Wajah cantik Sophia Albarakbah bukan hanya menjadi perhatian kaum lelaki bahkan golongan wanita juga tertawan dengan pesona bintang yang kian meningkat naik ini.
Meskipun baru empat tahun bergelar anak seni namun kejayaan yang diraih Sophia atau dikenali sebagai Sophia Koshka cukup membanggakan.
Tak hanya bersandarkan kepada rupa paras semata-mata, Sophia berjaya membuktikan kemampuan diri dan bakat sebagai pelakon apabila merangkul anugerah Aktres Filem Popular di Anugerah Bintang Popular 35 pada Julai lepas.
Walau timbul tanggapan negatif segelintir pihak yang mempersoal kemenangan itu namun jelitawan ini nekad memberikan yang terbaik untuk karya seni seterusnya.
Dia dilaporkan mula aktif dalam dunia seni pada tahun 2019. Sepanjang kariernya, Sophia pernah membintangi filem Mimaland, drama Suamiku Lelaki Pendosa dan Air Mata Allisya.
15 Julai lalu genap 30 tahun usia Sophia. Melihat penampilan dan raut wajah aktres ini memang tak menggambarkan usia sebenar wanita kacukan Melayu, Cina dan Arab berkenaan.
Memang awet muda orangnya dan kelihatan macam baru menginjak usia awal 20an.
Yang pasti, Sophia juga seorang selebriti yang bijak dan berpendidikan tinggi. Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan di International Medical University (IMU).
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga bertuah kerana mewarisi kejelitaan ibu tersayang. Difahamkan, ibu Sophia Albarakbah ialah bekas peserta Ratu Cantik Malaysia 1980.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/muka-macam-remaja-walau-anak-dah-besar-sasha-saidin-maintain-muda-cantik-usia-46/
This website uses cookies.