Ada Cara Untuk Anda Yang Ingin BERSENAM Di Bulan Ramadan, Masukkan Dalam To-Do-List Anda Ya!

 

Tapi biasanya, tempoh rehat mungkin berlarutan hingga ke musim perayaan kerana hujung minggu pasti sibuk dengan jemputan rumah terbuka pula, itupun jika PKP ditamatkan.

Apa pun alasannya, tahun ini ubahlah azam untuk meneruskan aktiviti sukan anda dengan cara bersederhana. Ambil sedikit ruang waktu untuk melakukan senaman ringan. Tip di bawah boleh dipraktikkan sekiranya anda inginkan matlamat baru Ramadan nanti!

 

Jangan berhenti bersenam!

Pokok pangkalnya, jangan berhenti bersenam ketika bulan Ramadan. Tubuh berusaha untuk mengekalkan otot selagi diperlukan. Sekiranya anda berhenti bersenam, ia akan mula membina semula lemak yang tidak sepatutnya diperlukan tubuh dan memerlukan energi berlebihan. Walaupun anda tidak membina otot ketika Ramadan, sekurang-kurangnya anda masih boleh mengekalkan kecergasan tubuh dengan memastikan jadual senaman masih seperti sebelumnya.

Atur jadual secara intensif

Atur jadual senaman dengan baik. Pada bulan Ramadan, tubuh anda memerlukan energi yang lebih untuk kekal cergas sepanjang hari. Jangan terlalu memaksa diri melakukan senaman berat kerana anda mungkin kehilangan banyak tenaga dan akan menjadi lebih lemah. Kekalkan senaman rutin yang ringan tetapi masih memberi kecergasan.

 

 

Atur jadual protein

Jika anda sudah terbiasa dengan rutin pengambilan protein setiap hari, tentu Ramadan ini rutin itu terpaksa berubah. Apa kata anda mengambil protein pada waktu sahur dan kuantiti lebih besar pada waktu berbuka puasa. Selepas melakukan solat sunat tarawih, anda juga masih boleh menggantikan jadual pengambilan protein. Protein dari makanan yang diambil secara langsung akan kekal lebih lama dalam tubuh berbanding serbuk protein.

 

Karbohidrat pada waktu pagi

Selain amalan sunah, bersahur dengan pengambilan karbohidrat juga bagus diamalkan. Ambil bersama protein dan anda boleh merasai perbezaannya.

 

Jadual senaman

Sebaik selesai mengerjakan solat Subuh, gunakan tenaga yang masih untuk bersenam dengan aktiviti senaman pilihan anda. Anda disarankan untuk bersenam dengan rutin senaman ringan. Elakkan bersenam selepas pulang dari kerja kerana ia boleh membuatkan anda pengsan kepenatan!

 

Tubuh cukup cecair

Selain pengambilan protein dan karbohidrat, tubuh juga mementingkan cecair yang mencukupi. Sebaik bangun dari tidur untuk bersahur, minum segelas air suam. Sewaktu sedang menyediakan hidangan sahur, ambil segelas lagi air suam dan seterusnya sebelum mula bersahur, ambil segelas lagi air suam. Pastikan anda minum segelas air suam selepas makan dan gelas terakhir sebelum masuk waktu imsak.

Buah-buahan seperti tembikai, epal, betik dan oren juga boleh membantu menambahkan cecair di dalam badan.

Bersenam sewaktu haid

Bagi wanita, kedatangan haid boleh menjadi waktu terbaik untuk menggantikan semula rutin senaman ringan yang dilakukan sepanjang berpuasa. Anda boleh kembali kepada aktiviti sukan yang digemari tetapi jangan terlalu intensif.

Cukup hanya dengan aktiviti sederhana kerana tubuh anda perlu ‘dikejutkan’ dengan perlahan dan bersedia dengan senaman yang ringan selepas anda bersih dari haid.

 

 

 

 

 

 

 

Share
Published by
KR