Siapa yang tak mengenali pelakon era 90-an, Azah Aziz yang suatu ketika dahulu cukup popular dengan drama-drama seperti Sindarella dan Cinta Korporat. Bagi mereka yang membesar menonton drama tersebut, pasti merindui untuk melihat Azah Aziz kembali berlakon bukan.
Dan baru-baru ini Azah Aziz menguumkan dirinya bakal memulakan kehidupan baharu dengan berhijrah kembali ke Malaysia selepas lebih 20 tahun menetap di Montreal, Kanada.
Azah dan suaminya juga warga negara Perancis, Daud Leroy Abdullah serta tiga orang anaknya sudah berangkat sejak semalam.
“Selamat tinggal Montreal, untuk selama-selamanya. Permulaan yang baharu, selamat tinggal dan jumpa lagi. Saya akan merindui semua sahabat saya di Montreal,” katanya.
Azah turut berkongsi berita gembira berkenaan di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri itu, dia memuat naik foto dan video bersama keluarga menunjukkan keberangkatan mereka di lapangan terbang serta ketika penerbangan.
Dikhabarkan suaminya, Daud kini kembali ditugaskan di Asia dan Timur Tengah.
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada 1995 dan sejak itu dia menetap di Montreal, Kanada.
Terdahulu, Azah ada memaklumkan dia dan keluarga akan berpindah ke Malaysia sekali gus menyambut baik keputusan kerajaan memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga negara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
Untuk informasi, ibu kepada tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, Justin dan Ryan memaklumkan dua daripada anaknya itu akan tinggal di Malaysia manakala seorang lagi akan berada di Dubai.
Azah dalam hantarannya di sosial media turut berkongsi momen-momen terakhir beliau di negara itu. Malah rakan-rakan mengadakan majlis perpisahan sempena perpindahan beliau sekeluarga. Welcome back Azah!!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.