Alahai, comelnya tengok dua anak perempuan selebriti ternama ini bergaya sedondon dengan ibu mereka. Mesti jadi tumpuan ramai bila pergi beraya ke rumah sanak-saudara Aidilfitri nanti. Iyalah, dah nampak macam kembar!
Ads
Sama seperti Siti Aafiyah… anak aktres jelita, Aaisyah Dhia Rania pun sering menarik perhatian peminat ibu glamor Rozita Che Wan. Lagi-lagi bila kedua-duanya melaram dengan busana sedondon. Cute habis! Bersempena lebaran yang bakal tiba… Gaya Raya Bersama TOP merealisasikan impian anda melaram sakan seperti kembar bersama anak tersayang dengan rekaan busana daripada pereka fesyen terkenal.
Begini caranya!
Macam mimpi jadi nyata kalau dapat pakai busana eksklusif pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie hari raya nanti. Bukan persalinan raya untuk diri sendiri dan pasangan sahaja, anak-anak pun tidak terkecuali bergaya sakan dengan rekaan mewah serba baru ilham Jovian. Yang pasti, baju raya Jovian Mandagie bernilai keseluruhan RM30, 000 menanti anda sekeluarga sempena lebaran tahun ini!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Gaya Raya Bersama TOP kembali menceriakan Syawal anda. Istimewanya tahun ini, TOP menjalin kolaborasi bersama pereka ternama Jovian Mandagie yang hampir dua dekad bertapak dalam industri fesyen tanah air. Daripada beribu-ribu penyertaan yang diterima setiap tahun… hanya lima keluarga bertuah bakal memenangi koleksi Jovian Mandagie Ready-To-Wear berserta tajaan produk TOP.
Anda boleh menyertai peraduan ini dengan tiga langkah mudah.
Langkah 1: Beli mana-mana produk TOP dan simpan resit pembelian minimum bernilai RM25
Langkah 2: Ambil gambar anda bersama pasangan atau keluarga dengan berpakaian sedondon.
Ads
Langkah 3: Lengkapkan borang penyertaan, butiran diri, gambar serta resit pembelian secara pos ke alamat:
PERADUAN GAYA RAYA BERSAMA TOP & NONA Nu Ideaktiv Sdn Bhd, No 1 Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Ads
Selain itu, anda juga boleh menghantar penyertaan menerusi Whatsapp dengan melengkapkan Nama Penuh (Space), Alamat (Space), No. Kad Pengenalan (Space), Emel (Space) bersama gambar berpakaian sedondon sekeluarga serta resit pembelian produk TOP ke 019-612 0723.
Atau, upload gambar di Instagram dengan hashtag #GAYARAYABERSAMATOP dan direct message (DM) resit pembelian ke @majalahnona. Pastikan akaun Instagram anda adalah ‘public’. Senang bukan?
SYARAT & MAKLUMAT PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Southern Lion, Lam Soon Edible Oil Sdn Bhd dan anak syarikat yang berkenaan
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Mei 2019
Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan
Pemenang akan dihubungi oleh wakil majalah Nona
Setiap pemenang perlu terlibat di dalam pembikinan buku khas GAYA RAYA TOP & NONA yang akan disiarkan di dalam majalah Nona
Tunggu apa lagi, pilih gambar sedondon terbaik dan beli produk TOP di pasaraya berdekatan hari ini untuk menyertai peraduan lumayan Gaya Raya Bersama TOP. Untuk maklumat lanjut, layari nona.my/gayarayabersamatop2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyeru wanita yang mengalami diskriminasi gender di tempat kerja untuk bersuara dan berkongsi kisah-kisah mereka. Melancarkan kempen ‘Wanita Tersisih’ (Invisible Women) baru-baru ini sebagai landasanuntuk memperluaskan suara wanita yang mengalami diskriminasi gender, kaum hawa boleh berkongsi kisah mereka secara anonim jika mahu melalui laman web kempen, invisiblewomen.com.my.
Tinjauan WAO menunjukkan 40% wanita hamil mengalami diskriminasi di tempat kerja. Justeru, gambaran di sebalik statistik tersebut didedahkan bagi menunjukkan impak ketara diskriminasi gender terhadap kehidupan wanita.
“Kempen ‘Wanita Tersisih’ ini menunjukkan betapa kerapnya masalah yang dialami oleh golongan wanita disisihkan di tempat kerja,” kata Iska Hashim, Pengarah Kreatif Kumpulan Leo Burnett, rakan kreatif kempen tersebut.
Bersama-sama dengan Ketua Reka Bentuk, James Seet, Hashim menerajui pasukan kreatif yang teruja untuk menyumbang terhadap isu ini.
“Wanita sering disoal ketika temu duga kerja, sama ada mereka merancang untuk mempunyai anak, malah bagi golongan wanita yang hamil pula berpotensi disisihkan di tempat kerja. Jika wanita tersebut berhenti kerja sementara untuk membesarkan anak-anak, mereka akan mengalami kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja,” jelas pengarah seni Leo Burnett, Lee Shyyi.
