Sheila Dewi Mohd Kamal atau Sheila ternyata seorang wanita yang cekal. Di saat perniagaannya sedang berkembang maju, Sheila diuji dengan hilang punca pendapatan apabila pengeluaran produk yang terdahulu terpaksa dihentikan serta merta. Ujian seterusnya ialah Sheila pernah mengalami keguguran sehingga berlakunya tumpah darah kerana terlalu aktif dalam urusan perniagaan.
Sebelum terlibat dalam bisnes, saya pernah bekerja sebagai seorang guru di sekolah kerajaan dan sekolah swasta. Kedua-duanya di Negeri Sembilan. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan PJK untuk Tingkatan 1, 2 dan 3. Selepas berkawin saya mengandung dan terus berhenti kerja kerana hendak menjaga anak. Bagi saya ianya amanah Allah SWT yang perlu dijaga sebaik-baiknya.
MULA BERBISNES
Suami adalah pendorong dan tulang belakang buat saya. Idea berbisnes ni dari suami sendiri. Disebabkan tak nak saya rasa bosan duduk di rumah seleaps berhenti kerja, suami cadangkan saya buat bisnes. Saya terus setuju dan mula belajar buat online business. Suami akan ambil alih tugas menjaga anak-anak semasa saya keluar berjumpa team, coaching, meeting, ke HQ dan buat kelas online.
Saya memilih bidang perniagaan kerana niat membantu orang ramai untuk kembali sihat di samping tambah pendapatan 3-4 angka sehari. Oleh kerana saya suka mengajar, bila buat bisnes ini saya berpeluang memberi tunjuk ajar kepada team. Bila mereka dapat buat sales dan jana pendapatan ekstra saya akan lebih bersemangat hendak membantu mereka.
Sebagai leader dan master stokis saya bertanggungjawab memberi tunjuk ajar apa yang team perlu buat. Sebelum PKP dulu kami sering bertemu dan buat personal coaching. Selain itu, saya juga mengajar mereka free cost marketing seperti Google, website, Facebook, YouTube, TikTok serta cara close sales dan buat iklan berbayar.
DIUJI
Saya pernah keguguran anak yang ke-3 ketika menghadiri seminar selama 4 hari 3 malam di Shah Alam pada Februari 2019. Disebabkan terlalu aktif berbisnes, pergi kelas sana sini, angkat beg, bawa buku dan laptop. Saya mengalami tumpah darah dan dimasukkan ke bahagian kecemasan. Keesokan harinya saya keguguran.
Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya, habis pantang saya kembali aktif berbisnes. Allah SWT gantikan dengan ‘hadiah’ lebih baik. Berkat berniaga saya diberikan rezeki mengerjakan umrah bersama suami pada April 2019. Tak lama selepas pulang dari umrah, Allah SWT makbulkan doa saya agar dikurniakan zuriat. Saya disahkan kembali hamil pada Oktober 2019.
Satu lagi pengalaman pahit ialah dulu saya pernah down teruk ketika salah satu produk (jenama lain) yang saya jual tiba-tiba terpaksa dihentikan jualannya termasuk iklan berbayar yang sedang berjalan ketika itu. Akibatnya saya hilang punca pendapatan selama beberapa bulan. Saya terpaksa mencari produk lain untuk bisnes dan bermula semula dari bawah. Pun begitu, saya segera bangkit kerana tak mahu rasa down lama-lama. Jiwa saya adalah berniaga dan mengajar.
MANFAATKAN MEDIA SOSIAL
Sejak berbisnes saya memang memanfaatkan media sosial sepenuhnya, semua di hujung jari. Walaupun pandemik, bisnes saya ini kalis PKP. Permintaan memang tinggi. Produk kesihatan AG CERA memang customer selalu repeat order. Setiap hari ada saja yang mencari.
Walaupun AG CERA ini produk Malaysia dan baru 25 bulan di pasaran tetapi sudah ada 30 negara jadi pengedar. Sepanjang pandemik bisnes kami tetap berjalan dan dapat menjana 3-4 angka setiap hari. Bonus pula bukan saja dibayar secara harian bahkan mingguan dan bulanan. 3 kali dapat bonus. Dalam keadaan sekarang permintaan memang tinggi kerana orang lebih pentingkan kesihatan.
Saya ingin membantu wanita bujang, berkahwin, ibu tunggal termasuk mereka yang hilang punca pendapatan menjana pendapatan 3-4 angka sehari. Anda akan dapat bonus secara harian, mingguan dan bulanan. Saya juga bagi reward seperti barang kemas, produk kecantikan dan banyak lagi. Bab marketing jangan risau, saya boleh beri tunjuk ajar satu per satu. Tak perlu susah payah pegang stok dan keluar jumpa orang. Guna handphone
pun dah boleh buat bisnes dari rumah. Walau duduk di rumah duit sentiasa masuk.Wanita adalah superwoman. Semua benda wanita boleh buat. Jadi buat wanita dan isteri-isteri di luar sana teruskan usaha, tambah ilmu perniagaan dan jangan cepat mengalah. Jangan jadikan anak sebagai alasan tak boleh buat bisnes atau tiada masa. Anak-anak pembawa rezeki.
Sekarang semua urusan di hujung jari. Sambil uruskan anak-anak dan buat kerja rumah, sambil tekan-tekan saja telefon. Alhamdulillah anak-anak faham ibunya ini buat bisnes dan jual produk. Kalau keluar pergi COD atau pos produk, anak-anak akan tanya “Mami nak pergi pos AG CERA ke?” Sejak bayi lagi anak-anak dah tengok saya buat bisnes. Jadi mereka dah tahu dan faham bila kita dah terangkan awal-awal pada mereka.
Kredit Foto: Koleksi Peribadi Sheila Kamal
This website uses cookies.