“Ada Iras Presiden Rusia” Hensemnya, Anzalna Nasir Sambut Hari Jadi Pertama Emirhan!

Baru masuk usia setahun, tapi wajah comel anak kedua Anzalna Nasir ni buat ramai geram. Dalam majlis hari jadi bertemakan ‘Emirhan’s Safari Party’ itu, perkongsian gambar si comel ini nyata mendapat reaksi warga maya termasuk rakan artis dan peminat Anzalna.

Majlis sambutan hari jadi Emirhan bertemakan safari menyaksikan pelbagai keletah comel anak-anak Anzalna. Isteri Hanif Zaki ini memilih persalinan denim biru untuk seisi keluarga, namun persalinan si bongsu paling menonjol.

Bayangkan t-shirt putih Givenchy dikenakan bersama kasut kulit Fendi, mewah sungguh!

 

 

 

Selebriti cantik ini melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Mohamad Emirhan yang membawa maksud ‘Princely Ruler’ pada 20 Mei 2022.

“Alhamdulillah Emirhan dah setahun. Next year mommy bagi adik kalau larat la!” Anzalna

 

 

Berkulit putih kemerah-merahan, kapsyen Anzalna ni buat ramai berdekah gelak.

“Kalau Eidrees orang selalu cakap dia macam Gu-Jun Pyo in Boys over flowers, adik dia pula macam Presiden Rusia! Mak diorang macam Aisah 50 sen!

Ramai cakap muka Emirhan macam daddy tapi mommy tak kisah pun yang penting Emirhan hadir dalam hidup mommy. Ayat sedapkan hati!” Anzalna

 

Anzalna mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 bersama Hanif Zaki yang merupakan seorang ahli perniagaan. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.

Share
Published by
Norzalina