Wanita di Asia Tenggara menghadapi risiko rambut gugur paling tinggi berikutan penggunaan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai. Jenis rambut wanita Asia Tenggara juga kebanyakannya hitam lebat serta mudah rosak, turut menjadi faktor kepada masalah keguguran rambut apabila tersalah pilih jenis produk penjagaan rambut.
Mitos Keguguran Rambut
Keguguran, ketipisan atau kehilangan rambut menjadi isu yang sensitif dan mengecewakan ramai lelaki mahupun wanita. Ada yang beranggapan, keguguran rambut mereka disebabkan oleh kekurangan nutrien, sistem pengedaran kurang baik, dan penyumbatan folikel rambut menyebabkan mereka menghadapi keguguran rambut.
Kehilangan rambut disebabkan faktor keturunan (androgenetic alopesia) selalunya bermula antara usia 12 dan 40 tahun dan kira-kira separuh daripada kita mengalami kehilangan rambut menjelang usia 50 tahun. Meskipun kadar ini agak tinggi, kesedaran mengenai kehilangan rambut di kalangan lelaki dan wanita dan puncanya atau pilihan rawatan yang boleh diperoleh amat kurang.
Rambut pada kulit kepala tumbuh kira-kira setengah inci sebulan. Apabila usia kita meningkat, kadar pertumbuhan rambut kita menjadi semakin perlahan. Dalam keadaan biasa, keguguran rambut adalah disebabkan oleh kitaran semula jadi rambut, dan kehilangan 50 hingga 100 helai rambut sehari tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan. Dalam keadaan normal, rambut akan gugur dan lama-kelamaan pertumbuhannya menjadi semakin perlahan.
Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan keguguran rambut secara berlebihan?
Faktor Keguguran Rambut
Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
This website uses cookies.