Cantik pada usianya, pesona wajah Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy yang kini mencecah 56 tahun tetap memikat! Meskipun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
“Sitkom Melayu pertamanya berjudul Pak Din KK kemudian dalam ‘Cam Ni Cam Tu’ dan barulah dia sertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1993. Saya tahu disiplin dan komitmennya. Saya tahu nilai setiakawannya. Saya tahu dia pelakon yang serius dan sangat membantu.” Sabri Yunus
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Sumber: Instagram @angelinetanyy
Terhibur Telatah Comel Anggrek, Puteri Sulung Adira Suhaimi Ini Warisi Wajah Cantik Ibu!
Alahai, cair tengok wajah comel puteri sulung Adira Suhaimi bernama Anggrek ini! Mana tidaknya, Anggrek bukan saja dikurniakan sepasang mata yang cantik dan kulit putih mulus. Malah saling tak tumpah mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari Adira juga gemar memuat naik momen bersama anak-anak tersayang.
Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial peserta program Famili Duo ini!
Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek!
Lapan tahun melayar bahtera perkahwinan bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada tanggal 3 Disember 2015, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata comel.
Anggrek misalnya merupakan zuriat sulung mereka dan 10 Mac lalu genap enam tahun usia puteri sulung Adira ini.
Mengimbas detik kelahiran Anggrek, anak kecil berkenaan dilahirkan secara pembedahan. Menariknya, nama Anggrek merupakan pilihan Adira sendiri.
Ujarnya, “Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas tersebut.”
Kalau amati nama ketiga-tiga anak Adira memang kesemuanya ringkas, klasik dan bermula dengan pangkal huruf ‘A’. Selain Anggrek, anak kedua Adira yang juga anak lelaki yang lahir pada 9 September 2018 dinamakan Asan.
Manakala anak ketiga pula dinamakan Anggun. Begitu juga anak bongsu yang lahir pada September tahun lalu yang diberi nama Ayub. Jelas Adira, selain dirinya, suami tercinta juga menginginkan nama anak yang ringkas dan mudah disebut.
Walau sudah mempunyai empat anak namun penyanyi berusia 32 tahun ini tetap aktif dengan kerjaya seni dan bisnes.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/dekat-media-sosial-itu-adalah-diri-saya-sendiri-buat-content-dengan-anak-video-adira-suhaimi-jadi-tarikan/
Natural Beauty Pada Usia 22, Pesona Anak Gadis MULAN JAMEELA Raih Perhatian
Natural beauty! Gebu dan mulusnya kulit. Manis sungguh anak dara kepada aktres dan penyanyi terkenal dari seberang, Mulan Jameela yang dikenali sebagai Tiarani Savitri.
Berusia 22 tahun, Tiarani merupakan anak hasil perkahwinan Mulan Jameela yang terdahulu (sebelum bersama Ahmad Dhani).
Patutlah Tiarani jarang terlihat di media sosial kerana dia lebih bersifat privasi.
Namun apabila sesekali berkongsi wajahnya yang cantik manis itu di Instagram peribadi, dia sering menerima pujian daripada para pengikutnya.
CANTIK NATURAL
Sering tampil dengan wajah yang polos tanpa solekan di akaun peribadinya, Tiarani dilihat sebagai seorang gadis yang pandai menjaga kecantikan kulit.
Malah, raut wajah juga mewarisi kecantikan ibunya yang kini kekal jelita di usia 40an.
Meilhat kepada personalitinya pula, Tiarani seorang yang sederhana dalam soal penampilan, mungkin faktor usianya yang baru menginjak ke fasa remaja.
Kesimpulannya, Tiarani punya daya tarikannya yang tersendiri.
Kredit Foto: Instagram @tiaransvtr
Cabut Sehelai UBAN, Nanti ‘Rambut Putih’ Jadi Banyak, Fakta Atau Mitos
Kita biasa dengan orang cakap usah cabut sehelai uban sebab nanti rambut putih jadi makin bertambah. Tapi, memang geram kalau tengok sehelai uban yang tumbuh atas kulit kepala, kan.
Siapa yang pernah hadapi situasi nak cabut sehelai uban tapi takut boleh baca pencerahan daripada Ahli Trichologist Klinikal, Siti Farah Azwin Abd Khalid ini.
“Kalau uban dicabut itu bererti membuat uban bertambah banyak. Ini adalah tidak tepat. Kadar pertumbuhan rambut seseorang bergantung penuh kepada keadaan setiap folikel rambut di atas kulit kepala,” katanya apabila mengulas tentang cabut sehelai uban nanti akan tumbah uban yang lain.
Selain daripada aspek luaran, aspek dalaman juga perlu diambil kira. Hal ini berkait rapat dengan genetik individu, ketidakseimbangan hormon, pengambilan makanan dan cara hidup yang tidak sihat serta penjagaan rambut yang salah.