Pada masa ini, tidak ada undang-undang spesifik yang melarang diskriminasi gender dalam sektor swasta. Matlamat utamanya adalah untuk menyokong Akta Kesamarataan Gender yang akan melindungi daripada diskriminasi gender. Untuk merealisasikan hasrat ini, input dan sokongan orang ramai perlu untuk menyokong tindakan ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbeza daripada petang-petang biasa, suasana di butik Aigner Pavilion KL semalam tiba-tiba sesak dengan kehadiran VIP, selebriti dan wanita-wanita hebat. Fenomena ini menimbulkan tanda tanya, apakah kejutan yang menanti di dalam?
Bersempena pelancaran koleksi #AIGNERLOVE Spring/Summer 2018, sebuah majlis eksklusif Aigner X Nona telah diadakan bersama para peminat jenama Jerman ini serta pembaca setia majalah Nona.
Bertemakan kehangatan cinta, koleksi kulit yang dipertontonkan berjaya memikat selera tetamu yang hadir. Himpunan tas tangannya bersifat lebih street style dan mencerminkan gaya klasik moden, ditambah pula signature typography Aigner serta ditampilkan dalam nuansa neon.
Di antara jemputan selebriti yang hadir adalah Siti Saleha, Datin Alyah, Nita One In A Million, De Fam dan Joy Revfa. Kemuncak yang ditunggu-tunggu adalah penampilan khas selebriti popular Indonesia yang juga penghias kulit Nona Februari 2018 iaitu Laudya Cynthia Bella.
Wah, nampaknya kemunculan Bella memang amat ditunggu-tunggu! Semua tetamu berdebar ingin bertentang mata dengan pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2 itu yang juga baru melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Wanita jelita yang juga usahawan berjaya ini hadir dalam persalinan dan tas tangan Aigner yang sungguh memukau. Personaliti beliau memang cukup mesra dan memukau!
Paling mengujakan, tentu sekali acara cabutan bertuah yang menawarkan seutas jam tangan Aigner dan tas tangan #AIGNERLOVE yang cukup eksklusif. Bella sendiri diberi penghormatan untuk memilih dan menyampaikan hadiah kepada dua pemenang bertuah dalam majlis ini. Tahniah!
Sebelum majlis berakhir, kehadiran Pengasas dan Presiden The Melium Group iaitu Dato’ Seri Farah Khan membuatkan ramai yang enggan berganjak pulang. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang bertemu ikon fesyen yang disegani itu, sambil membeli-belah koleksi Aigner yang dihajati.
Saksikan sendiri kemeriahan acara Aigner X Nona ini yang sememangnya merakam kenangan manis buat semua tetamu yang hadir! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Takziah diucapkan kepada pelantun lagu popular, Cinta Muka Buku yang mengalami keguguran baru-baru ini. Menerusi perkongsian di media sosial, suami Najwa Latif iaitu Akwa Arifin berkongsi detik penyanyi tersebut menahan kesedihan dan kesakitan saat berada di hospital.
Semoga Najwa Latif dan Akwa tabah melalui ujian berkenaan. Berita mengenai Najwa keguguran diumumkan empunya diri di media sosial.
Ujar penyanyi yang juga pensyarah tersebut, dia dan suami pada mulanya ‘berat’ untuk mendedahkan khabar duka itu namun sangat menghargai kata-kata semangat dan sokongan yang diberikan ramai pihak.
Pun begitu, pasangan ini mengharapkan agar mereka diberikan ruang privasi untuk menempuh episod sedih ini.
Sementara itu, suami Najwa Latif turut memuat naik video isteri tercinta sewaktu ditahan di hospital. Tulisnya, “Masih belum ada rezeki but let’s keep one for the memory.”
Perkongsian itu meraih hampir sejuta tontonan dan dibanjiri dengan ucapan takziah daripada followers, kenalan termasuk rakan-rakan artis.
Ternyata, ramai yang menzahirkan rasa simpati dan sebak dengan perkhabaran duka mengenai selebriti ini.
Walau karier seni Najwa tidak serancak dulu tetapi masyarakat masih mengikuti perkembangan penyanyi berusia 29 tahun ini.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rapper, Akwa Arifin pada 11 November 2022.
Lagu-lagu dendangan Najwa cukup popular sekitar tahun 2012 dan masih mempunyai peminat tersendiri sehingga ke hari ini.
Pada tahun 2019, Najwa tamat pengajian peringkat Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL).
Pun begitu, dia terpaksa berhenti kerjaya sebagai pensyarah bagi memberi perhatian terhadap pengajian Doktor Falsafah (PhD).
Najwa dilaporkan menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Nona mendoakan agar Najwa Latif dan Akwa diberi kesabaran dari Allah SWT untuk menghadapi ujian hidup ini. InsyaAllah, rezeki untuk menimang cahaya mata akan tiba pada masa yang tepat.
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan suami isteri, Sheahnee Iman Lee dan Naz Rahman cukup terkenal dalam industri pengacaraan tanah air. Bahkan sebelum mendirikan rumah tangga lagi, kedua-duanya sudah pun menceburi dunia ...