Cepat betul masa berlalu. Sekejap saja dah besar Aafiyah dan Afwa. Makin besar makin comel anak-anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid ni.
“Alhamdullillah, semalam saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja.”
Walau sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat bersama anak-anak kecil mereka.
“Saya adakan majlis yang sederhana namun ada pihak yang turut bermurah hati dan menjadikan majlis semalam sangat meriah.
Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sebab bintang sama Pisces).. Afwa pula ikut sajalahhh..
Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan.. (puas ibu berdoa.. sekali panas terik ye..) ”
Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza Tarudin
This website uses cookies.