Kanser payudara adalah penyakit nombor satu bagi kaum wanita. Usah ambil mudah tentang perkara ini kerana dikhuatiri anda bakal tergolong dalam penyakit ini. Terdapat beberapa makanan yang disyorkan untuk membantu dalam pencegahan risiko kanser payudara. Ingat, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Ads
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun amat baik untuk diambil secara rutin. Lemak sihat ini boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan.
BUAH OREN
Ia kaya dengan vitamin C, serat, beta karoten dan antioksidan yang boleh mengelakkan anda daripada radikal bebas penyebab kanser. Anda boleh memakannya secara terus atau dijadikan sebagai jus.
Ads
TOMATO
Tomato amat disarankan untuk mengatasi ketumbuhan dan kanser. Gabungan tomato, lobak merah dan epal amat sesuai untuk diambil oleh pesakit ketumbuhan dan kanser payudara. Tomato juga kaya dengan likopen, potassium, fosfor dan zat besi. Ia membantu memebuhi keperluan badan wanita termasuk menyihatkan payudara.
Ads
KACANG SOYA
Tauhu, tempe atau soya adalah makanan ‘wajib’ yang perlu anda ambil setiap hari. Contoh, wanita Jepun kerap menggunakan soya untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Walau pun ada yang mengatakan soya tidak membantu dalam melawan kanser dan ketumbuhan namun ia membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dengan protein yang terdapat dalam soya. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesona milik isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib sememangnya memikat hati siapa sahaja yang memandang. Sentiasa tampil anggun dan jelita menjadikan wanita tinggi lampai ini sering mencuri tumpuan.
Baru-baru ini, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad telah meluangkan masa selama 2 hari menyantuni rakyat yang menetap di kawasan pesisir pantai Sarawak. Pada hari pertama, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad telah mengunjungi Kampung Pasir Pandak (Surau Darul Ilmi) dan Kampung Sungai Bedaun (Masjid Kampung Santubong dan Masjid Kampung Buntal) serta Kelihatan anggun menyarung baju kurung moden lengkap dengan pelitup muka bagi mematuhi SOP.
Keesokan harinya Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad telah melawat Surau Taman Sepakat Jaya, Dewan Komuniti Dato Sri Haji Wan Junaidi di Kampung Geobilt, Masjid Imaduddin Kampung Bako dan Masjid Darul Ikhwan Muara Tebas.
Selain melawat, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad turut menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan kotak makanan kepada 265 penduduk kampung berkenaan. Kunjungan istimewa Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad ini dalam rangka promosi menyebarkan kasih sayang di antara sesama manusia.
Turut sama menyertai kunjungan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad ialah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kes jangkitan Covid-19 di Malaysia masih mencatatkan empat digit, kini negara berdepan situasi terbaharu apabila varian UK B.1.1.7 dilaporkan dikesan hari ini. Dalam keadaan para petugas barisan hadapan yang ‘berjuang’ merawat sejumlah pesakit Covid-19 yang kian meningkat, penularan varian bermutasi yang berasal dari United Kingdom ini pastinya menjadi cabaran besar buat mereka.
Perkembangan terbaharu ini disahkan sendiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau. Menurut kenyaatan Tan Sri Dr Noor Hisham, “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 atau 202012/01 mutasi protein Spike telah dikesan di Malaysia pada hari ini.
Kes tersebut telah dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020. Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut. Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk dari United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.
Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan “genome sequencing” bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel. Setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut.
KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa. Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak menyebabkan gejala yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat.
Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.”
Setakat semalam, negara mencatatkan kes harian sebanyak 2,232 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 138, 224 kes. Manakala kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 28,554 kes.
Khabarnya, menjelang Februari depan negara akan menerima bekalan dos vaksin Covid-19 Pfizer dan Bio N Tech.
Sebagai langkah berjaga-jaga dan situasi yang kian membimbangkan, esok bersamaan 13 Januari 2020 beberapa negara di Malaysia akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Diharapkan dengan pelaksanaan ini, angka kes jangkitan wabak maut berkenaan dapat diatasi segera. Sama-sama kita berjuang menentang Covid-19 dan membantu petugas barisan hadapan mengurangkan kes jangkitan. Kita pasti menang!
Kredit foto: Facebook Tan Sri Noor Hisham
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Laksana sekuntum bunga yang mekar berkembang, manisnya menjadi pujaan sang kumbang.
Merafakkan syukur ke hadrat Ilahi, Nona turut bahagia menyaksikan temasya majlis pertunangan penyanyi terkenal, Shila Amzah dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki, malam tadi.
Mengenakan persalinan dress merah jambu rekaan Azura Couture, riak wajah Shila yang dirias Arra Mazlan tampak berseri-seri ketika cincin pertunangan disarungkan ke jari manis.
Dijangkakan bakal memeterai ikatan nikah pada tahun depan, para peminat Shila turut berpeluang melihat bakal suaminya apabila mereka sempat merakamkan foto kenangan bersama.
Haris Idraki Elias, 28, kini dikhabarkan bertugas dalam di London dan pernah bergelar wartawan di sebuah syarikat akhbar berbahasa Inggeris, The Star, pada tahun 2015.
Selain tumpuan buat si dara perawan, perhatian Nona turut terusik dengan keindahan dekorasi pelamin bertemakan ‘Secret Garden’, hasil jemari kreatif Adidecor (Instagram @adiputra_decor). Gandingan orkid dan hydrangea menerbitkan momen romantis, oh indahnya bagai dalam taman!
Kalau tak percaya, jom tengok sendiri beberapa rakaman dekorasi yang cukup cantik ni. Menginspirasikan!
Akhir kata, tahniah jua buat kedua-dua belah ibu bapa yang bekerja keras untuk menjayakan majlis bersejarah ini. Semoga ukhuwah dan ikatan silaturahim yang terjalin kekal selamanya. Norzalina Mohd Alias
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...