Kalau sebelum ini Datin Hajjah Fouziah Gous dan suami Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof terpaksa tinggalkan anak lelaki, Zaheen Yusuf yang baru berusia 9 bulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk memenuhi ‘jemputan ke rumah Allah’ , kini mereka ke tanah Makkah sekali lagi dan berpeluang untuk membawa bersama kedua-dua anak.
BACA: Hajjah Fouziah Gous Terpaksa Tinggalkan Anak Baru Dibedah
Bertambah bermakna lagi buat Hajjah Fouziah apabila anak keduanya, Zaheen berkesempatan untuk meraikan ulang tahun pertama di tanah suci Makkah.
“Segala puji-pujian bagiMu Ya Allah. Terima kasih atas fezeki yang terindah buat anakku. Terima kasih atas hadiah hari jadi ini Ya Allah.
Kebiasaannya, saya akan over excited nak menyambut hari jadi anak-anak. Apa lagi bila hari jadi yang pertama kan… Tapi kali ini Allah pula menjemput Zaheen untuk meraikan hari jadi pada hari Jumaat yang mulia ini di depan Kaabah.
Mommy dan daddy tinggalkan Zaheen dalam ICU, belum sedarkan diri. Tapi tengoklah sekarang ni, rupanya Allah nak jemput anak solehku untuk sambut hari jadi tanpa dirancang. Rezeki Allah buatmu luar biasa sayang”, tulis Hajjah Fouziah di laman Instagram.
Alhamdulillah, baru sahaja mengerjakan ibadah haji sekitar Ogos lalu mereka sekeluarga dapat ke Tanah Suci sekali lagi untuk menunaikan ibadah umrah ditemani keluarga tersayang. Ternyata, kalau kita sentiasa reda dan yakin terhadap kuasa Allah pasti kita sentiasa akan dilindungi. Allah mempunyai rencana terbaik setiap apa yang diberikan kepada kita.
Nona berdoa semoga dipermudahkan urusan kalian di sana dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah.
This website uses cookies.