Kelibat selebriti cantik, Datin Hajah Fouziah Gous sejak di awal kemunculannya dalam industri seni sehingga kini langsung tak berubah. Malah semakin berseri-seri sejak mengambil keputusan berhijab sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji.

Ads
Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Koleksi Majalah Nona
Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Instagram @fouziahgous

Walaupun Datin Fouziah sudah memiliki dua orang cahaya mata, Muhammad Zeeshan Md Zhafran dan Zaheen Yusof Md Zhafran namun penampilannya kekal menawan. Nona bersyukur apabila pelakon filem Otai dan Sifu & Tongga ini tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya.

Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Instagram @fouziahgous
Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Instagram @fouziahgous

“Sebenarnya tiada rahsia yang istimewa cuma cara saya mungkin sama macam orang lain juga. Dari segi pemakanan, saya tak diet teruk-teruk sampai tak makan itu dan tak makan ini. I always enjoy my food.

Cuma saya kurangkan makanan manis. Saya bersyukur kerana saya sendiri memang tak suka minum manis. Saya juga tak minum air sejuk tapi kadang-kadang minum juga cuma tak selalu. Saya tak kerap makan benda yang bergoreng dan berminyak. Mungkin amalan pemakanan saya ini sedikit sebanyak membantu,” ujar wanita yang berusia 37 tahun ini.

Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Instagram @fouziahgous
Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Instagram @fouziahgous

Selain menjaga pemakanan, Datin Fouziah juga mengamalkan gaya hidup sihat. “Selain menjaga pemakanan saya juga seorang yang sangat aktif. Saya seorang yang tak tahu duduk diam. Jadi, kadang-kadang kalau tidur dua atau tiga jam pun saya boleh bangun pagi macam biasa.

Saya boleh pergi hiking, boleh pergi gym dan saya jenis yang tiap-tiap hari kena masuk pejabat. Saya banyak berjalan walaupun bersama dengan anak. Macam mana penat sekalipun saya alhmadulillah so far tak ada masalah,” ujar isteri kepada Datuk Zhafran Md Yusof ini.

 

Ads
Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Instagram @fouziahgous

Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   Tak cukup dengan itu, misi mengorek rahsia kecergasan Datin Fouziah diteruskan lagi. “Satu lagi rahsia saya adalah dengan Muay Thai. Sukan Muay Thai ini memang berbeza dengan sukan lain. Kalau nak cakap pasal sukan boleh dikatakan semua jenis sukan saya pernah lakukan.

Kalau nak tahu, saya dulu salah seorang pemain hoki mewakili Kuala Lumpur. Zaman sekolah saya terlalu aktif. Kini setiap minggu memang saya akan hiking (aktiviti sebelum PKP),” terang pemilik gym yang diberi nama Fighters Den Muay ini.

Ads
Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Instagram @fouziahgous
Ada Anak 2 & Bisnes Sendiri, Kejayaan Datin Fouziah Gous Cetus Inspirasi   
Foto: Instagram @fouziahgous

Bila ditanya tentang idea membuka gym ini, jawab Datin Fouziah, “Idea membuka gym ini datangnya bila saya cakap my passion is more to natural product. Tambahan pula saya seorang yang sukakan fitness. Jadi, selepas saya merasakan perniagaan sarang burung semakin stabil baru saya membuka gym ini,” jelas Datin Fouziah yang berkongsi bersama rakan niaga untuk membuka gym ini.

Semoga Datin Fouziah Gous terus menyuntik inspirasi kepada semua wanita untuk kekal cantik, aktif, kaya dan berjaya sepertinya.

Shopping barang rumah hanya di hujung jari saja.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI