Tapi biasanya, tempoh rehat mungkin berlarutan hingga ke musim perayaan kerana hujung minggu pasti sibuk dengan jemputan rumah terbuka pula, itupun jika PKP ditamatkan.
Ads
Apa pun alasannya, tahun ini ubahlah azam untuk meneruskan aktiviti sukan anda dengan cara bersederhana. Ambil sedikit ruang waktu untuk melakukan senaman ringan. Tip di bawah boleh dipraktikkan sekiranya anda inginkan matlamat baru Ramadan nanti!
Jangan berhenti bersenam!
Pokok pangkalnya, jangan berhenti bersenam ketika bulan Ramadan. Tubuh berusaha untuk mengekalkan otot selagi diperlukan. Sekiranya anda berhenti bersenam, ia akan mula membina semula lemak yang tidak sepatutnya diperlukan tubuh dan memerlukan energi berlebihan. Walaupun anda tidak membina otot ketika Ramadan, sekurang-kurangnya anda masih boleh mengekalkan kecergasan tubuh dengan memastikan jadual senaman masih seperti sebelumnya.
Atur jadual secara intensif
Atur jadual senaman dengan baik. Pada bulan Ramadan, tubuh anda memerlukan energi yang lebih untuk kekal cergas sepanjang hari. Jangan terlalu memaksa diri melakukan senaman berat kerana anda mungkin kehilangan banyak tenaga dan akan menjadi lebih lemah. Kekalkan senaman rutin yang ringan tetapi masih memberi kecergasan.
Atur jadual protein
Jika anda sudah terbiasa dengan rutin pengambilan protein setiap hari, tentu Ramadan ini rutin itu terpaksa berubah. Apa kata anda mengambil protein pada waktu sahur dan kuantiti lebih besar pada waktu berbuka puasa. Selepas melakukan solat sunat tarawih, anda juga masih boleh menggantikan jadual pengambilan protein. Protein dari makanan yang diambil secara langsung akan kekal lebih lama dalam tubuh berbanding serbuk protein.
Karbohidrat pada waktu pagi
Selain amalan sunah, bersahur dengan pengambilan karbohidrat juga bagus diamalkan. Ambil bersama protein dan anda boleh merasai perbezaannya.
Ads
Jadual senaman
Sebaik selesai mengerjakan solat Subuh, gunakan tenaga yang masih untuk bersenam dengan aktiviti senaman pilihan anda. Anda disarankan untuk bersenam dengan rutin senaman ringan. Elakkan bersenam selepas pulang dari kerja kerana ia boleh membuatkan anda pengsan kepenatan!
Tubuh cukup cecair
Selain pengambilan protein dan karbohidrat, tubuh juga mementingkan cecair yang mencukupi. Sebaik bangun dari tidur untuk bersahur, minum segelas air suam. Sewaktu sedang menyediakan hidangan sahur, ambil segelas lagi air suam dan seterusnya sebelum mula bersahur, ambil segelas lagi air suam. Pastikan anda minum segelas air suam selepas makan dan gelas terakhir sebelum masuk waktu imsak.
Buah-buahan seperti tembikai, epal, betik dan oren juga boleh membantu menambahkan cecair di dalam badan.
Ads
Bersenam sewaktu haid
Bagi wanita, kedatangan haid boleh menjadi waktu terbaik untuk menggantikan semula rutin senaman ringan yang dilakukan sepanjang berpuasa. Anda boleh kembali kepada aktiviti sukan yang digemari tetapi jangan terlalu intensif.
Cukup hanya dengan aktiviti sederhana kerana tubuh anda perlu ‘dikejutkan’ dengan perlahan dan bersedia dengan senaman yang ringan selepas anda bersih dari haid.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon versatil Nad Zainal sememangnya diperakui bakat dan kemahiran beliau dalam bidang lakonan. Berikan apa jua watak dan karekter, pastinya akan dipersembahkan sehabis baik. Berikutan itu, padanlah Nad Zainal masih menjadi pilihan pengarah dan produksi walaupun pelakon baru bersilih ganti.
Melihat pada kariernya yang kian berkembang, malangnya ia tidak semanis kisah peribadinya apabila baru-baru ini Nad Zainal mengumumkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin sekitar September lalu. Nad bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga yang dibina bersama sejak tujuh tahun lalu musnah.
Dan kini Nad Zainal mengakui sedang dalam fasa belajar untuk bertudung penuh berikutan gambarnya bertudung penuh viral sekitar minggu ini sehinggakan ada pihak yang tertanya sama ada dirinya sudah berhijab atau belum.
Menerusi temubual bersama media, Nad Zainal mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar dirinya terbuka hati mengekalkan penampilan tersebut. Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkata, soal bertudung adalah perkara serius yang bukan hanya menutup kepala atau rambut semata-mata.
“Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan sahaja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja yang terbaik”, jelasnya dalam petikan artikel menerusi Kosmo Online.
Jelas Nad lagi, beliau banyak berkongsi gambar bertudung di laman Instagramnya kerana dirinya kini sedang terlibat daam penggambaran yang wataknya memerlukan dia berhijab. Enggan berjanji dirinya akan bertudung dalam masa terdekat, Nad percaya, seorang muslim juga perlu menjaga percakapan dan tindak-tanduk selari dengan seruan agama.
Menjengah ke laman media sosialnya, ramai rakan artis dan peminat mula membanjiri ruangan komen yang mendoakan Nad kekal istiqamah dan berhijab suatu hari nanti. NONA doakan yang terbaik buat Nad Zainal.
Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberi impak terhadap pelbagai lapisan kehidupan dan situasi itu masih belum reda sepenuhnya. Ramai kehilangan ahli keluarga, kualiti kesihatan yang tidak menentu dan melalui pelbagai dugaan akibat impak pandemik tersebut.
Bagi aktres Rani Mukherjee, situasi tersebut masih segar dalam ingatannya apabila dalam tempoh sama iaitu sekitar tahun 2020 dia mengalami keguguran. Kandungannya yang juga merupakan zuriat kedua hasil perkahwinan dengan Aditya Chopra ketika itu sudah mencecah lima bulan tetapi tidak dapat diselamatkan.
“Sekitar tahun 2020 saya hamil anak kedua, tetapi sayangnya saya kehilangan bayi itu. Ini sesuatu yang menyedihkan kami sekeluarga,” katanya.
Hikmah dari sebalik kehilangan tersebut, Rani menerima tawaran membintangi filem Mrs Chatterjee VS Norway yang meraih sambutan hebat penonton menerusi siaran Netflix. Mrs Chatterjee vs Norway merupakan filem terbitan produksi Zee Studios dan Emmay Entertainment yang diarahkan oleh Ashima Chibber.
Mrs. Chatterjee Vs Norway didaptasi dari kisah benar Sagarika Chakraborty dalam bukunya yang berjudul The Journey of a Mother. Mrs. Chatterjee Vs Norway menceritakan kisah sepasang suami isteri warga India yang telah mempunyai dua orang anak. Sagarika Chatterjee (Rani Mukerji) dan suaminya, Anup Chatterjee (Anirban Bhattacharya) telah berpindah ke Norway untuk mencari pekerjaan.
Lakonan mantap Rani Mukherjee mendapat pujian ramai kerana dapat membawakan watak sebagai ibu yang berusaha keras memperjuangkan hak untuk anak-anaknya. Mana tidaknya, dalam filem yang diadaptasi dari kisah benar itu, pelbagai masalah timbul akibat perbezaan budaya Timur dan Barat.
Dua kanak-kanak diletakkan di bawah pengawasan Barnevernet (pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak Norway) atas beberapa pertuduhan yang dikenakan terhadap wanita itu termasuk memberi makan anak-anaknya dengan tangannya, tidur bersama anak anak dan memakai kohl.
Untuk rekod, Rani Mukherjee mendirikan rumahtangga dengan Aditya Chopra pada 21 April 2014. Majlis perkahwinan mereka telah diadakan secara tertutup di Itali. Pada 9 Disember 2015, dia melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Adira.
Di samping kerjaya lakonannya, Mukerji telah terlibat secara aktif dengan beberapa sebab-sebab kemanusiaan dan lantang bersuara tentang isu-isu yang dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Mukerji telah dilantik sebagai duta oleh Procter & Gamble dan Hak Kanak-kanak NGO dan Anda untuk usaha sama mereka, Shiksha, untuk menyokong perjuangan pendidikan kanak-kanak. Pada tahun 2011, beliau menubuhkan Tabung Rawatan Strok, dengan kerjasama Persatuan Strok India, untuk membayar untuk rawatan pesakit strok yang terjejas dari segi kewangan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap orang tentunya memiliki pilihan masing-masing kala memilih jenis sabun mandi yang akan digunakan harian. Tentunya pilihan sabun yang dibuat bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan kotoran daripada tubuh badan, malah digunakan sebagai haruman badan serta produk anti septik yang berperanan dalam membunuh kuman dan bakteria yang menempel pada kulit. Oleh itu, sebelum memilih jenis sabun yang ideal untuk diri anda, sebaiknya kenal dahulu jenis kulit dan sabun serta kegunaannya.
Berikut tip memilih sabun mandi yang baik untuk jenis kulit yang berbeza.
Kulit Normal
Kulit normal biasanya tidak banyak mendatangkan masalah pada tubuh jika menggunakan apa jua jenis sabun. Ia memiliki ciri-ciri tubuh yang cukup kelembapannya, segar, lembut dan halus.
Tip memilih sabun:
Sabun mandi yang menggunakan bahan seperti lavender, chamomile, ros atau minyak zaitun adalah pilihan yang baik untuk mereka memiliki kulit normal. Hindari aplikasi sabun yang diformulasikan untuk kulit kering dan berminyak.
Kulit Sensitif
Kulit sensitif biasanya cenderung untuk berlakunya iritasi jika pilihan sabun tidak bersesuaian. Ciri-ciri kulit sensitif termasuklah memiliki tanda kemerahan dan tampak tipis.
Tip memilih sabun:
Kulit sensitif selalunya mengalami alahan. Sebolehnya gunakan sabun yang kurang atau bebas kandungan pewangi dan pewarna. Pilihlah sabun dengan pH seimbang. Sabun yang berasaskan ekstrak lidah buaya, koko, vitamin E dan chamomile baik untuk kulit sensitif.
Kulit Berminyak
Penghasilan sebum atau minyak berlebihan merupakan tanda kulit anda jenis berminyak. Antara ciri-ciri kulit berminyak termasuklah berkilat dan berjerawat.
Tip memilih sabun:
Pilih sabun yang diformulasikan khusus untuk kulit berminyak. Gunakan sabun yang lembut dan dirumus khas daripada bahan semula jadi seperti oatmeal, sea salt (mengandungi garam), tea tree oil, citrus, lime, grapefruit atau tangerine. Produksi minyak dapat diseimbangkan menerusi bahan-bahan tersebut. Sabun yang mengandungi bahan semula jadi biasanya jenis sabun buku. Hindari aplikasi sabun dengan kandungan parfum buatan (minyak wangian) yang terlalu tinggi.
Kulit Kering
Kulit kering cenderung tampak lebih kusam dan ada kalanya kelihatan tidak berseri. Ciri-ciri kulit kering biasanya terdapat kerut di sekitar mata, pipi dan bibir. Maka, sabun yang sesuai adalah bercirikan pelembap.
Tip memilih sabun:
Sabun mandi untuk kulit kering disarankan memiliki bahan seperti cocoa butter, jojoba (minyak kelapa), ekstrak avokado, Aloe Vera (lidah buaya), minyak zaitun, dan kandungan vitamin E yang berfungsi membekalkan kelembapan pada kulit sekali gus merawat bahagian tubuh yang kering.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...