Cepat betul masa berlalu. Sekejap saja dah besar Aafiyah dan Afwa. Makin besar makin comel anak-anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid ni.
Merekalah penyeri dan pelengkap kebahagiaan rumahtangga pasangan serasi ini. Usia perkahwinan pun dah mencecah hampir 16 tahun.
DS Siti Nurhaliza turut berkongsi rasa syukur dan kegembiraan dengan para pengikutnya di akaun Instagram. Beliau memilih tema Water Park untuk majlis sambutan hari lahir buat kedua-dua permata hatinya itu.
“Buat birthday Aafiyah & Afwa memang teringat nak buat tema water park..”
Menurut DS Siti Nurhaliza, beliau menggabungkan sambutan hari lahir Aafiyah (4 tahun) dan Afwa (1 tahun) memandangkan kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, namun bulan dan tahunnya saja berbeza. Bagi DS Siti Nurhaliza gabungan itu cukup istimewa.
“Alhamdullillah, semalam saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja.”
Walau sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat bersama anak-anak kecil mereka.
“Saya adakan majlis yang sederhana namun ada pihak yang turut bermurah hati dan menjadikan majlis semalam sangat meriah.
Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sebab bintang sama Pisces).. Afwa pula ikut sajalahhh..
Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan.. (puas ibu berdoa.. sekali panas terik ye..) ”
Semoga Afwa dan Aafiyah membesar dengan sihat seterusnya menjadi anak yang soleh dan solehah buat ibu ayah.
Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza Tarudin