Jika seseorang individu sedang menghadapi masalah ketidakseimbangan hormon dan tidak mengamalkan pemakanan yang sihat seperti tidak mengambil makanan yang bernutrisi tinggi dan tidak mengambil vitamin serta antioksida tambahan, seperti Multiviamins dan Minerals seperti Zinc, Selenium, Magnesium, Antioksida seperti CoQ10-Ubiquinol serta Vit D3+ K2, folikel rambut akan menghasilkan helaian rambut baru.
Selain itu, rambut jadi tidak sihat, tidak utuh mudah putus atau gugur serta melanin rambut yang tidak berpigmen (tidak berwarna) menyebabkan rambut berwarna putih atau dinamakan uban.
Jika tahap kesihatan seseorang tidak sihat pada ketika rambut berada di fasa Anagen ditambah pula dengan folikel rambut mengalami kerosakan akibat perbuatan cabut rambut, maka rambut baharu mungkin tidak akan tumbuh atau mengambil masa yang lama untuk tumbuh dan kualiti rambut baru itu akan menjadi mudah putus atau gugur.
Genetik individu yang menghasilkan helaian rambut yang kurang di dalam folikel rambut, ditambah pula dengan hormon yang tidak seimbang, maka penghasilan bilangan helaian rambut ini akan bergantung kepada tahap kesihatan fisiologi badan seseorang itu.
Jika badan seseorang sedang berada pada tahap kesihatan yang optimum dan beliau mengamalkan pemakan yang sihat, pengambilan supplemen dan vitamin yang padu serta berkualiti serta tahap hormon yang seimbang, maka rambut yang tumbuh akan banyak dan berwarna hitam.
Sebaliknya jika penjagaan kesihatan yang rendah, penjagaan rambut yang salah, akan menghasilkan helaian rambut yang sedikit serta kurang melanocytes yang menghasilkan eumelanin dan menyebabkan rambut tidak berwarna serta bertukar kepada warna putih atau uban.
Cara Hindari Rambut Beruban
Pengambilan vitamin dan antioksida tambahan yang betul dan berkualiti. Langkah awal seseorang untuk menjaga kesihatan badan yang optimum adalah dengan mengambil vitamin yang ringkas seperti Multivitamins dan Minerals, Zinc, Selenium, Magnesium,
Omega 3 Fatty Acids untuk minda, CoQ10 Ubiquinol untuk tenaga dan Vitamin D3 + K2. Pengambilan vitamins dan antioksida yang lengkap dapat membantu fisiologi badan untuk bekerja dengan lebih optimum.
Minum air yang cukup setiap hari untuk jauhkan diri dari terhidratasi. Boleh memilih untuk membuat jus buah-buahan di dalam diet harian. Jus avocado, lobak merah, dan citrus adalah yang terbaik untuk dinikmati bagi penjagaan warna rambut untuk kekal berwarna hitam dan tidak kusam.
Tidur yang cukup juga banyak membantu seseorang dari mendapat uban. Kajian menunjukkan, tidur yang cukup iaitu 7-8 jam sehari dapat membantu proses sintesis protein untuk rambut, selain itu juga membantu perembesan hormon-hormon penting di dalam badan seperti Thyroid, Cortisol, DHEA, DHT, Progesterone Testosterone.
Melatonin, hormon yang membantu untuk mengawal kitaran tidur dan bangun serta dapat membantu dengan penyuburan rambut dan mengurangkan rambut gugur dan meningkatkan penghasilan melanocytes yang membantu untuk meransang sel-sel membuat eumelanin yang memberi warna kepada rambut.
Penggunaan syampu dan perapi rambut yang sesuai juga penting bagi menghindarkan rambut anda dari beruban. Pilihlan syampu yang Bebas Paraben, Bebas Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Bebas Sodium Laureth Sulphate (SLES).
Kandungan bahan kimia ini bersifat menghakis dan menghilangkan kulit minyak yang telah terbentuk semula jadi di kepala. Dengan adanya bahan kimia di atas di dalam sesuatu produk pencuci, ia akan mengaktif dan merangsangkan lagi rembesan minyak di kulit kepala. Jika tidak dijaga akan membuatkan seseorang itu mengalami kulit kepala yang lagi berminyak.
Maka pemilihan syampu dan perapi yang terbaik haruslah terdiri dari ciri-ciri seperti terdapat pati minyak tumbuh-tumbuhan (essential oils) yang berkualiti tinggi di dalam kandungan syampu dan kurang buih kerana tiada SLS dan SLES.
Baca juga; Datuk Seri Najib Razak Bawa Cucu Naik MRT, Aksi Comel ADAM Tarik Perhatian!