Ada Masters & Klinik Sendiri, Kejayaan Ibu 2 Anak DR AZURA ABAS Cetus Inspirasi!

Dr Azura Abas bukan hanya seorang doktor tetapi dia juga isteri dan ibu kepada dua cahaya mata lelaki yang masih kecil. Dalam kesibukan mengurus keluarga dan anak pun, isteri Dr Say Shazril ini bijak membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga. Memang lambang wanita bekerjaya yang hebat!

Beberapa kali bertemu dengan wanita berjiwa kental ini, Dr Azura Abas disifatkan seorang yang peramah, cantik dan bijak. Sarat dengan sikap merendah diri, kesungguhannya membesarkan anak dan dalam masa sama membantu suami menjana pendapatan keluarga wajar mendapat pujian. Pendek kata, Dr Azura ini memang seorang superwoman!

21 Mei tahun lalu, dia berjaya menamatkan pengajian Masters of Science Medical Physiology dari MSU University. Sebelum ini Dr Azura merupakan penuntut jurusan perubatan di International Medical School, Bangalore, India bersama suami tercinta.

Tidak sekadar berjaya menggenggam ijazah, Dr Azura juga melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila dia akhirnya mampu memiliki klinik sendiri. Difahamkan klinik yang diusahakan Dr Azura dikenali Klinik Medinna Seri Kembangan.

Malah, menerusi posting Dr Say di media sosialnya baru-baru ini turut mendedahkan kejayaan isteri tersayang memiliki klinik sendiri.

Kredit Instagram @azuraabas
Kredit Instagram @azuraabas
Kredit Instagram @azuraabas
Kredit Instagram @azuraabas

“Satu perkara yang buruk mengenai saya adalah saya ada ego/inferiority/cemburu sekiranya bini saya lagi berjaya daripada saya. Zaman medical school dulu, kalau bini saya score higher in any subject saya akan down dan kami akan berkelahi.

Kalau orang puji dia cantik melambung saya akan down dan kami akan berkelahi. Yup as bad as that and I’ve been working on this attitude little by little. Kesian bini saya hidup dalam ketakutan sebab yelah some things dia tak boleh kawal contoh dia tak boleh kawal orang puji dia atau takkan dia saja-saja nak score rendah untuk elakkan pergaduhan?

Tapi alhamdullilah lepas banyak kali self reflection dan bini menangis, I managed to overcome this. To be honest, bini saya lagi berjaya daripada saya yakni dia ada Masters dan dia ada her own clinic.

Sy ni ada Instagram dan ada “terduduk saya dibuatnya” jelah. Cuma satu yang saya akan jaga sampai ke hari ini, yang saya akan usaha bermati-matian adalah pendapatan (income) saya.

No matter what happens saya tak akan benarkan income bini lagi tinggi dari saya sebab if income bini lagi tinggi, saya akan rasa “Bini boleh jaga anak, dia boleh kemas rumah, dalam sakit dia boleh buat segala-galanya dan at the same time dia earn more than aku, then apa gunanya aku ni?”.”

Kredit Instagram @azuraabas
Kredit Instagram @azuraabas
Kredit Instagram @azuraabas
Kredit Instagram @azuraabas

Dr Azura sah bergelar isteri Dr Shazril Shaharuddin pada 30 Mac 2014 selepas lebih lima tahun mengenali hati budi masing-masing. Mereka berkenalan ketika menuntut dalam jurusan dan tempat pengajian yang sama.

Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, Dr Azura berkata, “Kami mula berkenalan masa sedang belajar di India lagi. Kalau tak silap, pada tahun 2009. Waktu itu, saya dan Dr Say adalah pelajar perubatan di International Medical School di Bangalore.

Dalam ramai-ramai pelajar Malaysia di sana, hanya dengan Dr Say saja saya boleh serasi. Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama kerana suka pergi ke gym.

Bezanya, saya lebih kepada senaman dan tak terlalu ekstrem macam suami. Lepas saja habis belajar pada tahun 2013, dia masuk pertandingan bina badan dan terjun ke dunia modelling.

Sejak dia menang empat pertandingan bina badan itulah orang mula ambil tahu tentang dirinya. Kebetulan, kami baru berkahwin dan sedang buat housemanship selama dua tahun
di Hospital Serdang.”

 

Share
Published by
Suzi