Gaya Hidup

ACHA SEPTRIASA Kongsi Khabar Gembira. Hamil Anak Kedua

Nampaknya keluarga kecil Acha Septriasa dan Vicky Kharisma bakal bertambah bilangan ahlinya apabila Acha Septriasa mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua!

Khabar gembira iti dikongsi oleh pelakon yang kini menetap di Australia melalui Instagram miliknya.

” Ada manisnya tersendiri bisa ikut mencipta.. mengukir nama, membesarkan hidup, dan mencipta kenangan bersama.. terharu dan bersyukur atas kesempatan kedua menjadi Orangtua, Bridgia sebentar lagi akan menjadi Kakak,” tulis Acha Septriasa.

Acha Septriasa selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Vicky Kharisma pada Disember 2016 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma.
Meskipun menetap di Australia, Acha tetap aktif dalam bidang lakonan dan antara projek terbaharunya termasuklah sebuah filem yang mengandingkan dirinya dengan Farid Kamil.

Tular di media sosial baru-baru ini sebuah perkongsian yang memaparkan aktor Farid Kamil dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa bakal bergandingan dalam sebuah filem.

Menerusi perkongsian di Twitter, filem itu berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik yang jugak merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 10,  Datuk Seri Anwar Ibrahim. Acha Septriasa bakal melakonkan watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Difahamkan filem terbitan syarikat produksi Indonesia itu masih dalam proses akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton pada tahun depan.

Acha Septriasa memutuskan ikut pindah ke Australia mengikuti  suaminya yang bekerja di sana. Ternyata kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya saat memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan dirinya sedang mengusap perutnya.

Meskipun tiada informasi lengkap mengenai usia kandungan Acha, rata-rata warganet mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada selebriti yang nama sebenarnya, Jelita Septriasa. Semoga proses kehamilan kali ini berjalan dengan lancar buat pelakon berusia 33 tahun itu.

Share
Published by
Rosmah Idayu