Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang wanita di belakangnya. Itulah ungkapan paling tepat buat Datin Diyana Halik iaitu isteri kepada aktor terkenal yang berasal dari Singapura, Datuk Aaron Aziz. Kejayaan yang dimiliki oleh hero filem terkenal Ombak Rindu hingga hari ini adalah hasil berkat usaha dan doa isteri beliau yang juga  merupakan pengurus peribadinya. Kejayaan demi kejayaan yang ditempa membawa satu lembaran baharu dalam kehidupan suami isteri sekaligus menjadikan bahtera rumahtangga pasangan bahagia ini terus menjadi perhatian umum.

Ads

Ada Bisnes Sendiri & Urus Kerjaya Lakonan Datuk Aaron Aziz, DATIN DIYANA HALIK Wanita Serba Boleh!

“Saya menguruskan karier Aaron lebih 15 tahun semenjak saya berkahwin dengan beliau. Sebelum berkahwin, saya bekerja didalam industri yang sama sebagai Assitant Producer dan dalam pada masa yang sama saya juga pernah buat mekap dan jaga bahagian wardrobe. Pekerjaan saya ketika itu lebih kepada bahagian disebalik tabir. Kemudian dari situ saya bertemu dengan Aaron. Selepas dua tahun kami mengenali antara satu sama lain, kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan selepas itu saya menjadi pengurus beliau sepenuh masa hingga ke hari ini,” terang Datin Diyana memulakan bicara.

Ada Bisnes Sendiri & Urus Kerjaya Lakonan Datuk Aaron Aziz, DATIN DIYANA HALIK Wanita Serba Boleh!

Dalam sibuk menguruskan karier suami tercinta, Datin Diyana juga giat mengusahakan perniagaan tudung jenamanya. Menurut beliau, perniagaan yang diusahakan sejak 4 tahun lalu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Walaupun menguruskan dua bidang yang berbeza dalam pada masa yang sama, ternyata Datin Diyana bijak dalam menyusun jadual harian dengan cekap dan teliti.

“Saya memulakan perniagaan tudung saya secara tidak langsung dimana saya berkolaborasi dengan seorang aktres dari Indonesia dengan menjual tudung beliau. Saya membawa masuk tudung beliau ke Malaysia serta Singapura dan tudung tersebut terjual dalam beberapa hari sahaja. Dari situ, saya rasa inilah perniagaan yang saya cari dan ingin usahakan selain menguruskan karier Aaron. Selepas itu, saya membuat keputusan untuk menghasilkan tudung jenama saya sendiri”, jelasnya lagi.

Ada Bisnes Sendiri & Urus Kerjaya Lakonan Datuk Aaron Aziz, DATIN DIYANA HALIK Wanita Serba Boleh!

Rutin harian Datin Diyana cukup sibuk dengan jadual kerja yang perlu dilaksanakan. Mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan beliau dengan Datuk Aaron membuatkan beliau perlu menyusun tugasan harian dengan lebih sistematik. Melayari bahtera perkahwinan lebih 15 tahun tentunya mengukir momen indah bersama keluarga tercinta. Menyentuh soal anak-anak dan resepi kebahagiaan rumah tangga, beliau juga seorang yang sentiasa komited dalam menguruskan hal keluarga.

Ads

“Sejujurnya saya tidak berani untuk kongsikan tip rumahtangga kerana saya baru sahaja berkahwin selama 15 tahun. Namun apa yang saya boleh kongsikan disini ialah komunikasi antara suami dan isteri. Tidak kiralah dalam perhubungan mahupun perniagaan, bagi saya komunikasi amat penting. Selain itu memahami antara satu sama lain juga penting dalam hubungan rumah tangga. Seperti saya, saya perlu faham dengan profesion Aaron dan dia juga perlu faham dengan profesion saya.

Ada Bisnes Sendiri & Urus Kerjaya Lakonan Datuk Aaron Aziz, DATIN DIYANA HALIK Wanita Serba Boleh!

“Saya bersyukur anak-anak saya cukup memahami dan sentiasa menyokong bisnes yang saya usahakan. Dalam pada masa yang sama, saya akan pastikan saya ada untuk big day mereka. Contohnya seperti pertandingan dan projek yang mereka sertai.

Ads

Selain itu, saya dan suami akan membawa anak-anak kami untuk pergi bercuti ditempat yang tiada gangguan dan orang tidak kenal. Ini untuk mengelak sebarang gangguan dan membolehkan kami meluangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak”, jelas Datin Diyana yang menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan.

Datin Diyana juga seorang ibu yang cukup penyayang. Beliau membesarkan ketiga-tiga anak dengan cara tersendiri. Menjadikan  anak-anak sebagai best friend bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana perlu meletakkan satu batasan antara ibu dan anak. Walaubagaimanapun, cara itu memudahkan beliau untuk berkomunikasi sekaligus menjadikan anak-anak lebih rapat dengan beliau.

 

https://www.youtube.com/watch?v=a4a3OAMc3sw

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI