Ada Ilmu & Pakar Bidang Vokal, DATUK SYAFINAZ Dijemput Ajar Lontaran Suara Qari & Qariah!

Tidak dinafikan, Datuk Syafinaz mempunyai aura tersendiri dan penampilannya Gegar Vaganza baru-baru ini sentiasa ditunggu-tunggu peminat. Mana tidaknya, pensyarah vokal ini sering tampil anggun dan elegan.

Ditambah pula dengan komennya selaku juri yang cukup membina kepada para peserta bertanding. Walau ada ketika, dia kelihatan sangat serius melontarkan pandangan terhadap kualiti nyanyian.

Kepakaran wanita berusia 49 tahun ini diperakui dan bersandarkan bakat serta ilmu berkaitan vokal, Datuk Syafinaz sering diundang sebagai juri dalam pelbagai program hiburan khususnya berbentuk nyanyian.

Terbaharu, Datuk Syafinaz memanfaatkan kepakaran yang dimiliki untuk mengajar qari dan qariah untuk memantapkan lagi taranum mereka di samping pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan lebih indah.

Credit Instagram @datuksyafinazofficial
Credit Instagram @datuksyafinazofficial
Credit Instagram @datuksyafinazofficial

Memetik laporan media, Datuk Syafinaz teruja apabila dipanggil oleh sebuah akademi di Negeri Sembilan bagi mengajar qari dan qariah di sana.

“Alhamdulillah saya dipanggil oleh Akademi Tarannum Negeri Sembilan untuk mengajar qari dan qariah di sana tentang vokal.

Saya bukanlah mengajar mereka taranum tetapi mengenai vokal dari segi pernafasan dan kawalan suara.”

Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan ini turut memberitahu melagukan ayat suci Al-Quran sama seperti menyanyi dan memerlukan kawalan vokal yang betul.

Datuk Syafinaz juga mahu masyarakat melihat perspektif positif mengenai kerjaya guru vokal yang boleh mendatangkan faedah bukan saja kepada orang lain tetapi juga diri sendiri.

Credit Instagram @datuksyafinazofficial
Credit Instagram @datuksyafinazofficial
Credit Instagram @datuksyafinazofficial

“Saya mahu masyarakat menganggap bidang vokal ini sebagai suatu pembelajaran serius. Jadi rakan-rakan saya (guru vokal) yang lain akan dipandang tinggi dan kerjaya mereka boleh buat duit.”

Penyanyi kelahiran Johor ini dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.

 

Share
Published by
Suzi