap pekerja yang terlibat dalam mengembangkan, memproses serta menghasilkan teh berkualiti yang sinonim dengan BOH, tidak lupa juga kepada penggemar teh yang minum 4 juta kilogram teh yang dihasilkan setiap tahun (atau bersamaan dengan 5.5 juta cawan sehari!
Meraikan pelancaran Hari Teh Sedunia 2017, BOH melancarkan Jelajah Teh BOH yang bakal mengunjungi kawasan terpilih di dalam negara menerusi Trak Teh BOH dengan Kuala Lumpur sebagai destinasi permulaan. Jelajah Teh BOH ini akan memperlihatkan BOH menghidang rangkaian teh yang digemari ramai disertakan dengan aktiviti-aktiviti menarik.
Pada sambutan Hari Teh Sedunia 2017, BOH telah mendermakan sejumlah wang kepada Dignity for Children Foundation bagi kemampanan masa depan kanak-kanak kurang berkemampuan. Cek bernilai RM 20,000 telah disampaikan kepada Pengasas dan Pengerusi Yayasan tersebut, Rev. Elisha Satvinder di Kafe EatXDignity, sebuah kafe latihan keusahawanan, yang diusahakan oleh Dignity.
Sumbangan oleh BOH akan digunakan bagi membiayai program berterusan Dignity menerusi Jelajah Pameran Seni Dignity yang bertindak sebagai inisiatif pengumpulan dana bagi tahun 2018 yang akan diadakan bersempena ulangtahun ke-20 yayasan tersebut. Jelajah pameran seni dan program pengumpulan dana ini melibatkan 60 jenis hasil seni yang direka oleh 20 pelajar dengan tema ‘Redeeming Childhood, Restoring Hope’.
Selain mengumpul dana bagi menyokong keperluan pendidikan serta perkembangan di Dignity, pameran tersebut turut meraikan bakat seni muda dan menjadi platform kemahiran seni bagi jangka masa panjang untuk golongan miskin. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diamond Dotz, jenama seni faset berlian terulung berasal dari Australia kini membuka gedung konsep pertamanya di dunia bertempat di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Seni faset berlian atau lebih dikenali sebagai lukisan berlian merujuk peda aproses menenangkan menggunakan berlian yang diperbuat daripada permata resin kecil pada kain pelekat yang telah dicetak.
Menurut pengasasnya, Lisa Lee berkata syarikat itu menyasarkan memperkenalkan seni kraf tersebut kepada generasi muda untuk membantu mereka menjauhi gajet kerana kraf tersebut berfungsi sebagai terapeutik dan baik untuk kesihatan mental.
“Zaman sekarang,bukan sahaja kanak-kanak yang terlalu ibses dengan gajet tetapi orang dewasa juga. Jadi kraf seperti ini memainkan peranan yang besar dalammengurangkan kebergantungan terhadap gajet, menghilangkan tekanan dan sebagainya,” katanya ketika majlis pelancaran baru-baru ini.
Sementara itu, Diamond Dotz merancang untuk melebarkan sayapnya ke pasaran ASEAN pada tahun hadapan.
“Diamond Dotz merancang untuk bertapak di beberapa negara ASEAN kerana kami menerima banyak permintaan terutamanya dari Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina,”katanya.
Menurutnya, jenama itu juga berhasrat untuk mencipta lebih banyak produk untuk memberi variasi kepada para pelanggannya dengan menggabungkan idea rekaan atau motif dari Arab dan Malaysia.
Tambahnya lagi, jenama Diamond Dotz merupakan kraf paling popular di dunia dan terjual di 37 negara termasuk benua Amerika dan Eropah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah dan syabas buat lima menteri wanita yang dilantik dan mengangkat sumpah sebagai ahli kabinet Malaysia 2018, hari ini. Dengan perlantikan tersebut jelas membuktikan kemampuan wanita terus diperhebat dan dapat membela nasib kaum wanita dengan lebih menyeluruh kelak. Apa yang pasti, pemilihan barisan kepimpinan tertinggi negara kali ini mencatatkan penglibatan lebih ramai menteri wanita berbanding pucuk kepimpinan terdahulu. Satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh wanita Malaysia.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengungguli menteri wanita utama iaitu selaku Timbalan Perdana Menteri yang turut melaksanakan tugas Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga. Yang Berhormat (YB) Rina Harun pula dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Zuraida Kamaruddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Yeo Bee Yin; Menteri Tenaga Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, sementara YB Teresa Kok pula ialah Menteri Industri Utama.
4 orang pemimpin wanita lagi dipilih sebagai Timbalan Menteri iaitu Hannah Yeoh Tseow Suan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Teoh Nie Ching di Kementerian Pelajaran, Isnaraissah Munirah Majilis di Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar; dan Fuziah Salleh di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
Dengan pemilihan mereka ini, Malaysia mempunyai 9 pemimpin wanita yang akan taat setia membantu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengurus tadbir negara di samping berperanan merancakkan ekonomi rakyat. Berdasarkan rekod tahun 2017, tiga wanita berkarisma iaitu Datuk Seri Rohani Abdul Karim pernah memimpin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala YB Nancy Shukri dan Datuk Seri Azalina Othman Said pula ditugaskan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Besar harapan bagi semua rakyat agar kepimpinan baharu ini mampu memberi perubahan dan meningkatkan taraf hidup rakyat demi kelangsungan serta kesejahteraan bersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...