Sebaik sahaja Perdana Menteri umumkan dah boleh melancong dalam negeri, ramai yang berkobar-kobar buat tempahan hotel. Ada yang terus packing barang! Eh, jangan lupa masukkan sekali beg makeup sebab pergi holiday pun kena jaga penampilan!

Ads

Ada Perancangan Nak Bercuti Ke Minggu Ni? Ini Tips Untuk Anda MAINTAIN CANTIK

Jangan bersungut kalau teringin nak beauty-cation ala-ala Che Ta tapi rasa segan. Anda boleh gunakan tips ini supaya penampilan anda tidak terlalu over dan tidak terlalu minimalis. Kami juga sediakan beberapa produk pilihan yang boleh anda cari di butik kecantikan nanti.

Ada Perancangan Nak Bercuti Ke Minggu Ni? Ini Tips Untuk Anda MAINTAIN CANTIK

Menurut beberapa jurusolek professional, solekan untuk bercuti mudah saja. Ikut satu per satu ok!

DO:
Bereksperimentasi dengan sesuatu yang luar biasa. Kalau anda teringin sangat hendak menggunakan bulu mata palsu atau gincu merah, cubalah! Pemilihan bulu mata palsu jangan yang terlalu tebal, asalkan selesa sudah cukup. Paling penting CUBA DAHULU DI RUMAH SEBELUM BAWA PERGI BERCUTI.

https://www.instagram.com/p/B_UhWZDHgNu/

 

Ads

DON’T: JANGAN, diulangi jangan menggunakan terlalu banyak solekan berunsur glitter. Hanya sedikit kilauan pada hujung mata dan pipi sudah mencukupi. Hanya 10 saat sahaja diperlukan untuk menonjolkan kilauan minimalis itu.

Ada Perancangan Nak Bercuti Ke Minggu Ni? Ini Tips Untuk Anda MAINTAIN CANTIK

DO: Bermainlah dengan penggaris mata jenis cecair. Anda boleh menghasilkan garisan mata yang ikonik dan cantik untuk disesuaikan dengan suasana percutian anda. Jika sebelum ini anda ‘takut’ untuk kelihatan menonjol, inilah masa yang sesuai. Cuba gunakan liquid eyeliner ini beberapa hari sebelum anda pergi bercuti. Mungkin pada waktu malam?

Ads

Ada Perancangan Nak Bercuti Ke Minggu Ni? Ini Tips Untuk Anda MAINTAIN CANTIK Ada Perancangan Nak Bercuti Ke Minggu Ni? Ini Tips Untuk Anda MAINTAIN CANTIK

DON’T: Cuba blend pemerah pipi dengan sekata dan tidak membiarkan warnanya terlalu ketara. Namun, jika anda ingin warna pemerah pipi yang terang, blend juga dengan tona yang lebih gelap. Kita elakkan pipi doll-look ok!

DO: Gunakan masa sebaik mungkin untuk mencuba pelbagai jenis solekan yang anda tidak pernah atau tidak berani mengoles pada wajah. Percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan dan tergesa-tergesa ketika bercuti boleh ‘memotong’ holiday mood.

Ada Perancangan Nak Bercuti Ke Minggu Ni? Ini Tips Untuk Anda MAINTAIN CANTIK

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI