Lama tak dengar khabar pelakon kacak, Jehan Miskin. Sejak mendirikan rumah tangga, namanya seakan sepi daripada industri seni tanah air. Walau tidak lagi bergelar pelakon, bakat Jehan dalam dunia lakonan masih diingati peminat hingga ke hari ini.
Kian bahagia melayari hidup di samping isteri tercinta Julie Camelia Rhee, perkahwinan pasangan romantis ini bertambah seri dengan kehadiran cahaya mata sulung, Axel Nova Rhee yang kini berusia dua tahun.
Menunggu hampir tujuh tahun untuk menimang zuriat, Jehan dan Julie akhirnya bergelar ibu bapa apabila anak sulung selamat dilahirkan pada 20 Februari 2021.
Mengemaskini rutin dan aktiviti terkini di media sosial, bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang baru-baru ini Jehan turut menitipkan ucapan bahagia.
“Axel turns 2! I don’t have the words to describe how incredible it’s been watching you grow into the little playful boy you are. But I do know the best is yet to come!”
Bintang Qaisy & Laila tersebut kini merupakan pengasas Mastermind Group.
View this post on Instagram
Menelusuri latar belakang isteri kesayangan, Julie yang berusia 38 tahun ialah guru senaman Yoga. Mereka mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dengan mas kahwin RM12,000 selepas lima tahun mengenali hati budi.
Difahamkan Jehan terpikat dengan wanita kelahiran Korea Selatan ini kerana sikapnya yang bersederhana dan penyabar.
Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.