Kalau arwah Mr Os masih ada, pasti dia bangga dengan kejayaan anak perempuannya Dr Syafiqa Hayra. Meniti usia 29 tahun, sisi kematangan anak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os ini jelas terserlah.

Bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Syafiqa tidak hanya seorang wanita cantik dan bijak. Malah memiliki keperibadian yang baik dan cukup low profile orangnya.

Ads

Tahun ini merupakan tahun ketujuh Allahyarham bapa Dr Syafiqa kembali ke rahmatullah. Jika arwah masih hidup, dia kini berusia 62 tahun.

Meskipun tidak lagi berpeluang memeluk dan mencium bapa tersayang, namun segala kenangan manis bersama arwah sentiasa segar di ingatan.

“Abah Sangat Tegas, Penyayang & Suka Jamu Orang Makan,” Anak Dedah Sikap Arwah Mr Os!
Kredit Instagram @syafiqahayra

“Abah sangat tegas dan mementingkan masa. Walau macam mana susah sekalipun dia akan sentiasa memenuhi permintaan anak-anak.

Selain itu, Abah juga suka menjamu orang makan dan buat orang gembira. Dia sangat pemurah dan mudah rasa kasihan dekat orang.

Salah satu perangai Abah yang buat saya kagum ialah cara Abah menghargai ibu bapanya. Walau pun ibu bapa Abah iaitu atuk dan nenek saya sudah meninggal, Abah tetap sentiasa bersedekah bagi pihak kedua ibu bapanya.

Nampak betapa Abah sangat menyayangi mereka berdua. Bahkan ketika hayatnya, even in his purse, Abah masih letak gambar ibu dia.”

Tersentuh mendengar pendedahan Dr Syafiqa mengenai arwah bapa! Selama ini masyarakat mengenali Mr Os sebagai pelawak dan penghibur tetapi di sebalik lawak jenakanya, tersimpan sisi penyayang penuh keikhlasan bekas anak seni tersebut.

“Abah Sangat Tegas, Penyayang & Suka Jamu Orang Makan,” Anak Dedah Sikap Arwah Mr Os!
Kredit Instagram @syafiqahayra
“Abah Sangat Tegas, Penyayang & Suka Jamu Orang Makan,” Anak Dedah Sikap Arwah Mr Os!
Kredit Instagram @syafiqahayra
“Abah Sangat Tegas, Penyayang & Suka Jamu Orang Makan,” Anak Dedah Sikap Arwah Mr Os!
Kredit Instagram @syafiqahayra

Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Dr Syafiqa juga memberitahu dia seorang yang ringkas dan lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama ahli keluarga.

“Saya agak sibuk bekerja dan dah jarang update aktiviti di media sosial. Sekali sekala ada waktu lapang, saya suka masak-masak dan baking. Saya record dan edit video memasak untuk channel Youtube masakan saya, Intai Dapur Syafiqa Hayra.

Ads

Selain itu, saya juga suka habiskan masa dengan kucing-kucing peliharaan saya.”

Mengulas lanjut mengenai saluran Youtube Intai Dapur Syafiqa Hayra, graduan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh) Mansoura-Manchester, Mansoura University, Egypt ini membuka kisah di sebalik kewujudan akaun Youtube berkenaan.

“Memang dah lama minat memasak, sejak kecil lagi. Kalau tengok YouTube saya, macam-macam menu masak ada termasuklah sajian Melayu, Korea dan juga Western.”

Ads
“Abah Sangat Tegas, Penyayang & Suka Jamu Orang Makan,” Anak Dedah Sikap Arwah Mr Os!
Kredit Instagram @syafiqahayra
“Abah Sangat Tegas, Penyayang & Suka Jamu Orang Makan,” Anak Dedah Sikap Arwah Mr Os!
Kredit Instagram @syafiqahayra
“Abah Sangat Tegas, Penyayang & Suka Jamu Orang Makan,” Anak Dedah Sikap Arwah Mr Os!
Kredit Instagram @syafiqahayra
“Abah Sangat Tegas, Penyayang & Suka Jamu Orang Makan,” Anak Dedah Sikap Arwah Mr Os!
Kredit Instagram @syafiqahayra

Ujarnya lagi, individu yang banyak membantu dirinya menjayakan video berkenaan ialah ibu tersayang. “Selalu memang mummy tolong sekali masak dan dia juga yang bagi resipi. Misalnya, Gulai Siput Sedut Dengan Ubi Keledek. Ni arwah abah punya favourite menu. Ikutkan Abah jarang makan makanan Western.

Tapi saya pernah masak Swedish Meatball ala Ikea untuk dia dan tak sangka dia terus suka. Bila saya balik Malaysia waktu study dulu Abah selalu minta saya masakkan hidangan ni.”

Daripada perbualan bersama Dr Syafiqa, jelas menggambarkan kerinduannya terhadap bapa tersayang. “Asam pedas Tetel ni sebenarnya Abah tak berapa gemar makan sebab arwah complain orang lain masak asam pedas mesti ceroi (cair).

Tapi bila mummy masak, dia suka sebab pekat dan rasa tak sama macam orang lain masak.

Dulu Abah sampai pernah offer dekat mummy suruh buka restoran sebab mummy masak memang sedap. Tapi sayangnya mummy ada masalah tulang belakang. Dia tak boleh buat kerja-kerja berat.”

Semoga segala impian Dr Syafiqa dimakbulkan Allah. Harapan Nona agar perkongsian Dr Syafiqa menjadi pencetus inspirasi kepada kaum wanita untuk berjaya dan mengejar impian.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI